Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
perkiraan vs pengiraan? | "Perkiraan" bermaksud hal berkira-kira; perhitungan; jangkaan. Manakala "pengiraan" bermaksud hal atau perbuatan mengira.
| Makna | 21.02.2020 |
Bolehkah rangkai kata "reciprocal arrangement" digantikan dengan rangkai kata "perkiraan timbal balik"? Rangkai kata di atas digunakan dalam konteks cukai di mana dua orang akan membuat peraturan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Sekian, terima kasih. | Rangkai kata perkiraan timbal balik boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi rangkai kata reciprocal arrangement dalam bahasa Inggeris. | Istilah | 18.11.2008 |
Minta bantuan cara penulisan buku sastera dan tatacara penerbitan serta prosedur berkenaan perkiraan royalti, cara percetakan dan lain-lain. Terima kasih atas bantuan. | Untuk mendapatkan maklumat tersebut, saudara boleh menghubungi Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel norimah@dbp.gov.my. Terima kasih. | Lain-lain | 16.06.2010 |
Pustaka Syuhada 29 JANUARY 23:57 Aslmkm sya ingin mendapat kebenaran menjual buku Peluru petunang dalam eBook a Samad Ismail cetakan kedua 1987. Dimana saya boleh dptkan izin bertulis tertakluk perkiraan royalti. Terima kasih. | Hal ini berkaitan dengan harta intelek sesuatu produk. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai di Bahagian Harta Intelek, DBP, iaitu Puan Nor Aida binti Mohd. Salleh/Puan Hawa Zurina binti Ra'ee melalui talian 03-21479523/9524 atau e-mel noraida2@dbp.gov.my/hawa@dbp.gov.my. | Lain-lain | 29.01.2017 |
Apakah perbezaan unjuran dan anggaran | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, unjuran bermaksud anggaran atau jangkaan tentang sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dan sebagainya) pada masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat unjuran keuntungan yang lebih berbanding dengan keuntungan pada tahun lalu. Manakala anggara pula bermaksud jumlah yang dianggarkan, perhitungan atau perkiraan secara kasar: Beri anggaran berapa liter minyak diperlukan untuk perjalanan 1000 km?; anggaran pendapatan dan perbelanjaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira:... ia hendak berhenti di situ anggaran empat lima malam lagi. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama cuma dibezakan mengikut konteks ayat. | Makna | 19.12.2017 |
saya mengulangkaji subject bahasa malaysia "effective practise: keluaran oxford fajar. Saya tidak faham perkataan "dedekak". bolehkah saya mencari maksudnya disini? terima kasih | Istilah dedekak tidak ditemui dalam mana-mana sumber rujukan/bahan terbitan kami. Namun istilah yang paling hampir dengan perkataan ini ialah dekak-dekak yang bermaksud sejenis alat hitung orang Cina atau Jepun yg berupa pemidang dgn bola-bola atau butir-butir kecil (yg digerak-gerakkan sewaktu membuat perkiraan), sempoa. | Istilah | 25.04.2010 |
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi seorang penulis buku ? Bagaimana pembayaran royalti dikira? | Soalan ini terlalu umum. Syaratnya akan bergantung pada jenis buku yang hendak ditulis. Ada buku ilmiah, buku umum dewasa, buku remaja, buku kanak-kanak, kreatif, dan bukan kreatif. Menulis buku kreatif (seperti novel) mungkin lebih mudah berbanding dengan buku ilmiah yang memerlukan ilmu atau kepakaran dalam bidang yang hendak ditulis dan juga fakta sokongannya. Kadar bayaran royalti DBP ditetapkan mengikut jenis buku yang diterbitkan. Perkiraan dibuat dengan mengambil kira faktor peratus bayaran royalti, harga jualan buku seunit, dan jumlah cetak. | Lain-lain | 07.12.2008 |
Tuan, mengikut hukum tatabahasa dan maksud di dalam kamus, 'memberi' bermaksud menyampaikan sesuatu kepada seseorang atau melakukan perbuatan 'beri' kepada. Saya juga memaklumi bahawa 'memberi' terletak di hadapan objek bernyawa dan 'memberikan' terletak di depan objek tak bernyawa. Tetapi, bagaimana pula dengan ayat di bawah ini: "Hal ini perlu diberikan perhatian." 'Memberi' bermaksud sasaran, iaitu menyerahkan sesuatu kepada. 'Memberikan' pula bermaksud kausatif, yakni menjadikan sesuatu diberikan. Contohnya: Saya memberi emak penyapu itu bermaksud saya menyerahkan penyapu itu kepada emak, manakala saya memberikan penyapu kepada emak bermaksud saya menjadikan penyapu itu diberikan/diserahkan kepada emak. 'Memberi' menerima objek yang menjadi sasaran kepada perbuatan 'memberi', manakala 'memberikan' menerima objek yang dijadikan pemberian. Tetapi, ayat di atas, iaitu "Hal ini perlu diberikan perhatian" akan bermaksud "Hal ini perlu dijadikan pemberian kepada perhatian".Walaupun tiada kata sendi nama 'kepada', tetapi agak-agak maksud akan menjadi begini dengan kehadiran 'diberikan'. Saya kira bahawa ayat ini patut dibetulkan menjadi: "Hal ini perlu diberi perhatian". Yang menjadi sasaran untuk diberi perhatian ialah 'hal itu', bukan 'hal itu' menjadi pemberian (sesuatu yang diberikan) kepada 'perhatian'. Jadi, peraturan 'memberi - objek bernyawa, memberikan - objek tidak bernyawa' tidak boleh dipatuhi sepenuhnya. Betulkah perkiraan saya ini tuan? | Ayat "Hal ini perlu diberikan perhatian" ialah ayat pasif. "Diberikan perhatian" dipasifkan daripada "memberikan perhatian". Ini bermakna ayat ini mengikut peraturan, iaitu akhiran kan diikuti dengan sesuatu yang tidak bernyawa. "Perhatian" ialah sesuatu yang tidak bernyawa. Jadi salah jika ditulis memberi perhatian, dan apabila dipasifkan menjadi diberi perhatian. | Tatabahasa | 16.11.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| kira | 1. Bersinonim dengan pendapat ( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan taksiran ( hitungan, anggaran, jangkaan, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan peduli ( hirau, endah, parwah, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira, |
|
|