Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalam....boleh saya dapatkan maksud nelayan pesisir pantai | Menurut Imron (2003) dalam Mulyadi (2005), nelayan adalah suatu kelompok masyarakat yang kehidupannya tergantung langsung pada hasil laut, baik dengan cara melakukan penangkapan ataupun budidaya. Mereka pada umumnya tinggal di pinggir pantai, sebuah lingkungan pemukiman yang dekat dengan lokasi kegiatannya. Maksud istilah nelayan pesisiran pantai merujuk kepada penduduk yang berada di persisiran pantai yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan di laut dan dikenali sebagai nelayan di sesebuah tempat tersebut. | Makna | 30.11.2016 |
Selamat petang. Adakah cara menulis rujukan dalam ayat berikut betul? "Sumber China, Buku Dinasti Han, Jilid ke-28, Bab Geografi telah merekodkan buat pertama kali laluan laut dari pesisir pantai selatan China ke India melalui Semenanjung Melayu. " Terima kasih. | Kaedah penulisan rujukan yang di cadangkan “Dalam sumber China, Buku Dinasti Han, telah merekodkan buat pertama kali laluan laut dari pesisir pantai selatan China ke India melalui Semenanjung Melayu. " Rujukan penuh seperti jilid dan bab “Jilid ke-28, Bab “Geografi” boleh ditulis sama ada pada nota kaki atau nota bab. | Lain-lain | 14.06.2023 |
Semakan Bahasa Inggeris Ke Bahasa Melayu ____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters Membekal, Memasang, Fabrikasi Sistem Pipe GRE dan Tempat Tinggal Luar Pesisir | ____________________________________ Supply, Install, Fabricate of GRE Pipe System and Offshore Living Quarters terjemah kepada Membekal, Memasang, Pembuatan Sistem Paip GRE dan Tempat Tinggal Luar Pesisir | Makna | 04.09.2019 |
Kami ingin meminta bantuan daripada tuan menterjemahkan perkataan-perkataan yang berikut ke Bahasa Malaysia: Reshoring/Reshore Onshoring/Reshore Backshoring/Backshore Backsourcing/Backsource Inshoring/Inshore Onshoring De-internationalzation Home-shoring/Homeshore Repatriate production/Repatriate manufacturing Reverse globalization/Reverse Globalisation Reverse Relocation Sekian, Terima Kasih Chong Boon Kai | Untuk makluman semua istilah yang dikemukakan tidak ada dalam pangkalan data DBP. Sekiranya tuan memerlukan cadangan padanan bahasa Melayu, sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut. Walau bagaimanapun, kami berikan istilah yang terdapat dalam pangkalan data DBP seperti yang berikut: 1. reshoring - penempatan kembali/menempatkan kembali 2. onshore - dalam pesisir 3. backshore - pesisir belakang 4. inshore - tepi pantai/tepi pesisir 5. repatriate - hantar pulang/hantar balik 6. manufacturing - pengilangan/pembuatan 7. reverse - songsang/balikan 8. globalization - globalisasi/kesejagatan 9. relocataion - penempatan semula | Istilah | 13.04.2016 |
Assalamualaikum wrh wbt, Saya ingin mohon penjelasan penggunaan istilah yang betul bagi merujuk kepada nelayan menjalankan aktiviti perikanan di kawasan persisiran pantai. Apakah penggunaan istilah yang betul? Nelayan Persisiran Pantai atau Nelayan Pesisir Pantai atau Nelayan Pesisiran Pantai. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Nelayan pesisiran pantai. | Lain-lain | 24.06.2021 |