Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Kerajaan Malaysia ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
APAKAH MAKSUD NISBAH?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, nisbah bermaksud 1. perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali.     2. Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan ke­luarga.

Makna30.09.2010
Kepatuhannya kepada ketua tidak boleh dibuat perbandingan. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQPerbandingan bermaksud 1. imbangan, perimbangan, persamaan; dan 2. ibarat. Penggunaan perkataan perbandingan tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul.Tatabahasa16.02.2012
apakah definisi nisbah? Tarikh jawapan dikehendaki: 01/10/2010Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, nisbah bermaksud 1. perbandingan, perimbangan, kadar: tujuh peratus ditulis 7% menunjukkan ~ 7:100 dan boleh digambarkan dgn pecahan ; apabila asid dicampur dgn larutan alkali dgn ~nya yg tertentu, larutan yg terjadi itu menunjukkan sifat-sifat yg berlainan drpd asid atau alkali.     2. Ar nama yg menyatakan seketurunan (al-Attas, al-Habsyi, dll), perhubungan ke­luarga.Makna30.09.2010
Apakah maksud perkataan "nisbah"?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, nisbah bermaksud perbandingan, perimbangan, kadarMakna21.11.2021
penggunaan perkataan "dari masa ke semasa" atau "dari semasa ke semasa" yang mana satukah digunapakai? terima kasihKedua-dua bentuk dari masa ke masa dan dari dari semasa ke semasa adalah betul, tetapi dari masa ke semasa adalah salah, kerana tidak ada perimbangan kata.Tatabahasa08.05.2007
Mana satu penggugnaan yang betul bagi rangkai kata : dari masa ke semasa atau dari masa ke masa atau dari semasa ke semasaKedua-dua bentuk ‘dari masa ke masa’ dan ‘dari semasa ke semasa’ adalah betul, tetapi 'dari masa ke semasa' adalah salah, kerana tidak ada perimbangan kata.Istilah02.04.2010
askm..soalan mana satuyang betul 1.menunggu kepulangan suaminya dari hari ke sehari 2.menunggu kepulangan suaminya dari hari ke hariPenggunaan yang betul ialah dari sehari ke sehari ataupun dari hari ke hari.  Jika saudara hendak menggunakan perkataan "hari", frasa yang betul ialah dari hari ke hari. Jika menggunakan "sehari', frasa yang betul ialah dari sehari ke sehari". Frasa dari hari ke sehari tidak betul kerana tidak ada perimbangan kata.Tatabahasa16.04.2010
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perimbangan