Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
kata-kata Ali yang tajam dan _________ menyinggung perasaan Aisyah. a. pedih b. perit c. pedas terima kasih | Kedua-dua perkataan pedih dan pedas boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Lain-lain | 22.07.2019 |
Apakah maksud MERIDIP BADAI, dan boleh kah ia digunakan sebagai tajuk penceritaan tentang perit maung beberapa orang menghadapi kehidupan yang mencabar? | Tidak ada maklumat tentang kata meridip dalam pangkalan data kami. Kata ridip bermaksud sirip di belakang ikan dan tidak tepat dari segi semantiknya untuk ditambah imbuhan me-... dan digabungkan dengan perkataan badai yang bermaksud taufan. | Tatabahasa | 22.07.2011 |
oleh itu betul ke oleh sebab itu betul? merasakan keperitan betul ke? ke berasa keperitan? | Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul. Kata keperitan sahaja sudah membawa maksud rasa/peri hal perit, maka tidak perlu lagi berasa keperitan. | Tatabahasa | 22.03.2011 |