Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bolehkah dua kata hubung gabungan digunakan berturutan dalam satu ayat? Contohnya penggunaan "dan malahan". Dia peramah dan malahan pemurah. Terima kasih.Lazimnya, dalam sesuatu ayat, kata hubung tidak berturutan. Penggunaan yang betul ialah "Dia peramah dan pemurah" atau "Dia peramah malahan pemurah"Tatabahasa10.10.2018
Yang manakah paling tepat: a) Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati. b) Pak cik jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati.Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati, jika Jaga merujuk nama  seseorang.Ejaan21.05.2012
Ibu suka sikapnya yang peramah itu. Ayat ini sepatutnya "... suka akan ..."Ayat yang betul ialah "Ibu suka akan sikapnya yang peramah itu"Tatabahasa16.07.2013
Banyak orang/Ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. ramai orang betul atau banyak orang betul? atau kedua-duanya betul? apa rasionalnya?

Banyak/ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. Banyak dan ramai kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Dalam Kamus Dewan, banyak sama makna dengan bukan sedikit, tidak sedikit seperti orang dan sebagainya.

Tatabahasa04.09.2008
Selamat sejahtera, Puan Ambika Guru Besar di SJKT Bukit Permai.Puan Ambika guru besar yang peramah.(adakah kedua-dua guru besar perlu ditulis huruf besar?) Terima kasih.

Perkataan guru besar dalam kedua-dua ayat tersebut tidak perlu menggunakan huruf besar pada huruf pertama kerana merujuk kepada kata nama am.

Perkataan guru besar hanya ditulis menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan sekiranya merujuk kepada kata nama khas, seperti Guru Besar SJKT Bukit Permai.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 84 - 85.

Tatabahasa15.01.2024
1. bagaimanakah imbuhan pe-(allomof bagi peN-)dan imbuhan per dibezakan apabila kata dasar yang bermula dengan huruf r-diterbitkan? cth1. peramah 2. peramal 3. peramai seperti contoh-contoh di atas, dari segi morfologi, bagaimana kita dapat tahu bahawa kata- kata dasar tersebut adalah bergabung dengan imbuhan berbentuk per- atau imbuhan berbentuk pe-(allomof bg peN-)? sebab dalam buku- buku tatabahasa tidak dinyatakan dengan jelas. sekian terima kasihTidak ada panduan khusus untuk memudahkan kita mengetahui apakah kata dasar (sama ada bermula dengan huruf R atau tidak) bagi kata terbitan pe- dan per-, melainkan merujuk kamus dengan kerap. Walau bagaimanapun ada sesetengah perkataan meman telah dimaklumi kata dasarnya kerana kebiasaannya kata terbitan bagi kedua-dua kata dasar (kata yang bermula dengan huruf dan bukan r) tidak sama, conthnya: peramal daripada kata dasar ramal, kerana bagi kata dasar amal antara kata terbitan yang ada ialah pengamal (peramal tidak ada). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 -115. Sila rujuk juga kajian-kajian ilmiah tentang tajuk ini.Tatabahasa25.07.2009
1. bagaimanakah hendak membezakan sesuatu kata dasar yang bermula dengan huruf r adalah digabungkan dengan imbuhan pe-(allomof bg peN-)atau imbuhan per-. contoh 1. peramah 2. peramai 3. peramal 2. bolehkah senaraikan kata-kata dasar yang bermula dengan huruf r yang bergabung dengan imbuhan per-? sekian terima kasihAwalan pe- mempunyai dua makna; i. orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan, contohnya petinju (orang yan bertinju), dan ii. oran yang melakukan kerja yan terkandung dalam maksud kata dasar, contohnya paramal (orang yang meramal). untuk maklumat lanjut tentan awalan pe- dan peN- sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halamn 108 - 116 dan rujuk juga Kamus Dewan untuk mendapatkan senarai kata yang bermula dengan huruf R serta kata terbitan daripada kata dasar yang bermula dengan huruf R (kata peramai tidak ada dalam Kamus Dewan).Tatabahasa25.07.2009
Kedua-dua orang anak Mak Minah amat ceramah mulut mereka. Adakah penggunaan "ceramah" dalam ayat di atas betul??Ayat tersebut salah. Ayat yang betul:  Kedua-dua orang anak Mak Minah amat peramah.Lain-lain08.09.2014
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa pertanyaan. Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Sungguhpun adik bertubuh kecil, dia terangkat meja yang besar itu sehingga banyak orang memujinya. 2. Walaupun cuaca panas, pesawah-pesawah itu terus membanting tulang empat kerat mereka. 3. Abang Mimi seorang yang sangat pendiam manakala/tetapi Mimi seorang yang sangat peramah. 4. Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar dari muntah lembu. 5. Pagi-pagi lagi ibu sudah pergi ke pasar bersama-sama ayah. Terima kasih.

Ayat No. 1, 2, 3, dan 5 yang diberikan adalah betul.

Manakala ayat yang betul bagi No. 4 adalah seperti yang berikut:

Dalam Sejarah Melayu, Bat dikatakan keluar daripada muntah lembu.

Tatabahasa27.06.2021
Kata Hubung 1. __________umurnya 70 tahun,_________dia masih bertenaga. 2. Sikap Faridah yang mengadakan-ngadakan _____hari ___ menjadi. 3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan __________ buku Latihan __________buku kerja. 4. ___________ saya tidak dihiraukan, ___________ awak , kata Amin kepada Dali. 5. __________ Siew Lan kurus, ___________ dia kuat makan. 6. Rumah di hujung pekan itu _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 7. Anak gadis Datuk Ramzi ____________bijak________ juga peramah, kata Dato Azlan. 8. Bersenam _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 9. ________ lelaki _________ perempuan, sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,kata ketua kampung. 10. ___________ terus berdiam, ___________ saya berterus terang sahaja.
Penggunaan kata hubung yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1. Walaupun umurnya 70 tahun, tetapi dia masih bertenaga.

2. Sikap Faridah yang mengada-ngada semakin hari  semakin menjadi.

3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan beberapa buku latihan dan buku kerja.

4. “Walaupun saya tidak dihiraukan, janganlah awak kecewa,” kata Amin kepada Dali.

5. Walaupun Siew Lan kurus, tetapi dia kuat makan.

6. Rumah di hujung pekan itu sangat  baik untuk fizikal dan mental kita.

7. “Anak gadis Datuk Ramzi terlalu bijak dan juga peramah,” kata Dato’ Azlan.

8. Bersenam sangat baik untuk fizikal dan mental kita.

9. “Baik  lelaki  mahupun perempuan, bersama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,” kata ketua kampung.

10. Daripada terus berdiam, sebaiknya saya berterus terang sahaja.

Tatabahasa06.10.2021
1
Tesaurus
 
ramah (adjektif)
Bersinonim dengan mesra, kencang, suka berkawan, pandai bergaul, receng mulut;,
Kata Terbitan : beramah-tamah, beramah-ramahan, meramahi, keramahan, keramah-tamahan, peramah,