PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
nucleotide | | | Molekul asas yang apabila disambung, dapat membentuk unit struktur RNA dan DNA. Molekul ini memainkan peranan penting dalam metabolisme kerana bertindak sebagai sumber tenaga kimia. |
adenosine | | | Nukleosida yang terdiri daripada adenina dan D-ribosa. Adenosina ialah bahan kimia yang digunakan dalam bidang perubatan dan memainkan peranan penting dalam proses biokimia seperti pemindahan tenaga dalam adenosina trifosfat (ATP) dan adenosina difosfat (ADP). Bahan ini menjadi model untuk pembuatan bionanosensor pada masa hadapan. |
nucleic acid | | | Molekul biologi berstruktur polimer yang terdiri daripada rantai monomer nukleotid yang dapat dijumpai dalam semua sel dan virus. Asid ini mempunyai peranan penting dalam bidang biokimia kerana molekul ini dapat membawa maklumat genetik atau membentuk struktur dalam sel. Contohnya, DNA dan RNA. |
protein | | | Sebatian organik besar yang terdiri daripada susunan rantaian linear beberapa jenis asid amino bersaiz 0.6 nm. Asid amino disambung antara satu sama lain menerusi ikatan peptida. Protein memainkan peranan penting bagi setiap proses dalam sel organisma hidup. Contoh protein ialah mioglobin. |
nanosized grain | | | Perihal utiran suatu bahan yang mempunyai saiz dalam julat nanometer. Contohnya, aloi Cu-Fe berstruktur nano mempunyai saiz butiran antara 20 nm - 70 nm dan bilangan butiran yang terbanyak adalah pada saiz 40 nanometer. Saiz butiran ini memainkan peranan yang penting dalam sifat mekanik, elektrik dan magnet sesuatu bahan. Aloi tersebut akan mengalami retakan atau patah, apabila dikenakan tekanan sehingga mencapai 2.8 GPa, iaitu lima kali lebih kuat daripada aloi yang sama yang mempunyai saiz butiran antara 50 mikrometer - 150 mikrometer. |