Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
perkembangan isu-isu semasa mengenai bahasa .Soalan sdr terlalu umum. Untuk mengetahui isu-isu semasa mengenai bahasa, sdr bolehlah mendapatkan maklumat mengenainya melalui kertas-kertas kerja yg ditulis mengenai pelbagai isu bahasa, jurnal bahasa, majalah bahasa yg terdapat dalam pasaran. Untuk meneliti kertas kerja yg membincangkan perkara ttg bahasa ini, sdr bolehlah datang sendiri ke bahagian Pusat Dokumentasi Melayu di DBP. T.kasih.Lain-lain12.09.2008
Perkembangan arus globalisasi telah menyebabkan peranan Bahasa Melayu tersisish dalam pendidikan. Ramalkan masa depan pembentukan istilah Bahasa Melayu dalam negara ini.

Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut:

30 tahun perancangan Bahasa Malaysia | Abdullah Hassan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1987 | 499.23 Abd | Terperinci

Bahasa Melayu baku dan perancangan bahasa | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1990

Warna dan suasana: perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2000

Bahasa dan globalisasi: cabaran terhadap perancangan bahasa Melayu | Puteri Roslina Abdul Wahid | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu

Perancangan Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara | Puteri Roslina Abdul Wahid | Dewan Masyarakat | 01/04/2005

 Sdr juga turut dipelawa menjadi Rakan Dewan yang menyediakan kemudahan seperti pinjaman dan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.

Lain-lain01.05.2008
Unit Perkembangan AkademikPerkembangan - hasil berkembang Pengembangan - proses mengembangTatabahasa03.01.2008
artikel perkembangan bahasa melayu di sarawakSila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu di Sarawak : sejarah, perkembangan dan masa depan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak 2003 . 2. Monograf Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu/ Malaysia di Sarawak Prof Dato' Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) . 3. Seminar perkembangan Bahasa Melayu di Sarawak [t.p.] Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003Lain-lain01.08.2007
APAKAH PERKEMBANGAN PUISI PADA MASA KINI?Perkembangan puisi masa kini boleh dirujuk kepada buku terbitan DBP iaitu Buku Sejarah Puisi Sehingga 1990. Buku boleh didapati di Pusat Dolumentasi Melayu DBP atau di mana-mana perpustakaan negeri. Perkembangan puisi sehingga tahun 2000 masih dalam kajian oleh pihak DBP dan insya'-Allah akan diterbitkan sebelum tahun 2010. Dalam hal ini, sejarah perkembangan puisi bukan suatu kerja yang mudah dan memerlukan kajian yang teliti.Lain-lain05.08.2007
Bagaimanakah sejarah perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-17?Sejarah perkembangan bahasa Melayu pada abad ke-17 dibincangkan secara ringkas dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, BaB 1. Rujuk juga buku Harun Aminurrashid (1966), Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (Singapura : Pustaka Melayu); dan Za'ba (1926), Kitab Bahasa Melayu (MPSI). Lain-lain16.03.2008
saya ingin tahu mengenai faktor yang menyebabkan perkembangan sastera Melayu moden. terima kasih.DBP telah menerbitkan empat (4) buah buku Sejarah Perkembangan Sastera Melayu Moden mengikut genre iaitu: Cerpen, Novel, Puisi dan Esei. Sila rujuk kepada buku tersebut untuk mengetahui faktor perkembangan sastera Melayu moden.Lain-lain30.09.2007
1. apakah faktor2 yg menyebabkan berlakunya perkembangan kosa kata melayu dalam bidang komputer dan telekomunikasi? 2. cadangan buku yang sesuai untuk dijadikan panduan dalam membincangkan tentang perkembangan kosa kata dalam bidang komputer dan telekomunikasi dalam kamus dewanAntara faktornya ialah perkembangan ilmu di peringkat global dalam bidang berkenaan. Sdr. boleh rujuk buku/glosari/kamus dalam bidang komputer yang terdapat dalam pasaran.Lain-lain12.04.2008
pusat perkembangan bahasa melayu di asia tenggara pada abad ke 15 hingga abad ke 17.Untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tugasan tuan, sila kunjungi perpustakaan yang berhampiran khususnya di tempat puan belajar. Ruang dan perkhidmatan yang terhad tidak memungkinkan kami membantu menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan tugasan. Tiada jalan pintas untuk berjaya, kadangkala ia bermula dengan sesuatu yang sukar.Lain-lain24.12.2015
Salam sejahtera, Perkembangan teknologi telah mewujudkan perkataan-perkataan yang masih belum ada padanannya dalam BM. Saya ingin bertanyakan istilah BM untuk perkataan seperti Youtuber, Vlogger, instagrammer, influencer, gamer, spam/spammer, stalker (cth org yg stalk anda melalui laman media sosial), dll. Diharap prpm dapat membantu.Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah:

influencer: pempengaruh
gamer: pemain
stalker: pengintai maya
spam/spammer: spam/penghantar spam

Perkataan "Youtuber", "Vlogger" dan "Instagrammer" pula digunakan dalam konteks tidak rasmi. Oleh itu, kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai pengguna Youtube, pengguna Vlog dan pengguna Instagram.
Istilah16.02.2020
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkembangan;