Kata |
Takrif |
Sumber |
pergigian | hal-hal mengenai gigi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pergigian | perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pergigian | hal-hal mengenai gigi. | Kamus Pelajar |
ortodontik | cabang ilmu pergigian yg berkaitan dgn pengelakan berlakunya pertumbuhan gigi yg tidak normal (tersusun) dan perawatan gigi yg bermasalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
endodontik | (éndodontik) cabang ilmu pergigian yg berkaitan dgn penyakit pulpa gigi, termasuklah diagnosis, perawatan dan pencegahannya dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surgeri | 1. cabang (ilmu) perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit atau kecederaan dgn cara memotong atau membuang sesuatu bahagian (organ, sel dsb) badan yg berkenaan, ilmu bedah; 2. rawatan kecederaan atau penyakit dgn memotong atau membuang bahagian badan berkenaan: beberapa jenis ~ dilakukan di dlm bidang obstetrik, pergigian dan urologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gigi | 1 benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2 bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1: ~ sikat; ~ gergaji. 3 ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak, yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gigi | 1. benda keras putih spt tulang yg tumbuh pd gusi dan digunakan utk menggigit atau mengunyah. 2. bahagian drpd sesuatu yg rupanya seakan-akan gigi 1:~ sikat; ~ gergaji. 3. ki bahagian tepi sesuatu. ~ air bahagian tepi air yg bertemu dgn tanah atau daratan. ~ asu gigi yg tajam dan runcing; taring. ~ batu (buatan, palsu) gigi yg dibuat (oleh manusia), bukan gigi asli. ~ belalang (susu) gigi pd kanak-kanak yg akan berganti. ~ bongsu gigi yg akhir sekali tumbuhnya. ~ geraham besar (gigi) geraham yg besar dan terletak di bahagian dalam (belakang). ~ geraham kecil (gigi) geraham yg lebih kecil dan terletak di hadapan geraham besar. ~ hutan bahagian tepi hutan. ~ kacip (manis, pencabik, seri) gigi yg digunakan utk memotong atau menghiris makanan. ~ kapak gigi besar yg di hadapan sekali. ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi (iaitu gigi yg menggantikan gigi susu). ~ rambut bahagian tepi rambut pd kepala. ~ sulung gigi yg mula-mula sekali tumbuhnya. pergigian hal-hal mengenai gigi. | Kamus Pelajar |
gigi I | 1. struktur keras yg menyerupai tulang, yg tumbuh pd gusi (gunanya utk menggigit, mengunyah, dll); 2. ki benda yg bentuknya spt gigi: ~ sikat (gergaji dll); ~ kikir; 3. ki tepi, pinggir; ~ anjing (asu) siung, taring; ~ asmaradanta gigi yg putih spt gading; ~ air tepi air laut dll; ~ batu = ~ buatan gigi palsu; ~ belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yg akan berganti; ~ berdukung = ~ tersengkil gigi berlapis; ~ bongsu = ~ muda gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; ~ geligi Id selengkap gigi; ~ gongak = ~ rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh); ~ hutan tepi hutan; ~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu); ~ kacip salah satu drpd lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yg berfungsi utk memotong (mengacip) makanan dsb; ~ kapak gigi hadapan yg besar sekali; ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi; ~ manis = ~ seri gigi kacip; ~ palsu gigi tiruan yg menggantikan gigi sebenar (asli); ~ parang-parang gigi yg berbentuk kecil-kecil dan runcing; ~ penolak perkakas mesin jahit yg menyorong kain jahitan; ~ rambut tepi rambut di kepala; ~ sambut (disebut kalau) gigi pd rahang bawah di luar gigi rahang atas; ~ sayap kumbang gigi yg berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat); ~ sulung gigi yg mula-mula tumbuh; lunak ~ drpd lidah ki sangat lemah lembut; ~ dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah); ~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi; tinggal ~ dgn lidah sahaja prb habis segala harta; bergigi mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa; belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu; kegigian kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dlm rongga mulut: pemilihan berus gigi bergantung pd keadaan ~ seseorang; pergigian perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~; penggigian proses (atau masa) pertumbuhan gigi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
dentistry | n pergigian; (the study) jurusan pergigian: the Department of D~, Jabatan Pergigian; to read ~, mengambil jurusan pergigian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dentist | n doktor pergigian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dental surgeon | n doktor pergigian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dental nurse | n jururawat pergigian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dental clinic | n klinik pergigian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
past | shop on the right, klinik pergigian itu terletak betul-betul selepas kedai di sebelah kanan itu; 3. up to and beyond, melewati: the train carried me on ~ my station, kereta api itu membawa saya terus melewati stesen yg hendak saya turuni; she pushed ~ me, dia bertolak-tolak melewati saya; 4. beyond the scope, range of, tdk /boleh, dapat/ + approp v, tdk ter- + approp v; (understanding, | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dental hygiene | n /kesihatan, kebersihan/ pergigian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
clinic | n klinik: dental ~, klinik pergigian; ante-natal ~, klinik ibu mengandung. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dental | adj 1. (of, rel to teeth) gigi: ~ caries, karies gigi; 2. (of, rel to dentistry) pergigian, gigi, dental; 3. (phonetics) gigi, dental: ~ sound, bunyi gigi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
visit | 2. professional call, lawatan: it is the childrens first ~ to the dentist, ini lawatan pertama budak-budak itu ke klinik pergigian; be out on os ~, keluar /melawat, membuat lawatan/: the vicar is out on his ~s at present, vikar itu keluar membuat lawatan sekarang; make home ~s, membuat lawatan ke rumah: the doctor made two home ~s this month, doktor itu membuat lawatan ke dua buah rumah bulan ini; make regular ~s, membuat lawatan secara tetap; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
implant dentistry | pergigian implan | pergigian implan | pergigian implan | Farmasi |
dental waxes | lilin dental | lilin pergigian | lilin pergigian | Perubatan |
dental plastics | plastik dental | plastik pergigian | plastik pergigian | Perubatan |
dental ceramics | keramik dental | seramik pergigian | seramik pergigian | Perubatan |
dental wedge | baji dental | baji pergigian | baji pergigian | Perubatan |
dental film | film dental | filem pergigian | filem pergigian | Komunikasi Massa |
dental alloy | logam paduan/ aloi dental | aloi pergigian | aloi pergigian | Perubatan |
dental material | bahan kedokteran gigi/ bahan dental gigi | bahan pergigian | bahan pergigian | Perubatan |
working area (dental) | daerah kerja (dental) | kawasan kerja pergigian | kawasan kerja (pergigian) | Perubatan |
bean-bag dental chair | kerusi gigi berbijian | kerusi pergigian beg-kekacang | kerusi pergigian beg kekacang | Perubatan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
dental behaviour shaping | pembentukan tingkah laku pergigian | Pergigian | Tiada | Pembentukan sikap pesakit kanak-kanak supaya positif terhadap rawatan pergigian. Pembentukan tingkah laku pergigian menggunakan pelbagai pendekatan pengendalian kelakuan seperti kaedah terang-tunjuk-buat dan model tingkah laku pergigian. |
dental behaviour reinforcement | pengukuhan tingkah laku pergigian | Pergigian | Tiada | Tindakan yang diambil bagi mengukuhkan tingkah laku pergigian iaitu dengan mengulang kembali kaedah dan jenis rawatan yang telah dibuat. Lihat juga pengurusan tingkah laku pergigian |
dental behaviour modelling | model tingkah laku pergigian | Pergigian | Tiada | Penggunaan pesakit kanak-kanak yang mempunyai sikap yang baik terhadap rawatan pergigian sebagai contoh kepada kanak-kanak lain. Kaedah ini biasanya dilakukan kepada pesakit baru ataupun pesakit yang bersikap negatif terhadap rawatan pergigian. |
dental behaviour assessment | penilaian tingkah laku pergigian | Pergigian | Tiada | Proses penilaian keupayaan pesakit untuk bekerjasama semasa rawatan pergigian dijalankan. Penilaian ini dibuat bagi mengenal pasti kaedah pengurusan tingkah laku pesakit yang sesuai untuk pesakit. Penilaian tingkah laku berbeza mengikut umur, status kesihatan dan sikap pesakit. Contohnya, kanak-kanak berusia dua tahun kurang mampu untuk mengikut arahan maka rawatan pergigian perlu dijalankan dengan menggunakan teknik bius am. Manakala kanak-kanak yang lebih berusia mampu mengikut arahan dan rawatan pergigian dijalankan dengan kaedah pramedikasi atau kaedah terang-tunjuk-buat. |
dental behaviour management | pengurusan tingkah laku pergigian | Pergigian | Tiada | Pengendalian sikap pesakit kanak-kanak yang takut dan tidak bekerjasama terhadap rawatan pergigian melalui beberapa kaedah. Kaedah ini melibatkan pembentukan sikap dan penyahpekaan perasaan takut, melalui teknik terang-tunjuk-buat, teknik alih perhatian, model tingkah laku pergigian dan penggunaan ubat bagi menenangkan pesakit tersebut. Penggunaan ubat dilakukan secara pramedikasi, sedasi nitrus oksida atau bius am. Melalui kaedah ini, pesakit dapat memberikan kerjasama semasa rawatan dijalankan. |
dental wedge | baji pergigian | Pergigian | Tiada | Alat pergigian yang berbentuk segi tiga dan biasanya diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini dimasukkan di celah gigi untuk merapatkan gegelang matrik pada gigi yang hendak direstorasikan. Ia berfungsi untuk menghalang pengeluaran bahan tampalan di pinggir gingiva kaviti semasa pemadatan. Lihat gambar. |
bean-bag dental chair | kerusi pergigian beg kekacang | Pergigian | Tiada | Kerusi pergigian khas yang dibuat bagi kanak-kanak yang menghadapi kesulitan untuk duduk lurus atas kerusi pergigian biasa. Dengan menggunakan kerusi jenis ini, kanak-kanak tersebut akan dapat duduk dengan tenang dan tidak berasa takut terjatuh dari kerusi. Kerusi ini diisi dengan biji kekacang yang akan mengikut bentuk badan pesakit yang mendudukinya. |
dental ancillary | ansilari pergigian | Perubatan | Tiada | Pembantu doktor dan pakar pergigian yang memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat. Sinonim: auksiliari pergigian. |
dental auxiliary | auksiliari pergigian | Perubatan | Tiada | Pembantu doktor dan pakar pergigian yang memberikan perkhidmatan pergigian kepada masyarakat. Sinonim: ansilari pergigian. |
dental public health | kesihatan pergigian awam | Perubatan | Tiada | Bidang pergigian yang mengkaji tentang pencegahan penyakit pergigian, penjagaan kesihatan pergigian dan peningkatan taraf kesihatan masyarakat. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
lalau Ib | kayu atau buluh yang dibuat pada tangga atau titi sebagai tempat pemegang supaya tidak jatuh. | Saya minta pinang yang akan dibelah itu berbunga dan, oleh kerana saya ini datang dari tempat yang jauh, saya mesti minta bedil sebagai titian, sumpitan untuk lalau atau kayu pemegang dan pinggan untuk pergigian titian itu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb คณะจิตรกรรมและปฏิมากรรม [-cit- rakamlεpatIma:kam] น fakulti seni lukis dan seni arca คณะทรัพยากรธรรมชาติ [-sappa- ya:k:ntanmaca:t] น fakulti sum- ber alam คณะทันตแพทยศาสตร ์ [-tanta- pε:tyasa:t] น fakulti pergigian คณะนิติศาสตร ์ [-ni ti sa:t] น fakulti undang-undang คณะนิเทศศาสตร ์ [-ni te:tsa:t] น fa kulti komunikasi massa คณะโบราณคดี [-bo:ra:nkadi:] น fakulti
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pergigian | [per.gi.gian] | ڤرݢيݢين |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
dental insurance | insurans pergigian | INS |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergigian |
|
|