Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mohon berikan takrifan dan perbezaanistilah "persediaan menghadapi peperiksaan" dan "penyediaan peperiksaan / penyediaan jawapan peperiksaan"Persediaan bermaksud  perbuatan menyediakan, persiapan: perasaan gentar semasa mengajar biasanya kerana kurang persediaan.  Manakala penyediaan bermaksud perbuatan atau hal menyediakan.

Daripada maksud tersebut, kedua-duanya hampir sama dan pengguna bahasa perlu bijak  menggunakan perkataan mengikut konsep ayat. Frasa yang tepat ialah "persediaan menghadapi peperiksaan" dan "penyediaan jawapan peperiksaan".
Tatabahasa18.10.2013
Salam, adakah huruf besar/kecil yang sesuai digandingkan dengan kata nama khas berikut? Apakah alasannya? 1. kelas/Kelas Tahun Lima Mawar 2. pantai/Pantai Batu Feringghi 3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4.peperiksaan/Peperiksaan UPSR Terima kasih.Jawapan :
1. kelas Tahun Lima Mawar

2. Pantai Batu Feringghi= Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan  merupakan nama khas.

3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia

4. peperiksaan UPSR
Lain-lain20.10.2014
Tuan, Adakah "peperiksaan sedang berjalan" betul? sebab biasanya kita tulis 'peperiksaan sedang dijalankan" Perkataan 'peperiksaan' tidak bernyawa bolehkah kita guna kata kerja kerja aktif 'berjalan'? tolang tuan jelaskan pernyataan tersebut. sekian terima kasih.Penggunaan label yang betul ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak) ia, mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan berjalan/dijalankan adalah tidak sesuai.Tatabahasa27.09.2011
mana yang betul,peperiksaan sedang dijalankan atau peperiksaan sedang berjalan, mengapa?yang betul dan tepat ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak) , mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan dijalankan tidak sesuai. Terima kasih.Makna30.08.2007
Saya ingin tahu yang mana penggunaan label yang betul? "PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN" atau "PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN". Mohon sedikit huraian berkaitannya.Penggunaan label yang betul ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak) ia, mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan dijalankan tidak sesuai. Terima kasih.Tatabahasa16.02.2007
Salam tuan/puan, soalan saya bertarikh 20/10/14 masih belum dijawab. Salam, adakah huruf besar/kecil yang sesuai digandingkan dengan kata nama khas berikut? Apakah alasannya? 1. kelas/Kelas Tahun Lima Mawar 2. pantai/Pantai Batu Feringghi 3. pengerusi/Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4.peperiksaan/Peperiksaan UPSR Terima kasih. Semoga tuan/puan dapat menjawab dengan segera kerana saya perlu membetulkan kesilapan sekiranya ada sebelum buku dicetak. Terima kasih.
1. kelas Tahun Lima Mawar

2. Pantai Batu Feringghi= Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan  merupakan nama khas.

3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia

4. peperiksaan UPSR
Tatabahasa27.10.2014
Saya nak tanya, model kertas peperiksaan atau kertas model peperiksaan yang betul?Model kertas peperiksaan.Tatabahasa09.12.2014
Adakah peperiksaan yang dikeluarkan Oleh Kerajaan diperiksa Oleh dbpSoalan peperiksaan disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan soalan digubal oleh panel yang dilantik oleh MPM. DBP tidak terlibat dengan MPM dalam hal ini.Lain-lain31.05.2013
Papan tanda sekolah terpapar 1.Peperiksaan sedang dijalankan 2.Peperiksaan sedang berjalan. Frasa mana yang betul?mohon pencerahan .TQ.Tuan MunsyiPerkataan dijalankan bermaksud dilaksanakan, dan perkataan ini merupakan bentuk pasif bagi menjalankan. Menjalankan/dijalankan ialah kata kerja transitif yang mesti diikuti objek. Berjalan bermaksud berlangsung dan merupakan kata kerja tak transitif. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah "Peperiksaan sedang berjalan" atau "Peperiksaan sedang berlangsung".Tatabahasa18.10.2018
Yang manakah yang benar ? 1. Awas, peperiksaan sedang dijalankan 2. Awas, peperiksaan sedang berjalanPenggunaan yang betul ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak), mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan dijalankan tidak sesuai. Terima kasih.Tatabahasa05.06.2013
Tesaurus
 
periksa
Kata Terbitan : memeriksa, peperiksaan, pemeriksaan, pemeriksa,