Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PERUNTUKAN DIRAJA

Peruntukan Diraja ialah akaun kewangan

negara yang membiayai perbelanjaan

pemerintahan beraja dan keluarga diraja di United

Kingdom. Jumlahnya telah ditetapkan oleh

Parlimen pada setiap permulaan raja memerintah.

Sebagai balasan, exchequer menerima bayaran

cukai tahunan daripada sebahagian tanah yang

dimiliki oleh raja tersebut. Di bawah Akta

Peruntukan Diraja 1975, perbendaharaan boleh

menambahkan jumlah pembiayaan setiap tahun

untuk menampung kos yang semakin meningkat.

UMUM
GAS GANTIANGas asli sintetik yang dihasilkan melalui beberapa proses tindak balas kimia. Konsep gas gantian diperkenalkan untuk mencari alternatif penghasilan gas yang terbentuk di dalam perut bumi yang semakin berkurangan dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Gas gantian mempunyai sifat fizikal yang sama dengan gas asli. Sumber bahan api fosil yang digunakan untuk menghasilkan gas gantian ialah batu arang dan cecair petroleum.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
MESIN JAHIT

Mesin jahit ialah mesin yang menggunakan

jarum untuk mencantumkan kain dengan benang.

Mesin jahit meringankan kerja rumah dan

membantu keluarga mendapatkan pakaian yang

lebih baik dan murah berbanding dengan

perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan. Di

kilang, mesin jahit membantu pengeluaran pakaian

secara besar-besaran.

UMUM
PIAWAI EMAS

Piawai emas ialah penggunaan emas sebagai

piawai nilai wang sesebuah negara. Sesebuah

negara menjadi pengguna piawai emas apabila

menerima tukaran wang asing yang ditawarkan

dengan emas dan bersetuju untuk membeli dan

menjual emas pada harga yang tetap. Kelebihan

menggunakan piawai emas ialah mengawal inflasi,

mengawal perbelanjaan kerajaan, dan

menstabilkan kadar tukaran wang asing di

kalangan negara yang menggunakannya.

Kelemahannya pula ialah menghalang

penyelarasan yang perlu ke atas bekalan mata

wang tempatan dan kadar tukaran antarabangsa.

UMUM
BAYARAN TERTUNDA

Bayaran tertunda ialah pembayaran yang dibuat untuk sesuatu perbelanjaan.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
BIASISWA RHODES

Biasiswa Rhodes ialah anugerah yang

membolehkan pelajar dari beberapa buah negara

belajar di Oxford University, England. Biasiswa ini

membiayai bayaran tuisyen pelajar dan juga elaun

perbelanjaan sara hidup. Biasiswa ini diberi selama

dua tahun, tetapi kadangkala dilanjutkan untuk

tahun ketiga.

UMUM
DATU PIANG

DATU PIANG (? -1902), pemimpin tradisional di Cotabato, selatan Filipina pada akhir abad ke-19. Dia juga dikenal dengan nama Amai Mengka dan Tuye Tan, mempunyai darah campuran Cina dan Maguindanao. Datu Piang mendapat kepercayaan Datu Uto, orang yang paling berkuasa di lembah Sungai Pulangi atau Cotabato, sehingga dia dilantik sebagai orang kanan Datu Uto untuk mengurus semua harta dan perbelanjaan Datu Uto. Dia juga menantu Datu Ayunan, salah seorang datu yang berpengaruh di Cotabato.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KESELAMATAN

Keselamatan ialah bebas daripada kecederaan

atau bahaya kecederaan. Perkataan keselamatan

juga merujuk langkah berjaga-jaga yang diambil

untuk mengelakkan kemalangan. Kemalangan

ialah penyebab utama kematian di seluruh

dunia. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh,

lebih kurang 94 000 orang terbunuh setiap tahun

kerana kemalangan. Kira-kira sembilan juta orang

cedera parah akibat kemalangan. Kemalangan

juga menyebabkan banyak wang digunakan setiap

tahun bagi perbelanjaan perubatan dan kehilangan

pendapatan.

UMUM
MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA

MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU MELAKA, maktab latihan perguruan bagi guru wanita yang pertama di Malaysia. Maktab ini dibuka secara rasmi pada 31  Januari 1935 dengan nama The Malay Womens Training College (MWTC). Maktab ini terletak di kawasan kampus seluas 17 hektar di Jalan Tun Fatimah, Durian Daun, Melaka. Kerajaan kolonial memilih Melaka kerana sifat historikal dan kedudukannya yang strategi. Di samping itu terdapat sebuah bangunan hospital yang telah dikosongkan dan diubahsuai untuk dijadikan maktab tanpa perbelanjaan yang besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbelanjaan