Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA, pertubuhan yang membolehkan kaum wanita bergiat cergas dalam kegiatan kebajikan dan memajukan masyarakat. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai Womens Institute (WI). Pertubuhan ini telah diasaskan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi British, Lady Templer, pada tahun 1952. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang ahli-ahlinya terbuka kepada wanita yang berumur 15 tahun ke atas dan semua bangsa dan agama dan tidak bersifat politik. Pejabat WI terletak di No. 2, Jalan Lembah 5/2, Off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
ATTUCKS, CRISPUS

Attucks, Crispus (1723?1770) ialah ketua

sebuah perkumpulan yang ditembak oleh askar

Inggeris dalam peristiwa Boston Massacre

(Pembunuhan Beramai-ramai Boston) semasa

Revolusi Amerika.

UMUM
ANABAPTIS

Anabaptis merupakan  bentuk sayap radikal

Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa

gereja merupakan perkumpulan manusia yang

disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan,

dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai

pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan

kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk

memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka

anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka

membaptis orang dewasa yang telah dibaptis

semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan

kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan

idea pemisahan gereja dan negeri.

UMUM
SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANGSURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG, pernyataan sikap seniman dan budayawan Indonesia mewakili perkumpulan Gelanggang Seniman Merdeka, yang ditubuhkan di Jakarta pada 19 November 1946.  Antara ahli Gelanggang Seniman Merdeka ialah Chairil Anwar, Asrul Sani, Rivai Apin, Sitor Situmorang, Pramoedya Ananta Toer, Mochtar Apin, Baharuddin M.S., Henk Ngatung, dan Basuki Resbowa.  Nama Gelanggang diambil daripada nama rubrik kebudayaan majalah Siasat.  Rubrik ini dikendalikan oleh Asrul Sani, Chairil Anwar dan Rivai Apin.SASTERAKarya
KERAJINAN AMAI SETIAKERAJINAN AMAI SETIA, perkumpulan wanita yang pertama ditubuhkan di Sumatera, Indonesia.  `Amai dalam bahasa Minangkabau bererti ibu.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
TANAH AIR

TANAH AIR, puisi Muhammad Yamin yang diterbitkan pada tahun 1922, untuk menyambut ulang tahun kelima Jong Sumatranen Bond (Perkumpulan Pemuda Sumatera) di Jakarta.  Sebelum diterbitkan dalam bentuk buku, tiga bait sajak Tanah Air ini pernah dimuatkan dalam majalah Jong Sumatera pada tahun 1920.

SASTERAKarya
GRUP PEMUISI UKM

GRUP PEMUISI UKM, perkumpulan penyair Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Grup Pemuisi UKM (GPUKM) ditubuhkan pada 17 Disember 1977 di bawah Sekretariat Penerangan dan Penerbitan Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

SASTERAInstitusi/Organisasi
SWEDENBORGIAN

Swedenborgian ialah orang yang mengikut

rumusan doktrin Kristian sebagaimana yang

diajarkan oleh Emanuel Swedenborg, ahli teologi

Sweden. Gereja yang berasaskan doktrin ini

ditubuhkan di London pada tahun 1787, dan di

Amerika Syarikat pada tahun 1792. Gereja-gereja di

Amerika Syarikat dan Kanada mewujudkan General

Convention of the New Jerusalem pada tahun 1817.

Sebuah badan yang berasingan, iaitu General

Church of the New Jerusalem, diasaskan pada

tahun 1890. Penganut fahaman ini mempunyai

perkumpulan dan misi di serata dunia, biasanya

dengan cara bersekutu dengan badan-badan di

Amerika Syarikat atau dengan Conference of the

New Church di United Kingdom.

UMUM
SITI ROHANA KUDUS

SITI ROHANA KUDUS (1884-1972), pengasas Kerajinan Amai Setia, sebuah perkumpulan wanita yang pertama di Sumatera Barat , Indonesia.  Dia lahir pada 20 Disember 1884 di Kota Gadang, Bukittinggi, Sumatera, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Siti Rohana binti Muhammad Rasjad gelar Maharaja Sutan.  Dia lebih dikenal dengan nama Rohana Kudus, iaitu cantuman nama suaminya, Abdul Kudus.  Dia adalah kakak kepada Sutan Syahrir,  tokoh nasionalis Indonesia.  Rohana Kudus menerima pendidikan awalnya secara tidak rasmi daripada guru dan ibu angkatnya, Adiesa, isteri seorang jaksa di Alahan Panjang.  Adiesa mengajarnya mengaji al-Quran, membaca dan menulis Jawi dan Rumi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,