Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
pinggirTiada soalan dikemukakan, sila hubungi kami semula.Lain-lain04.04.2012
Penggunaan perkataan pelaksanaan 1. Pegawai Daerah sedang meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pinggir Sungai Kerian. 2. Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di pinggir sungai kerian sedang giat dijalankan. .Ayat yang gramatis ialah "kerja-kerja pembersihan di pinggir Sungai Kerian sedang giat dijalankan".Tatabahasa27.04.2013
Ayat 1 atau 2 yang betul 1. Di pinggir hutan itu terdapat dusun durian . 2. Di dalam hutan itu terdapat dusun durian.Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut betul.

1. Di pinggir hutan itu terdapat dusun durian .
2. Di dalam hutan itu terdapat dusun durian.
Tatabahasa29.09.2015
Saya amat keliru dengan beberapa nama bazar atau pasar larut malam yang menggunakan nama seperti Damansara Uptown (di pinggir bandar raya Kuala Lumpur), Kota Bharu Uptown (di pusat bandar raya Kota Bharu), dan Downtown Kubang Kerian (juga di Kota Bharu). Sebenarnya apakah istilah yang paling tepat untuk bazar atau pasar larut malam? "Uptown" atau "downtown"?

Mengikut data DBP, istilah uptown dalam bidang geografi merujuk pada pinggir bandar. Manakala downtown merujuk pada pusat bandar raya dalam istilah sains politik dan geografi, dan pusat bandar untuk istilah pelancongan.  Daripada pemerian ini, penggunaan dalam masyarakat menggunakan Uptown untuk bazar yang terletak di pinggir bandar, manakala sekiranya bazar di kawasan pusat bandar akan dinamai Downtown. Namun demikian, istilah uptown dan downtown untuk merujuk bazar larut malam belum dimasukkan sebagai entri Kamus.  

Istilah19.03.2014
ayat 1 atau 2 yg betul 1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu. 2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu.Untuk makluman, kedua-dua ayat tersebut betul.

1.Dusun Pak Ali terletak di dalam hutan itu.
2.Dusun Pak Ali terletak di pinggir hutan itu.
Tatabahasa07.10.2015
Berdasarkan gambar yang disertakan, apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan 1? 1. Pejabat pos itu terletak di ___ jalan itu. A. seberang B. pinggir C.hujung D. hadapan Apakah jawapan paling tepat bagi soalan yang kedua ? Mengapakah jawapan tersebut dipilih? 2. "Jika begitu, biarlah ___ membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. A. patik B. aku C. saya D. hamba Sekian, terima kasih.1. Pejabat pos itu terletak di pinggir jalan itu. Lihat visual, bangunan itu terletak di pinggir jalan. 
2. "Jika begitu, biarlah hamba membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. 
Tatabahasa24.04.2015
Sila nyatakan adakah ayat di bawah betul atau salah, nyatakan sebabnya. I Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. II Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. III "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. IV Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang.I. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. - Ayat ini tidak gramatis kerana nya (terdapatnya) ialah kata ganti nama diri ketiga dan tidak gramatis untuk aayat ini.
II. Majlis yang amat meriah itu dihadiri oleh rakyat dari seluruh pelosok negara. - Ayat ini gramatis. 
III. "Minta tuan-tuan bertenang seketika kerana sistem pembesar suara mengalami masalah teknikal," kata pengacara majlis. - Ayat ini boleh digunakan dalam konteks arahan. 
IV. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang. - Ayat ini betul kerana tetapi ialah kata hubung untuk menyatakan kata-kata yang berlawanan.
Tatabahasa28.05.2012
Seekor ular menyusur di_____akar pokok itu. A. celah B. pangkal C. pinggir d. hujung Apakah jawapan bagi soalan ini? Adakah pangkal boleh diterima sebagai jawapan?Perkataan "pangkal" kurang tepat untuk ayat ini.  Jawapan yang lebih sesuai ialah  A. "celah"Lain-lain25.02.2014
Yang mana satukah, ayat berikut yang betul. Jika salah sila nyatakan kesalahannya. 1. Di pinggir jalan menuju ke pekan, terdapatnya sebuah gerai roti canai yang enak sungguh. 2. Pelajar itu tidak pandai, tetapi suka membaca buku apabila ada masa lapang,Ayat pertama tidak gramatis. Kata ganti nama nya tidak perlu dalam ayat tersebut.Tatabahasa23.05.2012
Apakah padanan "Oceanfront"? Terima kasihCadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah oceanfront ialah pinggir laut. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.08.2023
Tesaurus
 
pinggir
Kata Terbitan : pinggiran, berpinggir, meminggir,

Puisi
 

Hari-hari mengetah tekukur,
     Tekukur banyak di pinggir desa;
Kukur apa pada kukur,
     Nyiur jugalah yang akan binasa.



Lihat selanjutnya...