Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
AKIVA BEN JOSEPH

Akiva ben Joseph (50?135 M.) ialah rabai yang

banyak mempengaruhi perkembangan undang-undang

Yahudi. Dia menekankan peri pentingnya

setiap orang Yahudi mempelajari Torah, iaitu lima

buku pertama Bible.

UMUM
MURILLO, BARTOLOMÉ ESTEBAN

Murillo, Bartolomé Esteban (16181682),

pelukis Sepanyol yang hidup pada tahun 1600-an.

Dia dianggap pelukis yang terbaik yang dapat

menggambarkan kelembutan dan optimistik agama

Kristian. Dia terkenal dengan lukisannya yang

melahirkan perasaan mesra dan peri- kemanusiaan.

UMUM
ADAT PERKAHWINAN SUNDA

ADAT PERKAHWINAN SUNDA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Sunda di Jawa Barat, Indonesia. Orang Sunda menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang kudus dan harus membawa kebahagiaan kepada pasangan berkenaan. Dalam budaya mereka terdapat satu ungkapan yang berbunyi geus meujeuhan bemen-bemen jeung kurena yang menegaskan peri pentingnya seseorang yang sudah akil baligh dan mempunyai pelajaran untuk berkahwin.

 

BUDAYAKonsep
GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA

GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA, kempen bahasa yang dilancarkan oleh Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Disember 1987 di Kuala Lumpur. Gerakan Cintailah Bahasa Kita seluruh negara ini dilancarkan dengan tujuan untuk memperkukuh kesedaran rakyat tentang peri pentingnya peranan bahasa kebangsaan dan kecekapan berbahasa kebangsaan dalam pembangunan negara, sejajar dengan perkembangan dalam bidang pendidikan, ilmu pengetahuan dan pentadbiran negara.

BAHASAKegiatan
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peri