Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mohon pencerahan, yang manakah betul; Tanggalkan wayar dari penutup motor atau Tanggalkan wayar daripada penutup motorAyat yang betul ialah "Tanggalkan wayar dari penutup motor."Lain-lain26.06.2022
Apakah perbezaan cakap ajuk yang menggunakan "...." (noktah sebelum penutup pengikat kata) dan "...," (koma sebelum penutup pengikat kata)?Penggunaan tanda petik dalam cakap ajuk yang betul ialah tanda koma sebelum penutup pengikat kata seperti dalam ayat yang berikut:

"Bila sampai?" tanya Husin.
"Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.
"Cuci baju kamu," arah ibu kepada Amin.
Tatabahasa14.10.2017
1. Slot Penutup dalam majlis selalu digunakan " PERASMIAN PENUTUP " adakah penggunaan ini betul atau pun apakah istilah yang tepat ? 2. Penggunaan adalah dan ialah di dalam ayat-penjelasan. 2. Bolehkah kita menggunakan kata sendi di, diawal ayat.? Sekian, terima kasih.

1. Frasa tersebut betul.

2. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

3. Boleh, dalam ayat songsang. Contoh: Dia tinggal di Melaka. Di Melaka dia tinggal.

Lain-lain09.04.2009
CONTOH FORMAT SURAT RASMI TERKINI.Untuk makluman tuan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.Lain-lain04.04.2015
Dalam peruntukan di bawah ini, perkataan opening balance dan closing balance telah dipadankan dengan perkataan "baki permulaan" dan "baki penutup". Carian PRPM bagi perkataan "closing balance" adalah "baki penutup". Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "opening balance"? Dalam khidmat nasihat menunjukkan padanan "baki pembukaan". Namun, adakah ianya sesuai dalam konteks peruntukan ini atau terdapat padanan lain yang sesuai. (3) Jawatankuasa hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas 31 Disember setiap tahun, tetapi dalam mana-mana hal tidak lewat daripada 31 Mac tahun kewangan yang berikutnya, mengemukakan kepada Ketua Audit Negara penyata akaun yang menunjukkan baki permulaan, penerimaan ke dalam, pembayaran daripada dan baki penutup, akaun Kumpulan Wang bagi tahun itu. (3) The Committee shall as soon as possible after 31 December of each year, but in any case not later than 31 March of the following financial year, forward to the Auditor General the statement of accounts showing the opening balance of, receipts of, payments from and the closing balance of, the Fund for that year.Kami mencadangkan istilah "opening balance" diterjemahkan sebagai "baki permulaan", "baki bawa ke hadapan" atau "baki bawa ke depan". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah16.08.2021
Apakah perbezaan antara "tengkolok" dan "tanjak"?Salam sejahtera,

TENGKOLOK 1. kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak 2. kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita

TANJAK kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar.


Untuk keterangan lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna12.08.2017
Organisasi saya bercadang menggunakan penutup surat rasmi dengan klausa berikut "Saya yang menjalankan tugas" berbanding amalan sebelum ini "Saya yang menurut perintah". Pohon pandangan.Kedua-dua klausa ini betul dari segi bahasanya.  Pemilihan penggunaan penutup surat rasmi  bergantung kepada organisasi masing-masing. Kedua-duanya boleh digunakan. Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai garis panduan dalaman tersendiri, dan kami menggunakan klausa "Saya yang menurut perintah". Sekiranya oraganisasi tuan berhasrat menggunakan klausa "Saya yang menjalankan tugas", itu merupakan gaya surat rasmi tersendiri organisasi tuan.Lain-lain09.06.2015
Saya suka akan biskut yang rangup Peter mencuba membuka penutup botol itu Adakah kedua-dua ayat ini betul..Ayat yang betul ialah "Saya suka akan biskut yang rangup." dan "Peter cuba membuka penutup botol itu."Tatabahasa23.08.2013
Tuan, Yang mana satukah betul? Majlis Perasmian Penutup atau Majlis Perasmian Penutupan?Frasa yang betul ialah Majlis Perasmian Penutupan. Penutupan ialah perihal menutup, penamatan, pengakhiran, penyudahan (majlis, acara, dll), manakala penutup ialah 1 alat yg digunakan utk menutup; penudung. 2 sesuatu yg digunakan utk mengakhiri sesuatu surat, syarahan dll.Tatabahasa21.10.2010
Salam sejahtera, Adakah penggunaan 'Salam hormat' sebagai penutup surat rasmi sebelum tandatangan adalah betul dan sesuai? Contoh, Saya yang menjalankan amanah, Salam hormat. TandatanganPerenggan akhir surat rasmi lazimnya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih. Penutup surat ungkapan "sekian". Tiada lagi ucapan salam selepas itu, hanya penggunaan slogan atau cogan kata kerajaan/organisasi.Tatabahasa23.12.2020
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,