Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Dalam satu bahan taklimat tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah, ada ayat Memastikan semua murid melepasi piawai standard yang ditetapkan. Adakah ungkapan piawai standard diterima pakai oleh DBP?Perkataan piawai dan standard mempunyai makna yang setara. Oleh itu, perkataan "piawai standard" tidak digunakan secara berurutan dalam satu frasa/ayat.Tatabahasa01.05.2012
Apakah format piawai untuk tulis waktu? Setahu saya format piawai ialah seperti: 23:58, tapi saya selalu juga lihat ada yang menulis (ekamus.dbp.gov.my) dengan 23.58. Minta pencerahan. Terima kasih.

Dalam konteks dan penggunaan umum untuk penulisan waktu, satu titik (11.58) digunakan. Penggunaan titik bertindih digunakan bagi merujuk waktu penerbangan, ketenteraan, navigasi dan perniagaan, iaitu 8:00 (8.00 pagi), 14:00 (2.00 petang) dan sebagainya.

Lain-lain04.10.2025
mengapakah bahasa melayu piawai moden sebutan huruf (a) di akhir perkataan seperti:kenapa,siapa,berada dan keluarga,apabila perkataan itu disebut,bunyinya seakan bunyi huruf (e).Harap boleh dijelaskan.Bahasa Melayu standard pada masa kini menggunakan sebutan dialek Johor-Riau. Antara ciri  utama dialek ini ialah akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘’ bagi kebanyakan perkataan, contohnya saya (sa.y), apa (a.p) dan kerja (ker.j).Lain-lain16.02.2017
Standard practiceAmalan piawaiIstilah13.02.2009
Bolehkah beritahau nama judul Tatabahasa yang piawai dan sempurna di DBP?

Saudara,

Buku tentang tatabahasa yang baku untuk saudara jadikan rujukan ialah Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. 

Lain-lain15.09.2009
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYUMerinyu ialah orangbyang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor.Makna28.03.2008
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MERINYU?Merinyu ialah orang yang memeriksa untuk memastikan peraturan, piawai, dan sebagainya dipatuhi; pemeriksa, inspektor.Makna28.03.2008
Apa beza persijilan dengan pensijilan?pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkanTatabahasa05.04.2011
1. Apakah strategi/gaya/kaedah terjemahan yang disarahkan kepada penterjemah DBP untuk menterjemah teks sains dan teknikal? 2. Apakah piawai penilaian kualiti penerbitan hasil terjemahan teks sains dan teknikal oleh penerbit DBP?Prinsip terjemahan buku sains dan teknologi sesuai dibuat secara terjemahan langsung. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk maklumat lanjut. Tel.: 03-41497210, faks : 03-41432939.Lain-lain17.01.2008
Salam sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan untuk penggunaan 'penanda aras' dan 'penandaarasan'. (Mohon berikan contoh ayat yang menunjukkan perbezaannya. Terima kasih.Tanda aras ialah piawai untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi. Manakala penandaarasan ialah perihal menentukan tanda aras. Kerajaan Malaysia telah menjadikan bon khazanah sebagai bon tanda aras Islam di negara ini.
Penandaarasan bertujuan untuk memperbaik mutu atau prestasi seperti mana yang telah dicapai oleh organisasi yang berkenaan.
Tatabahasa09.12.2019
Tesaurus
 
piawai (kata nama)
Bersinonim dengan standard, tolok, tara, model.,