Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus SainsDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
perbatasanbatas sempadan: Sepasukan tentera telah dihantar ke ~ Malaysia-Thailand.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perbatasansempadan (sesuatu kawasan), daerah, sempadan: pasukan itu bergerak di daerah Gunung Sempah dekat ~ Pahang-selangor;Kamus Dewan Edisi Keempat
perbatasanbatas sempadan: Sepasukan tentera telah dihantar ke ~ Malaysia-Thailand.Kamus Pelajar
sempadan1. batas (negeri, daerah, kampung, dll), perbatasan: pertempuran berlaku di ~ Thai-Malaysia; 2. tanda garisan, (pancang dll) perbatasan atau batas; 3. (Mat) salah satu garisan lurus yg membatasi sesuatu rajah (segi tiga, segi empat, dll): rajah segi tiga ada tiga ~ dan tiga sudut; 4. ki had, takat: ia kasih kpd anaknya, tetapi kasihnya itu ada ~nya; bersempadan = ~ dgn berbatas dgn (sesuatu kawasan, daerah, dll): negeri-negeri yg ~ dgn Lautan Atlantik; bersempadankan mempunyai (sesuatu) sbg sempadan: kawasan tersebut merupakan kawasan hutan simpan dan ~ ladang getah; menyempadani menjadi (garis) sempadan bagi atau kpd, membatasi, memisahkan, men-ceraikan: jalan sempit yg ~ Kampung Kambing dgn bangunan-bangunan pekerja JKR; persempadanan hal yg berkaitan dgn sem-padan (spt penentuan sempadan dll): sengketa ini jelas membayangkan bahawa sebaha-gian besar masalah ~ antarabangsa khasnya di rantau ini belum lagi dapat diatasi sepenuhnya; ~ bahagian pilihan raya (Udg) perubahan yg dibuat dlm pembahagian kawasan persekutuan dan negeri kpd bahagian pilihan raya selepas kajian semula dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan syor yg dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya supaya diubah mana-mana bahagian pilihan raya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tepi1. bahagian yg luar sekali (bidang dll), pinggir: ~ meja; 2. sesuatu yg dipasang di pinggir (baju, kain, dll), birai: ~ tabir; 3. tempat (kawasan) yg di pinggir: kami pergi berkelah ke ~ laut; 4. perbatasan (kota dll), sempadan di antara satu dgn lain; ~ langit perbatasan langit dgn air laut; menjaga ~ kain orang ki mengambil tahu hal orang lain; ke tepi arah ke pinggir, pergi ke pinggir; mengetepikan 1. memindahkan ke tepi, meletakkan (menaruh) di tepi: Pak Leman pun membentangkan tikar dan ~ kain-kain buruk yg berselerak di rumah itu; 2. tidak memen­tingkan, mengesampingkan: oleh sebab kesulitan kewangan ini, maka ter­paksalah dia ~ harga dirinya; 3. tidak me­ngen­dahkan, tidak mempedulikan: pengkritik sastera hendaknya seberapa daya ~ idea politiknya dlm memberi nilai kpd sesuatu karya sastera; 4. memencilkan, memulaukan, menyingkirkan: sudah ternyata cita-cita Seri Nara hendak ~ Datuk Bendahara; 5. menge­luarkan (drpd pertandingan dsb), menyingkir­kan, mengesampingkan: Belanda dgn Rusia telah ~ semua pasukan terkemuka dunia; 6. membatalkan (keputusan dll): mahkamah ini berkuasa ~ keputusan Mahkamah Tinggi; terketepi diketepikan, disisihkan: secara umum­nya, siswazah tempatan akan ~ dan ter­singkir kerana kekurangan kualiti yg dikehendaki oleh pihak swasta; pengetepian perihal atau perbuatan menge­tepikan: keberanian tidak bererti ~ dan pengabaian tatasusila; bertepi mempunyai tepi, ada tepinya: laut ini tidak ~ nampaknya; bertepikan memakai tepi (birai dll): bajunya ~ benang emas; menepi 1. pergi ke tepi, meminggir: maka ~lah saya di balik pohon nyiur bersama-sama Sayid Abu; 2. berjalan dll mengikut tepi, menyusur (pantai dll); 3. Mn terbit sedikit-sedikit (air mata); menepikan membawa ke tepi; tepian tempat mandi di tepi sungai (biasanya tohor): sekalian barang itu pun dikumpul­kannya utk dibawanya ke ~; ~ gelanggang dewan tempat diadakan kegiat­an kebudayaan sesuatu daerah; ~ ilmu orang yg banyak pengetahuannya; ~ mata tangkai hati, kekasih.Kamus Dewan Edisi Keempat
perwatasanperbatasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sembiranperbatasan (negeri dll), sempadan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tepi langitperbatasan langit dgn air laut;Kamus Dewan Edisi Keempat
pinggiran1. tepi, perbatasan: peneroka tanah ~; 2. ki tidak penting, kurang ber­pengaruh: Panglima Salleh, dlm menghadapi pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sbg insan biasa dan ~; 3. tidak berapa (kurang) penting: masalah-masalah ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
daerah rusukdaerah pinggir (perbatasan);Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbatasan;