Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Berikut adalah beberapa soalan berdasarkan konteks IT: 1) Apakah istilah BM yang sesua untuk "solution aggregator" (seperti Microsoft Solution Aggregato)? Patutkah saya guna penggabung penyelesaian, agregator penyelesaian, atau ??? 2) Apakah istilah yang sesuai untuk Edge Computing dan Enterprise Computing? Betulkah kalau saya guna Pengkomputeran Pinggiran dan Pengkomputeran Perusahaan? Adakah istilah yang lebih tepat? 3) Apa pula istilah BM untuk "edge-to-enterprise solution"? Ayat lengkap: We are now better abled to deliver edge-to-enterprise solutions that drive digital transformation across every industry. 4) Dalam contoh ayat BI di atas, adakah betul terjemahan "across every industry" = "di setiap industri"? 5) Betulkah kalau saya terjemahkan "billions of connected things" (dalam konteks Microsoft Internet of Things) sebagai "berbilion benda-benda yang berhubung"? 6) Apakah istilah BM yang sesuai untuk feedback loops, seperti dlm contoh ayat "Microsot IoT systems of intelligence enables these feedback loops". Betulkah kalau saya terjemahkan seperti berikut: "Sistem kepintaran Microsoft IoT membolehkan gelung maklum balas ini terbentuk." 7) Dalam contoh ayat di atas, adakah perkataan gelung atau kitaran lebih sesuai? Terima kasih! | 1) Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk bagi istilah yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: solution aggregator - penggabungan penyelesaian Edge Computing - pengkomputeran pinggir Enterprise Computing - pengkomputeran perusahaan. edge-to-enterprise solution - Penyelesaian Perusahaan Pinggir across every industry - Melangkaui setiap Industri billions of connected things - Berbilion benda yang berkait feedback loops - gelung maklum balas balas atau gelung suap balik Untuk pertanyaan istilah yang lebih terperinci, tuan/ puan boleh berhubung dengan bahagian Peristilahan. Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. Untuk makluman, DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan. Untuk soalan terjemahan akan datang saudara boleh bertanya kepada Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21442506/21424381) atau kepada ITBM, iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, (03-41451800)
| Makna | 23.10.2017 |
Apa perbezaan antara penyelesaian dan peleraian dalam penulisan skrip drama? | Saudara perlu menghubungi pusat atau latihan seperti di ASWARA atau IPTA/IPTS yang mengendalikan kursus drama dsb. untuk mendapatkan perbezaan antara penyelesaian dan peleraian dalam penulisan skrip drama kerana ia merupakan antara teknik atau kemahiran dalam penulisan drama yang mempunyai makna khusus. | Lain-lain | 25.11.2008 |
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Efisien. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah. | Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas. | Lain-lain | 09.02.2022 |
VISI Rangkaian Kedai Barangan Elektrik & Digital Terkemuka Di Malaysia. Menawarkan Penyelesaian Sehenti Yang Mengagumkan. Menyumbang Kepada Gaya Hidup Berkualiti. MISI 1. Kami adalah rangkaian kedai barangan elektrik dan digital. Kami juga pembekal kepada jabatan kerajaan dan swasta 2. Kami menawarkan penyelesaian sehenti untuk barangan elektrik dan digital yang memenuhi keperluan berbeza pengguna. Kami mempunyai pusat servis sendiri berpengalaman lebih 30 tahun. 3. Kami menyediakan pusat jualan yang selesa dan menarik bersama kakitangan yang profesional dan mesra pelanggan. Melaksanakan proses jualan dan perkhidmatan dengan cekap dan sistematik. Menjanjikan pengalaman manis kepada setiap pelanggan. 4. Kami komited menjadikan entiti bisnes ini juga sebagai pusat pembangunan modal insan dan dakwah yang islami. Menyumbang kepada kemajuan ekosistem Ummah. | Soalan tuan tidak difahami. Adakah pihak tuan ingin mendapatkan pengesahan bahasa bagi iklan perniagaan? Jika ya, sila mohon melalui laman web dbpsahbahasa.my, daftar akaun pelanggan, masukkan maklumat iklan dan buat pembayaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh merujuk panduan pendaftaran pengguna pada laman web seperti yang dinyatakan di atas. | Lain-lain | 09.02.2022 |
Saya mau tau penngunaan analisa dalam tajuk tesis saya. ANALISA KESILAPAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH TRIGONOMETRI DALAM KALANGAN PELAJAR SUKU KAUM KADAZANDUSUN. Adakah penggunaan analisa itu tepat atau tidak, tq | Perkataan/ejaan yang betul ialah analisis - Analisis Kesilapan dalam Penyelesaian Masalah Trigonometri dalam Kalangan Pelajar Suku Kaum Kadazandusun. | Tatabahasa | 16.03.2010 |
Bagi menangani masalah itu semua ahli masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin. munsyi, apakah kesalahan daam ayat ini? TQ | Dalam konteks ayat ini, perkataan semua ahli masyarakat boleh ditukar kepada masyarakat atau semua pihak. Ayat yang lebih baik ialah 'Bagi menangani masalah itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.' atau ''Bagi menangani masalah itu, masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.' | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Salam, Saya ingin pengesahan berkenaan dengan istilah yang betul untuk 'digital-enabled solution'. Mengikut Google translate, adalah 'penyelesaian mendayakan digital'. Pohon kepastian berkenaan istilah tersebut. Sekian, terima kasih. | Pihak DBP mencadangkan terjemahan bagi perkataan digital-enabled solution ialah penyelesaian menggunakan digital. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.10.2017 |
Adakah perkataan 'hmm' ini boleh digunakan? Misalnya, "Hmm... saya sendiri buntu memikirkan jalan penyelesaian masalah kita ini," beritahu Ahmad kepada rakan-rakannya yang lain. | Untuk makluman ayat tersebut tidak ada kesalahan kerana merupakan dialog yang diucapkan dalam karya kreatif. "Hmm ... saya sendiri buntu memikirkan jalan penyelesaian masalah kita ini," beritahu Ahmad kepada rakan-rakannya yang lain. | Sastera | 31.10.2015 |
Salam sejahtera, Adakah "Fleet Solutions" dan "Fleet Services" boleh diterjemahkan sebagai "Penyelesaian Kumpulan" serta "Perkhidmatan Kumpulan"? Jika tidak, sila berikan cadangan anda. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Untuk makluman, terdapat beberapa istilah bahasa Melayu untuk "fleet", iaitu kumpulan, armada dan pengangkutan. Terjemahan yang sesuai bagi Fleet Solution ialah Penyelesaian Kumpulan manakala Fleet Services pula ialah Perkhidmatan Kumpulan. | Makna | 27.04.2018 |
Asslamualaikum wbh. Mohon pencerahan untuk penambahbaikan struktur ayat berikut: Pada akhir pelajaran, pelajar dapat menunjukkan kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban berfokus pada konteks penyelesaian masalah dalam menguruskan kerja kursus. Terima kasih. | Penambahbaikan untuk ayat tersebut: Pada akhir pelajaran, pelajar dapat menunjukkan kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab terhadap penyelesaian masalah dalam menguruskan kerja kursus. | Tatabahasa | 13.02.2022 |
|
Tesaurus |
---|
| selesai (adjektif) | 1. Bersinonim dengan siap: lengkap, sempurna, tamam, jadi, kelar, kamil, telah dikerjakan, sedia, kamal, kafi, akmal, jap, Berantonim dengan terbengkalai
2. Bersinonim dengan berakhir: tamat, habis, sudah, khatam, gem, cutel, berhenti, gentas, putus, mustaid, Berantonim dengan berterusan
3. Bersinonim dengan habis: jelas, langsai, tidak berbaki, lenyap, lesap, bersih, cuci, jilah, lindang, kempot, safan-safa, monyel, dedeh, habis licin, habis langsung, licin-licau, tohor, timpas, melawas, licin tandas, melindap, kosong, pokai, licin moner, licin dalik, Berantonim dengan banyak
4. Dalam konteks tutur kata bersinonim dengan terang, jelas, izhar, tandas, peta, terang jali, jaleh, tedas, pasti, nyata, maujud, kasatmata, bayan, curai, tidak syak lagi, ketara, tidak kabur, terbukti, sah, tegas, Berantonim dengan kabur
| Kata Terbitan : berselesai, menyelesaikan, keselesaian, penyelesaian, |
|
|