Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SCHWEITZER, ALBERT

Schweitzer, Albert (18751965) ialah ahli falsafah,

doktor, pemuzik, paderi, mubaligh, dan penulis

agama yang pintar. Pencapaiannya dalam salah satu

bidang ini dapat dianggap sebagai menyamai

pencapaian sepenuh masa mana-mana tokoh.

UMUM
TILLICH, PAUL

Tillich, Paul (18861965) ialah ahli teologi

kelahiran Jerman yang terkenal. Tillich ialah

pelajar kebudayaan yang pintar. Dalam bukunya

Theology of Culture (1959), dia menganalisis

bentuk kebudayaan dengan memaparkan dimensi

keagamaan yang terdapat dalam semua kegiatan

kebudayaan. Tillich mengetengahkan teori simbol

dan mitos keagamaan yang dibincangkannya

dalam Dynamics of Faith (1957). Maha karyanya

yang terbaik ialah Systematic Theology (1951,

1959, 1963) yang diterbitkan dalam tiga jilid.

Dalam buku ini, Tillich mentafsirkan maksud

Tuhan dan Jesus Christ yang berhubung kait

dengan persoalan falsafah tentang kehidupan dan

pemikiran moden.

UMUM
KUCING

Kucing ialah haiwan kesayangan kegemaran

manusia di seluruh dunia. Kucing adalah pintar

dan mempunyai sifat berdikari. Haiwan kecil

ini juga suka bermain-main dan menghiburkan.

Banyak kucing dijadikan haiwan kesayangan

yang penyayang, setia, dan menjadi teman bagi

manusia semua peringkat umur.

UMUM
AMIS, KINGSLEY

Amis, Kingsley (19221995) ialah penulis novel

Inggeris yang terkenal dengan kisah satiranya yang

lucu pintar tentang masyarakat British. Karyanya yang

paling termasyhur ialah novelnya yang pertama,

Lucky Jim (1954). Dalam novel ini, Jim Dixon, seorang

pensyarah universiti yang muda berasa meluat

terhadap kepura-puraan rakan-rakan sekerjanya dan

kerja mereka. Jim menghina pegawai atasannya dan

bereaksi dengan telatah lucu. Akibatnya dia dipecat

dari universiti. Novel-novelnya yang lain termasuk

That Uncertain Feeling (1955), Take a Girl Like You

(1960), One Fat Englishman (1964), The Green Man

(1970), Jakes Thing (1979), Stanley and the Women

(1984), dan The Old Devils (1986).

UMUM
OVID

Ovid (43 S.M. 17 M.?) ialah penyair Rom yang

termasyhur. Dia paling dikenali kerana puisi

cintanya yang bersifat jenaka, pintar dan canggih.

UMUM
THOMAS, DYLAN

Thomas, Dylan (19141953) ialah penyair

Wales yang menulis sebahagian daripada puisi

yang begitu menyentuh hati dan penuh berahi

dalam kesusasteraan moden. Sejak penerbitan

buku pertamanya, Eighteen Poems (1934), para

pengkritik mengiktirafnya sebagai penyair tulen

dan pintar.

UMUM
MILLAY, EDNA ST. VINCENT

Millay, Edna St. Vincent (18921950) ialah

penyair Amerika. Kebanyakan puisinya bertema

romantik. Dia menulis tentang cinta dan kematian,

tentang diri dan alam sejagat, dan tentang perasaan

anak muda yang memberontak. Dalam

menghasilkan puisi ini, dia menggabungkan sikap

sentimental dengan jenaka pintar dan kecanggihan.

UMUM
PAK BELALANG

PAK BELALANG, nama watak dalam cerita jenaka Melayu, sastera rakyat. Dalam kumpulan cerita jenaka Melayu, Pak Belalang ialah suatu watak yang paling pintar dan paling bernasib baik. Berbanding dengan watak-watak lain, apa yang dilakukannya member dia ganjaran yang baik dan menyelamatkannya. Di pihak yang lain, Pak Belalang juga mendapat keuntungan kerana unsur kebetulan. Pak Belalang memperlihatkan tanda sedia berusaha untuk memperbaiki kesusahan hidup yang dihadapinya. Dia menipu orang kampung sebagai nujum pada hal dia yang menyuruh anaknya menyembunyikan kerbau mereka.

SASTERAKarya
1
Tesaurus
 
pintar
Rujuk :pandai