Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ayat yang mana satu betul: Malah, dia telah membuat senarai perkara-perkara yang dia perlu / perlu dia lakukan semasa di Kelab Masyarakat Punggol.Ayat yang betul ialah "Malah, dia telah menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan semasa di Kelab Masyarakat Punggol".Tatabahasa24.04.2022
Mohon pertolongan untuk memilih jenis iklan yang mana satu perlu saya pilih. Kami perlu meletakkan papan tanda untuk nama kilang di hadapan atas kilang kamiTuan perlu memilih Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Untuk permohonan papan iklan, sila masukkan keterangan aktiviti perniagaan di bahagian atas sebelah kiri iklan, contohnya KILANG MAKANAN. Singkatan perkataan SDN. BHD. perlu diletakkan titik.Lain-lain09.03.2020
Mohon maklum balas cara penulisan yang betul di ruangan tandatangan bagi surat-menyurat. Contohnya: (IR. AHMAD IDWAN BIN MANSUR) Pengurus Besar Kanan Jabatan Sumber Manusia Soalan saya: 1. Perlu atau tidak letakkan kurungan ( ) itu; 2. Perlu atau tidak nama dieja dalam huruf besar; 3. sekiranya nama dieja dalam huruf besar, perlukan IR juga dieja dalam huruf besar atau ditulis (Ir. AHMAD IDWAN BIN MANSUR)?1. Nama perlu perlu dimasukkan ke dalam tanda kurungan
2. Nama perlu ditulis dalam huruf besar
3. Keseluruhan nama yang dimasukkan ke dalam tanda kurungan perlu ditulis dengan huruf besar termasuk IR
Lain-lain14.02.2019
Adakah perkataan bahasa Inggeris yang ditelakan dalam kurungan perlu italik? Salinan cetak (hardcopy) perlu dihanatr kepada kami dengan segera. Adakah perkataan hardcopy dalam kurungan perlu italik?
Dalam penulisan, perkataan bahasa asing dalam kurungan tidak perlu italik. 
Tatabahasa31.10.2020
Kita perlu meningkatkan daya saingan rakyat kita di era globalisasi. Adakah ayat di atas betul? Kawan saya betulkannya kepada ayat di bawah: Kita perlu tingkatkan daya saing rakyat kita di era globalisasi. Soalan saya pula: 1) Kenapa tidak perlu menggunakan imbuhan Me- di depan tingkatkan? 2) Kenapa tidak tambahkan terbitan -an di belakang saing? Dia tidak dapat jawab soalan saya, oleh itu saya tulis di sini supaya pakar bahasa DBP dapat beri tunjuk ajar kepada saya.Terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.    1. Kita perlu meningkatkan daya saing rakyat kita pada era  globalisasi.

2.    2. Daya saing rakyat kita pada era globalisasi perlu kita tingkatkan (Ayat pasif)

3.    3. Perlu kita tingkatkan daya saing rakyat kita pada era globalisasi (Ayat pasif songsang)

 

Oleh itu, ayat Kita perlu tingkatkan daya saing rakyat kita di era globalisasi tidak gramatis untuk digunakan.

Tatabahasa08.04.2021
Boleh saya tahu sesuatu. Soalan saya : 1) Istilah yang tiada dalam PRPM perlu diitalickan? 2) Sebagai contoh istilah sains seperti defibrilator ... perlu diitalickan? 3) Jenama sesuatu barang yang tidak wujud di dalam PRPM perlu diitalickan?Defibrilator merupakan ejaan dalam bahasa Melayu yang diserap terus daripada perkataan bahasa Inggeris, maka tidak perlu diitalikkan. Jika terdapat perkataan dalam bidang sains atau perkataan yang masih belum ada dalam kamus boleh diitalikkan. Bagi jenama pula seperti jenama Facebook, Google, atau Pepsi tidak terakam dalam kamus kerana merupakan nama jenama dan tidak perlu diitalikan.Tatabahasa15.01.2021
Berapa bulan saya perlu membayar yuran? Berapa bulan yang perlu saya bayar yuran? Yang manakah betul?Ayat yang betul ialah “Berapa bulan saya perlu membayar yuran?”Tatabahasa10.10.2023
Ayat: Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif. atau Kita perlu menghindari diri daripada perbuatan negatif. mana satu yang betul ?Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif.
Tatabahasa14.07.2020
saya ingin mengajukan soalan. adakah gelaran (YH Dato') perlu meletakkan noktah di sebelah YH. tersebut. ada mengatakan tidak perlu noktah. ada yang maklum perlu kerana adalah satu singkatan. mohon pencerahan. terima kasih.

Untuk makluman singkatan perkataan yang merujuk kepada "Yang Hormat (YH)" tidak ada. Gelaran yang betul ialah “Yang Berhormat (YB”) yang merupakan rujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Walau bagaimanapun, orang yang bergelar “Dato'” atau “Datuk” tetapi bukan dalam kategori tersebut, disapa sebagai Yang Berbahagia (YBhg).

Makna09.10.2019
Saya mahu bertanya berkenaan selepas tanda seru, huruf pertama perlu besar atau kecil? Contoh: 1) Lari! Lari! Ular hitam! Ada ular hitam! 2) Hai kawan-kawanku semua! kita binatang yang gagah dan cerdik. (Perkataan 'kita' perlu huruf besar atau huruf kecil?)1. Selepas tanda seru perlu huruf besar.
2. Jika perkataan "Kita" terletak pada awal ayat, ia perlu ditulis dengan huruf besar. Jika ia terletak pada tengah ayat, ia perlu huruf kecil.
Lain-lain11.06.2021
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,