Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Minta diperbetulkan ayat ini: (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk dibawah kaedah ini. (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.(1) Pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah Peraturan ... (namakan peraturan tersebut)
(2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Peladang 1983.
(3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
(4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.
Tidak banyak pembetulan yang dibuat, yang penting pastikan kata nama khas yang digunakan itu betul seperti Peraturan-Peraturan Peladang 1983 dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
Tatabahasa07.03.2014
Minta diperbetuklan ayat ini: (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk dibawah kaedah ini. (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.(1) Pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah Peraturan ... (namakan peraturan tersebut)
(2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Peladang 1983.
(3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
(4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.
Tidak banyak pembetulan yang dibuat, yang penting pastikan kata nama khas yang digunakan itu betul seperti Peraturan-Peraturan Peladang 1983 dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
Tatabahasa06.03.2014
Tuan/Puan, Untuk makluman, pasukan kami sedang menyemak Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Justeru itu, terdapat pertanyaan-pertanyaan berkenaan padanan yang digunakan dalam peruntukan Peraturan-Peraturan tersebut. Pertanyaan tersebut dilampirkan bersama-sama ini untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan05.05.2021
Dalam Peraturan-Peraturan Timbang & Sukat 1972, terdapat perkataan Inggeris iaitu "Computing Device" diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia sebagai "peranti pengkomputeran" Persoalan:- 1) Adakah terjemahan ini tepat ? 2) Apakah huraian/maksud (definasi) "computing device" ? 3) Adakah maksud/huraian(definasi) Inggeris sama dengan perterjemahkan dalam bahasa malaysia iaitu "peranti pengkomputeran" ? 4) sekiranya berbeza, apakah ciri-ciri perbezaan? 5) sekiranya sama, apakah ciri-ciri persamaan?

Jika melihat pada konteks Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1972, terjemahan yang lebih sesuai ialah alat/peranti/mesin kira, kerana ia melibatkan sukat dan timbang. Bagaimanapun, saudara perlu melihat konteks penggunaannya, sama ada menggunakan sistem komputer atau tidak. Mengikut Daftar Istilah DBP, computing ialah kiraan atau komputeran, manakala device ialah peranti (alat, perkakas, pesawat: lihat Kamus Dewan Edisi 4). Bagi istilah computing, yang ada dalam rujukan kami ialah computing machine - mesin kira, manakala computing element - unsur perkomputeran. Saudara perlu jelas dari segi konteks untuk mengenal pasti penggunaan dan bidangnya.

Penyemakan dan penterjemahan07.01.2008
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013
Penggunaan ayat yang manakah sesuai? "...dalam menguruskan" atau "...untuk menguruskan" Contoh:- (1) Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis dalam menguruskan perkara yang berhubungan dengan Riqab menurut Peraturan-Peraturan ini; atau (2) Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis untuk menguruskan perkara yang berhubungan dengan Riqab menurut Peraturan-Peraturan ini.Ayat yang betul ialah Majlis hendaklah menubuhkan suatu jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Riqab yang membantu Majlis untuk menguruskan perkara yang berhubung dengan Riqab menurut Peraturan-peraturan ini.Lain-lain16.02.2021
terdapat perkataan PSIKOTROFIK didalam peraturan - peraturan kualiti alam sekeliling (buangan Terjadual)2005 apakah maksud perkataan tersebut dan ayatnya seperti berikut:- Dadah terbuang yang mengandungi bahan PSIKOTROFIK atau yang mengandungi bahan yang bertoksik.PSIKOTROFIK atau dalam bahasa Inggeris, psychotropic bermaksud bahan atau dadah yang boleh menjejaskan mental seseorang.Makna07.06.2018
Kami mendapati bahawa padanan bagi perkataan natural dalam Peraturan-Peraturan yang sedang kami semak digunakan secara tidak konsisten. Ada yang dipadankan dengan asli dan ada yang dipadankan sebagai semula jadi. Apakah padanan yang sewajarnya?Dalam bidang undang-undang, natural diterjemahkan kepada semula jadi. Adapun terjemahan asli yang digunakan bagi menggambarkan maksud genuine tetapi frasa bahasa Inggerisnya dibina dengan perkataan natural.Istilah28.05.2021
Assalammualaikum Tuan, Saya bernama Shamsul Izuan bin Sapiin. Bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit Inspektorat & Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami sekarang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah kesalahan Peraturan 16A(2)(b) iaitu perkara yang dilarang pada bungkusan atau label hasil tembakau. Disertakan keratan Peraturan 16A(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kesalahan syarikat ini adalah di mana telah menyatakan satu perkataan pack sleve di bungkusan kotak rokok dengan perkataan #1 MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND - Disertakan gambar sebagai rujukan. Oleh itu, pihak kami memohon jasa baik tuan, untuk memberi tafsiran perkataan di atas samada iainya berbentuk kualiti atau pengredan. Pihak kami akan membuat rakaman secara bertulis ke atas pihak tuan bagi membantu siasatan dalam kes ini. Pihak tuan boleh berhubung seperti nama di atas di talian : 01110022740. Kerjasama dari pihak tuan, kami ucapkan ribuan terima kasih. Shamsul Izuan bin Sapiin Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Inspektorat & Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Tel : 01110022740Kebiasaannya tanda pagar pada perkataan tidak boleh diterjemahkan kerana digunakan oleh sesebuah organisasi yang menjalankan kempen pada produk. Cadangan terjemahan bagi MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND ialah "JENAMA PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS" atau cukup sekadar "PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS". Bagi kualiti atau pengredan sesuatu produk pula, ini merupakan luar bidang kuasa pihak kami. mohon tuan merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab yang mengawal selia bagi pengeluaran rokok di Malaysia.
 
Makna03.03.2022
Bilakah perkataan ditambahkan atau menambahkan boleh digunakan? Sebagai contoh dalam ayat di bawah ini: Bahan pengawet 20. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, bahan pengawet ertinya apa-apa bahan yang, apabila ditambah pada makanan, boleh menyekat, merencat atau menahan proses penguraian, penapaian, atau pengasidan makanan tersebut tetapi tidaklah termasuk herba, rempah, cuka atau asap kayu.

Perkataan menambahkan merupakan kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan untuk menghasilkan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Antara maksud tersebut ialah:

i.   Maksud membuat sesuatu yang terkadung dalam kata kerja dasar

ii.  Maksud kausatif atau menyebabkan

iii. Maksud benefaktif atau manfaat

Perkataan ditambahkan pula ialah bentuk pasif bagi perkataan menambahkan. Manakala dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan ditambah ialah  awalan di- yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Contoh dalam ayat, Surat itu ditulis oleh adik saya.

Tatabahasa28.05.2021
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peraturan