Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
permintaan pembetulan abstrak tesis saya dalam bahasa Melayu | Untuk makluman tuan, penyemakan dokumen terjemahan dikenakan bayaran dan perlu melalui proses tertentu. Pihak kami mencadangkan tuan melayari laman web PRPM dan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.11.2019 |
adakah ayat ajakan tergolong dalam kategori ayat perintah? | Adakah maksud tuan Ayat permintaan? Dalam bahasa Melayu ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta, dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat ayat permintaan biasanya tidak membawa pengertian negatif, sebagaimana ayat larangan. Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintahditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang biasanya digugurkan berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut: (i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan (iv) Ayat permintaan | Lain-lain | 01.05.2018 |
1. Bolehkah ayat permintaan menggunakan tanda soal? Contohnya : Bolehkah saya keluar sebentar? (Atau ayat contoh saya di atas merupakan ayat tanya?) mohon kepastian. 2. Ayat permintaan dalam tatabahasa dewan hanya menggunakan contoh kata permintaan minta & tolong bolehkah berikan contoh yang lain? | Partikel "kah" digunakan dalam ayat tanya, maka ayat itu ialah ayat tanya. Ayat permintaan lazimnya menggunakan kedua-dua kata tersebut dan carian di Internet juga menemukan maklumat yang sama. | Tatabahasa | 02.08.2016 |
Adakah ayat ini mengandungi kesalahan tatabahasa? Tolong jangan berbual-bual ketika saya sedang mengajar. | Ayat permintaan dalam bahasa Melayu ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta, dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat ayat permintaan biasanya tidak membawa pengertian negatif, sebagaimana ayat larangan. Oleh sebab itu, ayat larangan yang betul ialah Jangan berbual-bual ketika saya sedang mengajar. | Tatabahasa | 03.05.2014 |
Saya tidak dapat tunaikan permintaan awak Kenapa ayat ini salah? | Ayat yang betul ialah Saya tidak dapat menunaikan / memenuhi permintaan awak. | Tatabahasa | 30.04.2008 |
salam sejahtera... Boleh tak lampirkan borang DPK-1/2010 untuk kegunaan DBP Sabah. Terima kasih Christofer J. Molie | Soalan/permintaan saudara di luar skop khidmat nasihat bahasa, sila kemukakan terus permintaan tersebut kepada bahagian yang berkenaan. | Lain-lain | 03.05.2010 |
assalamualaikum.. saya ingin bertanya apakah perbezaan penggunaan kata perintah permintaan iaitu kata 'tolong' dan 'minta'. sekian. | Dalam konteks pembentukan ayat, kedua-dua kata "minta" dan "tolong" dikenali sebagai ayat permintaan. Contoh penggunaan kedua-dua kata ini dalam pembentukan ayat adalah seperti yang berikut:(a) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan. (b) Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad. Dalam konteks makna, kata minta membawa maksud menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (untuk mendapat sesuatu), Manakala kata tolong membawa maksud minta bantuan (sokongan). Dari segi makna dan fungsi kedua-duanya kedua tidak mempunyai perbezaan yang jelas, namun dari dari segi konteks penggunaan minta lebih formal daripada tolong. | Tatabahasa | 11.03.2014 |
Selamat sejahtera, Tuan. Saya mahu bertanya. Adakah perkataan "tolong" dan "jangan" tak boleh digunakan bersama-sama? Contoh ayat, "tolong jangan tinggalkan saya." Situasi ini lebih kepada merayu dan sedih, jadi saya merasakan lebih sesuai jika menggunakan perkataan "tolong" juga. Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Perkataan jangan tergolong dalam kata larangan yang digunakan di dalam ayat larangan. Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, atau usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Perkataan tolong pula tergolong dalam kata permintaan yang digunakan dalam ayat permintaan. Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Ayat larangan juga dapat dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya. Contoh: Harap jangan tinggalkan saya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 18.04.2018 |
Mohon penjelasan tentang jenis ayat ini sama ada ayat penyata atau ayat perintah (permintaan): Semua peserta kursus diminta berkumpul di bilik seminar. Terima kasih | Ayat Semua peserta kursus diminta berkumpul di bilik seminar ialah ayat (permintaan). | Tatabahasa | 18.09.2014 |
1) Tolong jangan dengar cakap dia 2) Sila jangan duduk di situ Adakah dua ayat di atas menyalahi hukum ayat? Sila beri keterangan. | Jawapan yang tepat: 1. Jangan dengar cakap dia 2. Jangan duduk di situ Ayat permintaan dalam bahasa Melayu ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti "minta", "sila" dan "tolong", dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat permintaan biasanya tidak membawa pengertian negatif, sebagaimana ayat larangan yang menggunakan perkataan "jangan". | Tatabahasa | 04.09.2015 |