Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TALKINPerlakuan mengajar ucapan kalimah syahadah dengan membisikkannya pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut.AGAMAKonsep
KONVENSYEN GENEVA

Konvensyen Geneva menetapkan perlakuan

berperikemanusiaan terhadap orang awam,

tawanan, dan orang yang cedera semasa perang.

UMUM
SATIRA

Satira ialah penggunaan ironi atau sindiran untuk

membidas sesetengah bentuk perlakuan manusia.

Kebanyakan satira muncul dalam kesusasteraan,

tetapi satira juga memainkan peranan yang penting

dalam bentuk-bentuk seni yang lain. Kebanyakan

penulis satira menyatakan bahawa mereka mahu

memaparkan dan merubah kelemahan manusia

seperti tamak dan megah diri. Tetapi ada juga

penulis satira yang hanya suka mencemuh kelakuan

manusia.

UMUM
ELASTOMER TERMOPLASTIKBahan polimer yang boleh diproses seperti termoplastik apabila dipanaskan pada suhu tinggi. Ia bersifat elastik seperti getah apabila disejukkan pada suhu ambien. Peralihan perlakuan ini, iaitu daripada satu leburan termoplastik kepada satu elastomer adalah berbalik. Ini bermakna bahan ini tidak mempunyai ikatan paut silang tetap yang biasanya dihasilkan melalui proses pemvulkanan. Oleh sebab itu, bahan jenis ini boleh diproses semula tanpa sebarang masalah.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
KANUN KESEKSAAN

Kanun Keseksaan ialah undang-undang bertulis utama bagi undang-undang jenayah di Malaysia. Selain menyenaraikan perlakuan yang dianggap jenayah, Kanun Keseksaan juga menyediakan hukuman terhadap perlakuan itu sekiranya pelaku didakwa dan disabitkan di mahkamah.

UNDANG-UNDANGAkta
TOLAK BALA

TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri.

BUDAYAAdat
PETANDAPETANDA, sesuatu alamat atau isyarat yang ditafsirkan oleh orang Melayu daripada gejala-gejala alam, perlakuan haiwan atau isyarat daripada menilik mimpi yang dipercayai mempunyai makna tertentu yang kelak akan mempengaruhi perlakuan manusia. Petanda menyampaikan pengetahuan apa yang akan berlaku sebelum seseorang itu mengalaminya. Dengan demikian, petanda memberi peluang bagi mengelakkan sesuatu perkara daripada benar-benar berlaku. Di kalangan orang Iban, petanda hasil daripada berburung adalah perhubungan antara dewa-dewa dengan manusia, supaya manusia mengetahui apa yang akan ditempuhinya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKepercayaan
JENAYAH ANTARABANGSA

Jenayah antarabangsa, perlakuan yang dianggap sebagai jenayah menurut peruntukan undang-undang antarabangsa.

UNDANG-UNDANGKonsep
PENDINDING

PENDINDING, bahan atau perlakuan yang dipercayai boleh memelihara keselamatan manusia daripada gangguan manusia, binatang buas atau makhluk halus.  Pendinding terdapat dalam pelbagai bentuk dan digunakan untuk menangkis daripada akibat buruk yang boleh menimpa sesuatu benda, manusia atau keadaan.

BUDAYAKepercayaan
GAS UNGGUL

Gas unggul ialah gas dengan sifat fiziknya mematuhi perlakuan unggul dalam hubungannya dengan tekanan, isi padu dan suhu.

FIZIKTeori/Teorem/Hukum
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlakuan