Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera. Mohon kepastian penggunaan yang betul bagi perkataan dari/daripada dalam ayat-ayat ini; Hasil dari persetujuan-persetujuan tersebut atau hasil daripada persetujuan-persetujuan tersebut

Saudara,

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, jarak dan masa atau tempoh. Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan sumber, perbandingan, asal kejadian dan manusia. Contoh penggunaan adalah seperti yang berikut:

i. Saya datang dari Ipoh. ii. Dari masa ke masa mereka menerima maklumat tentang perkara tersebut.

iii. Adik mendapat hadiah daripada ibu. iv. Jabatan mendapat bantuan kewangan daripada kementerian. v. Ali lebih tinggi daripad Ahmad. vi. Meja dibuat daripada kayu.

Ayat yang betul ialah : Hasil daripada persetujuan tersebut. 

Tatabahasa13.10.2010
1. Pelantikan Zhun Kit sebagai ketua kelas di Tingkatan 4PD telah mendapat (persetujuan) daripada semua rakan sekelasnya. Mengapakah (persetujuan) diberi sebagai kesalahan? 2. Apakah bezanya teresak-esak dengan tersedu-sedan? 3. Terdapat guru yang mengajar penggunaan "sejak" tidak boleh diikuti dengan "dari"? Betul? 4. Mereka masih berselisih pendapat walaupun berada dalam kumpulan yang sama. Manakah kesilapan ayat ini? - tidak perlu perkataan "berada" - di dalam kumpulan1. Perkataan persetujuan dalam ayat tersebut adalah tepat dari segi semantiknya. 
2. Teresak-esak sama maksudnya dengan tersedu-sedu. 
3. Sejak bermaksud mulai dari atau dari, oleh itu penggunaan kata dari selepas sejak menjadikan ayat tersebut lewah. Ayat yang lewah bukanlah ayat yang gramatis. 
4. Ayat ini betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga.
Tatabahasa13.05.2012
Pelantikan ketua kelas perlu mendapat persetujuan daripada semua rakan sekelas. istilah 'persetujuan' adalah salah. apakah jawapan betul untuk menggantikan istilah tersebut? terima kasih.Apakah pilihan jawapan yang diberi? Bagi pandangan kami ayat tersebut tidak tepat dari segi praktikalnya kerana pelantikan ketua kelas lazimnya dibuat melalui undian.Tatabahasa19.09.2012
1. Sila lengkapkan Pernyataan Setuju-Terima pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. 2.Sila lengkapkan Penyataan Setuju-Terima pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. (Mana satu yang betul ? Saya agak keliru dengan pengunaan kata "Pernyataan/Penyataan"..Terima kasih)Yang betul Pernyataan Setuju Terima. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089.    Tatabahasa03.03.2009
salam 1 Malaysia, soalan saya, adakah saya perlu untuk meletakkan tanda koma selepas perkataan (ini bermakna dan manakala) bagi ayat berikut: Ini bermakna, responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala, dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. terima kasihIni bermakna responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. Tidak perlu tanda koma selepas kedua-dua perkataan tersebut, walau ada jeda (berhenti sebentar) sewaktu kita membacanya.Tatabahasa07.08.2015
Selamat Pagi. Saya ingin mendapatkan persetujuan/perakuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Nama Bangunan/Skim Pembangunan. Saya akan berasa sukacitanya sekiranya tuan/puan dapat memberitahu tatacara mendapatkan surat tersebut.Surat ini diwajibkan oleh Jabatan Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Terima kasih.Sila gunakan borang kuning yang diperoleh daripada Jabatan Pelesenan DBKL. Dalam borang tersebut, nyatakan kenapa nama yang dicadangkan tersebut diminta perakuan untuk pengesahan dan DBP akan memberi ulasan dalam ruangan DBP. DBP akan memperakui penamaan yang menggunakan bahasa Melayu yang betul dan baik serta menggambarkan citra Malaysia.Lain-lain21.11.2011
apakah maksud konsensus?Makna konsensus ialah persetujuan bersama (umum) terhadap sesuatu perkara, kesepakatan pendirian, permuafakatan (rujuk Kamus Dewan)Makna25.03.2007
Adakah DBP menyimpan kertas kerja perbincangan antara Malaysia dan Indonesia berkait persetujuan yang dibuat tentang pelambangan bunyi bahasa Melayu? Contoh mengapa 'sj' di Indonesia dan 'sh' di Malaysia diselaraskan menjadi 'sy'?

Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selain itu, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau mendapatkan bahan carian dengan melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Bahan yang diperlukan dapat diperoleh melalui carian tersebut. Selamat mencuba.

Lain-lain15.07.2019
Apakah maksud perkataan SERAHAK? Contoh ayat yang digunakan, 1. Urusan Menandatangani Surat Persetujuan Kerajaan Kepada Surat Ikatan Serahak dengan Pihak NGO. 2. Borang Gadaian & Suratan Hakmilik ATAU Surat Ikatan SerahakPerkataan serahak masih belum wujud dalam data kami, hasil carian kami, perkataan yang yang dimaksudkan dalam bahasa Inggeris ialah "Deed of Assignment (DOA)" iaitu bermaksud surat ikatan penyerahhakan daripada bidang undang-undang.

Istilah14.10.2020
Maksud KESEPAKATAN dan huraikan maksud tersebut.Kesepakatan bermaksud perihal sepakat dan persetujuan. Konteks kesepakatan sesuai dalam sesuatu kelompok masyarakat, rakyat sesebuah negara, ataupun kumpulan sesuatu organisasi. Contoh : kesepakatan dalam dalam membanteras kejadian jenayah di sesebuah kawasan dalam kalangan penduduk taman perumahan.Makna26.02.2007