Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TANGO

Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang

pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa.

Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak

perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang

tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan

perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah.

Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang

dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat.

Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal

sebagai tango dan sungguh dramatik.

UMUM
KONGKANG

Kongkang ialah haiwan yang bergerak perlahan,

yang hidup di atas pokok. Kongkang ialah primat,

iaitu anggota order haiwan yang termasuk monyet,

beruk, dan manusia.

UMUM
DEMPUL

Dempul ialah bahan pengisi yang lembut apabila

digunakan, tetapi mengeras dengan perlahan.

Ia digunakan untuk mengisi lubang buku kayu,

rekahan, dan kecacatan lain pada permukaan

kayu sebelum permukaan itu dicat.

UMUM
SLOTH

Sloth ialah nama biasa bagi famili haiwan di

Amerika Selatan yang bergerak dengan perlahan

dan pelik. Apabila bergerak di atas pokok, ia

berjalan terbalik, tergantung dari dahan. Sloth

boleh tergantung dengan sangat kuat dari dahan

dengan cakarnya bak cangkuk hinggakan ia tidur

dalam keadaan ini. Malah sloth mungkin terus

bergayut pada pokok untuk beberapa masa

selepas ia mati.

UMUM
AMPAIAN

Ampaian ialah satu campuran dengan sesuatu

bahan terasing daripada cecair atau gas secara perlahan.

Setiap partikel (zarah) mengandungi banyak atom

atau molekul. Ampaian dapat dilihat dalam bentuk

campuran dua bahan berlainan.

UMUM
ANGIN

Angin ialah udara yang bergerak merentas

permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan

begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa

tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu

kuat dan kencang sehingga merobohkan

bangunan dan menumbangkan pokok besar.

UMUM
ARUS PERU

Arus Peru ialah arus lautan yang sejuk, lebar

tetapi cetek di Lautan Pasifik. Ia mengalir dengan

perlahan ke arah utara di sepanjang pantai barat

Amerika Selatan. Di sepanjang pantai Peru, suhu

airnya ialah 8 ° C lebih sejuk daripada normal bagi

permukaan Lautan Pasifik di garis lintang tersebut.

Kebanyakan ahli sains percaya bahawa angin

meniup air permukaan yang panas, menyebabkan

air yang lebih sejuk dari bawah naik ke permukaan.

Arus ini juga dinamakan Arus Humboldt (lihat

Humboldt, Baron von ).

UMUM
KAP

Kap ialah ikan yang besar dan tahan lasak. Ia

boleh hidup di perairan panas, berumpai, dan

mengalir perlahan yang kaya dengan krustasea,

serangga, dan tumbuh-tumbuhan.

UMUM
KELIKATAN

Kelikatan ialah ukuran rintangan sesuatu

bendalir (cecair atau gas) untuk mengalir. Bendalir

yang mempunyai kelikatan tinggi seperti molases,

mengalir lebih perlahan daripada bendalir yang

mempunyai kelikatan rendah, seperti air.

UMUM
ARITMIA

Aritmia ialah ritma jantung yang tidak normal.

Aritmia biasanya adalah denyut jantung tambahan

yang tidak menyebabkan masalah yang serius.

Namun, kadangkala ritma jantung boleh menjadi

perlahan atau cepat sehingga membahayakan.

UMUM
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.



Lihat selanjutnya...