Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
TANYA MAKSUD : 1. seperti katak bawah tempurung. 2. seperti hujan ke pasir | Merujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu seperti katak di bawah tempurung ialah amat picik pengetahuannya. Untuk mengetahui makna peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu atau layari laman sesawang DBP dan cari di carian kata. | Lain-lain | 05.03.2009 |
Saya ada beberapa pertanyaan untuk pihak DBP. 1. Adakah ayat ini benar dari segi tatabahasa? Saya dijamukan dengan pemandangan sawah padi yang indah sewaktu berkunjung ke negeri Kedah. Adakah istilah dijamukan boleh digunakan selain istilah disajikan? 2. Adakah kata ganda cuma-cuma boleh disingkatkan menjadi cecuma? 3. Adakah perkataan jiplakan, andal, kendala, recok, mapan, gengsi masa bodoh, picik merupakan perkataan asli bahasa Melayu atau kata serapan dari bahasa Indonesia? Kerana tiada tanda Id di PRPM pada dua perkataan ini. 4. Bolehkah istilah waktu setempat digunakan selain istilah waktu tempatan yang bererti local time dalam bahasa Inggeris? 5. Adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak. 6. Mengapa kependekan bagi sentimeter di dalam bahasa Melayu bukan sm? Kenapa kependekan cm bahasa Inggeris yang digunakan? | 1. Perkataan “dijamukan” boleh digunakan selain istilah “disajikan” jika merujuk kepada menghidangkan makanan 2. Kata ganda “cuma-cuma” tidak boleh disingkatkan menjadi cecuma 3. Perkataan “jiplakan”, “andal”, “kendala”, “recok”, “mapan”, “gengsi” “masa bodoh”, “picik” telah diterima pakai dalam bahasa Melayu dan dirakam dalam Kamus Dewan Perdana. 4. Istilah “waktu tempatan” lebih tepat sebagai padanan untuk “local time”. 5. Ayat “Kalau saya boleh lulus dalam ujian itu, masa kamu tidak.” Tidak tepat. 6.Kependekan ”cm’ digunakan untuk merujuk kepada sentimeter mengikut keselarasan standard antarabangsa - International System of Units (SI) | Tatabahasa | 07.06.2023 |
|
Tesaurus |
---|
| picik (adjektif) | 1. Dalam konteks ruang bersinonim dengan sempit, kecil, kupit, kopet, kincup, ciut,
2. Dalam konteks fikiran bersinonim dengan sempit, cetek, dangkal, singkat, pendek akal, pendek kira-kira, cupet, Berantonim dengan luas
3. Dalam konteks keadaan bersinonim dengan susah, payah, sempit, sesak, sengsara, melarat, miskin, papa, terdesak, tersepit,
terhimpit, Berantonim dengan senang
| Kata Terbitan : memicikkan, kepicikan, |
|
|