Kata |
Takrif |
Sumber |
penuras | alat utk menapis; tapisan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penuras | alat utk menapis, penapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
turas, = penuras | penurasan perbuatan atau hal menuras. | Kamus Pelajar |
turas, = penuras | turasan hasil drpd menuras. | Kamus Pelajar |
turas, = penuras | menuras menapis dgn turas. | Kamus Pelajar |
turas, = penuras | alat utk menapis; tapisan. | Kamus Pelajar |
turas | , = penuras alat utk menapis; tapisan. menuras menapis dgn turas. turasan hasil drpd menuras. penurasan perbuatan atau hal menuras. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
turas I | alat utk menapis, tapisan; kertas ~ kertas utk menyaring barang-barang cair; menuras menapis (dgn turas), menyaring; turasan hasil yg diperoleh drpd menuras; penurasan proses menuras. penuras alat utk menapis, penapis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
filter | n 1. device for holding back solid particles, turas, penuras: oil ~, turas minyak; air ~, turas udara; coffee ~, penuras kopi; 2. device for suppressing light or sound waves, penyaring; 3. (of cigarette, cigar) penapis; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
filter bypass | pintasan penuras | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Injap berpegas yang dipasang pada penapis minyak yang membenarkan minyak pelincir mengalir melalui laluan pintas di sekeliling penuras semasa penuras tersumbat. Melalui cara ini, minyak masih boleh dibekalkan kepada enjin walaupun penapis minyak tersumbat. Keadaan ini biasanya berlaku sekiranya penapis minyak tidak ditukar mengikut jadual penyelenggaraan. |
hydrophobic filter | penuras hidrofobik | Sains Kesihatan | Tiada | Penuras yang tidak dibasahi bahan berair. |
digital filter | penuras digital | Kimia | Kimia Analisis | Penuras elektrik yang bergerak balas kepada input yang telah ditentukan kuantitinya dalam bentuk denyut. |
auditory filter | penuras auditori | Sains Kesihatan | Tiada | Sistem auditori yang bertindak seperti penuras yang berupaya membahagi-bahagikan komponen frekuensi bunyi yang kompleks yang diberi secara serentak. Individu yang cacat pendengaran tidak mempunyai keupayaan ini dan kerana itu mereka sukar mendengar walaupun menggunakan alat bantu pendengaran. |
percolator | perkolator | Herba | Tiada | Alat penuras yang terdiri daripada turus yang mempunyai penuras atau sinter perantara untuk menghalang bahan herba daripada terkeluar. Pili di bahagian bawah turus digunakan untuk mengawal kadar aliran cecair. |
mucous-bag suspension feeder | penuras ampaian beg-mukus | Sains Marin | Tiada | Organisma yang mendapatkan makanan, iaitu dengan meng- gunakan bahan penuras berupa beg-mukus atau perangkap lendir. Menerusi kaedah ini, lembaran mukus atau lendir digunakan untuk memerangkap zarah makanan yang terapung dalam air. Contohnya, cacing poliketa Chaetopterus yang hidup di dalam tiub berbentuk U dan mengepam air melalui tiub tersebut yang perlu melepasi lembaran mukus. Zarah makanan yang terperangkap digulung membentuk bebola dan seterusnya ditelan. |
oil filter | penuras minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang dipasang pada sistem pelinciran untuk menyingkirkan zarah pelelas daripada minyak pelincir. Minyak pelincir perlu dituras sebelum dikitar semula dan digunakan semula sebagai pelincir. Proses ini dapat mengurangkan kehausan komponen yang bergesel dalam enjin. Bahan penuras diperbuat daripada medium poros seperti kertas. |
fuel filter | penuras bahan api | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti yang terletak dalam talian bahan api bertujuan menapis bahan api daripada sebarang kotoran dan benda asing sebelum memasuki karburetor atau sistem penyuntik. Bahan peranti ini diperbuat daripada bahan berliang seperti kertas dan seramik. Komponen ini perlu diganti dalam jangka masa tertentu mengikut jadual penyelenggaraan bagi mengelakkan gangguan bekalan bahan api dari tangki simpanan ke enjin. |
bypass oil filter | penapis minyak pintas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Penuras berupa kartrij yang digunakan dalam sistem minyak pelinciran automatik untuk membuang zarah logam dan hasil haba penguraian daripada minyak yang mengalir. Penapis minyak pelincir ini juga menapis sebahagian daripada minyak yang mengalir melalui enjin. |
pseudofeces | najis palsu | Sains Marin | Tiada | Bahan yang tidak diterima sebagai makanan oleh organisma moluska penuras ampaian. Bahan ini dikumpul dan dibalut bersama lendir (mukus) di dalam rongga mantel moluska dan disingkirkan keluar tanpa melalui sistem pencernaan. |
Kamus Sains.indb 3 cm hingga 5 cm. Cacing betina mengeluarkan 3000 hingga 6000 telur sehari. Cacing ini boleh menyebabkan infeksi di usus besar dan mengakibat - kan trikuriasis. Sinonim whipworm. (UBAT) trickling filter (penuras menitik) Sistem untuk mengolah air buangan secara aerob. Sistem ini mengandungi tangki dengan kedalaman 2 m hingga 3 m dan diameter 8 m hingga 16 m. Tangki tersebut dipadatkan dengan tyndallization pentitratan turbidimetri turbidimetric titration pentransduksi transducer pentripolimeran terpolymerization penukar analog ke digital analog-to-digital converter penukar haba pic segi tiga triangular pitch heat exchanger penunjuk semesta universal indicator penuras menitik trickling filter penyadapan mata air tapping a spring penyahaslian denaturation penyahpepijatan mod surih trace-mode debugging penyakit Alzheimer Alzheimerʼs disease Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Kamus Sains.indb 881 7
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
penuras | [pe.nu.ras] | ڤنورس |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
penuras | filter | Alat yang digunakan untuk mengasingkan pepejal daripada larutan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata penuras |
|
|