Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v1.0Bahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
perbualan1 perbuatan atau hal berbual: ~ mereka berterusan hingga larut malam. 2 apa-apa yg dibualkan: ~ mereka berkisar dr satu perkara ke satu perkara lain.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perbualan1. perihal berbual (membual), percakapan: ~ mereka terhenti seketika; 2. bahan utk berbual, perkara yg dibualkan (dipercakapkan), percakapan: kisah itu menjadi ~ orang ramai;Kamus Dewan Edisi Keempat
perbualan1. perbuatan atau hal berbual: ~ mereka berterusan hingga larut malam. 2. apa-apa yg dibualkan: ~ mereka berkisar dr satu perkara ke satu perkara lain.Kamus Pelajar
memutar percakapan (cakap kecek, perbualan)mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
mod perbualan(conversational mode)Keadaan sistem yang berada pada tahap pengguna boleh berinteraksi dengan sistem melalui perbualan.Kamus Komputer
menyambung1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain);Kamus Dewan Edisi Keempat
bahasa perbualan(conversational language)Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan bentuk yang mirip bahasa manusia untuk memudahkan pengguna berinteraksi dengan komputer melalui perintah berbentuk perbualan.Kamus Komputer
topikperkara yg dibincangkan, di­bualkan, dipelajari, dll: Bagaimana pelajaran sekarang? Mustaza membuka ~ perbualan. bertopik mempunyai topik: karya yg tidak ~. bertopikkan mempunyai sesuatu sbg topik: perbualan yg ~ hal semasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berkisar1. berputar, berpusing (bkn roda, angin, dll); 2. berpindah, beralih, bertukar (tempat): duduknya sudah ~, tidak lagi menghala tingkap; 3. beredar di sekitar sesuatu perkara (bkn perbualan, perbin­cangan, dll), bertumpu (berpusat) pd: cerita Kamal itu kebanyakannya ~ pd kampung halamannya; perbualan mereka ~ pd kisah darurat; duduk ~ tegak berpaling prb, Mn tidak menepati janji atau kata-kata yg telah dibuat;Kamus Dewan Edisi Keempat
borakperbualan mesra, tidak formal, biasanya tentang hal-hal yg tidak serius atau tidak penting: dia meneruskan ~nya lagi; berborak, berborak-borak, memborak berbual(-bual) kosong, bergebang: ramai juga orang sedang ~ di situ; memborakkan bercakap besar (membongak) tentang sesuatu: dia selalu ~ kekayaannya;pemborak (orang yg) suka berborak.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbualan