Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah ayat yang betul untuk pergerakan ulat. Contoh Ulat bergerak seperti jari tangan menjengkal. Adakah ini benar?Jikalau salah, apakah pergerakan ulat bulu yang benar?Kami mencadangkan perkataan yang sesuai untuk pergerakan ulat bulu ialah merayap.Lain-lain27.10.2021
Salam dan terima kasih atas bantuan pihak Tuan/Puan. Dalam konteks perniagaan/perdagangan, istilah "whipsaw" merujuk kepada pergerakan harga yang pantas diikuti oleh perubahan harga yang mendadak ke arah yang bertentangan. Seorang pelabur yang menjangka penerusan ke arah pergerakan harga saham yang selamat mungkin mengalami "whipsaw" dalam pasaran saham yang turun naik. Apakah terjemahan "whipsaw" yang sesuai (jika ada)?Belum ada terjemahan whipsaw dalam Bahasa Melayu. Terjemahan yang paling hampir untuk menerangkan situasi yang tersebut secara umum ialah ialah pergerakan - pergerakan harga saham.Penyemakan dan penterjemahan22.08.2019
Salam dan terima kasih kerana membantu. Yang mana antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "people with reduced mobility" - 1) orang kurang mobiliti ; atau 2) orang kurang pergerakan; atau 3) orang kurang upaya pergerakan; atau 4) orang kurang upaya gerak; atau 5) orang kurang upaya mobiliti; atau 6) orang pergerakan terbatas; atau 7) orang mobiliti terbatas?Pada pandangan kami, orang kurang upaya pergerakan paling sesuai untuk terjemahan “people with reduced mobility”.Penyemakan dan penterjemahan23.02.2019
Adakah Perintak Kawalan pergerakan (PKP) Dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebagai akronim .terima kasih.Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Prosedur Operasi Standard (SOP) merupakan singkatan frasa.Tatabahasa09.11.2022
Apakah kata kerja yang digunakan ke atas pergerakan cacing tanah dan siput? Merayap atau merangkak?Kata kerja merayap paling sesuai untuk menggambarkan pergerakan cacing dan siput. Merayap merujuk perbuatan berjalan (untuk binatang kecil spt semut dll).Lain-lain29.10.2008
Bolehx komplemen menjadi predikat?"Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah bahawa sekatan pergerakan penuh perlu dilaksanakan tanpa sebarang pengecualian." Ini contoh ayat yang diberikan oleh Cikgu Ghalib Yunus. Tapi ramai yg kata xboleh. Mohon penjelasan tuan.Ayat yang betul ialah Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah pelaksanaan sekatan pergerakan penuh tanpa sebarang pengecualian.Tatabahasa29.08.2021
Salam Keluarga Malaysia. Adakah frasa denyut jantungku berdebar mempunyai kesalahan dari aspek tatabahasa? Hal ini kerana berdasarkan pemahaman saya daripada rujukan definisi di DBP: BUNYI debaran jantung dirujuk sebagai degup. PERGERAKAN debaran jantung dirujuk sebagai denyut. Berdebar pula merujuk kepada pergerakan.Frasa tersebut betul.Makna24.07.2022
1. Saya ingin mendapatkan terjemahan perkataan 'mengengsot' dalam Bahasa Inggeris. Dalam konteks penggunaan "bergerakan siput ialah mengengsot". What is the 'mengengsot' word in English? (Is it 'mengengsot' or 'mengesot'?) 2. Kalau perkataan Inggeris "slither" - apa terjemahannya dalam Bahasa Malaysia? 3. Bolehkah digunakan pergerakan 'slither' untuk siput? Atau binatang apa yang paling sesuai untuk menunjukkan pergerakan 'slither'? Harap bantu. Dah cari di Carian Kata untuk terjemahan tetapi tidak jumpa. Sekian, terima kasih

1. Lazimnya bahasa Inggeris menggunakan perkataan “crawl” untuk menunjukkan pergerakan siput.

2. Padanan bahasa Melayu untuk slither ialah menyelinap. (Contoh ayat: a snake was slithering through the bushes, seekor ular menyelinap di dlm semak.)

Sekian. Terima kasih.
Istilah13.06.2017
Apakah terjemahan sesuai untuk "castling" iaitu pergerakan dalam permainan catur?Kami mencadangkan "castling" diterjemahkan sebagai "pengetiran". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah29.05.2022
Salam sejahtera. Apakah daftar istilah untuk "Resistance Movement" (merujuk kepada pergerakan menentang penjajah atau penceroboh)? Adakah "Gerakan Tentangan" boleh digunakan? Sekian, terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi Resistance Movement ialah gerakan tentanganMakna30.06.2020
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pergerakan