Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
tidak penting lagi atau tidak lagi penting??Tidak penting lagi.Tatabahasa20.10.2009
memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah... memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah... yang mana satu betul?Ayat yang betul ialah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah.Tatabahasa25.06.2019
Alaykumussalam, Mohon pencerahan mana satu yang betul penggunaannya: A. Pada saya nyawa saudara lebih penting. B. Bagi saya nyawa saudara lebih penting.Ungkapan yang lebih tepat ialah "pada saya nyawa saudara lebih penting.Tatabahasa27.03.2015
Assalamualaikum, ayat yang mana lebih tepat: i. Dakwah kepada mualaf amat penting pada zaman ini. ii. Dakwah terhadap mualaf amat penting pada zaman ini. Terima kasih.Ayat yang lebih tepat ialah Dakwah kepada mualaf amat penting pada zaman ini.Tatabahasa28.04.2023
Apakah format yang betul bagi catatan harian dan mingguan? Terima kasih...Tidak ada format yang standard untuk catatan harian dan mingguan, yang penting catatan mengandungi butiran penting sesuatu perkara seperti tarikh, masa, tempat dan pihak yang terlibat.Lain-lain28.04.2014
Adakah penggunaan Ianya penting dalam konteks ayat berikut betul? "Ianya penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit"Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.  Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "Ia penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit"Tatabahasa30.04.2019
materialpentingIstilah11.04.2007
Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi adalah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju di abad ke 21. Kemajuan dalam bidang pertanian yang negara kita miliki sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Soalan: Apakah kesalahan dalam bahasa dalam petikan di atas dan jika terdapat kesalahan apakah alasannya?

Ayat yang dibetulkan adalah seperti yang berikut:

Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi ialah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju pada abad ke-21. Kemajuan dalam bidang pertanian di negara kita sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Bab 9 Kata Tugas untuk maklumat lanjut. 

Tatabahasa09.09.2009
apakah maksud penting diri.sertakan contoh-contohnya.tkasihPenting diri atau mementingkan diri bermaksud memberatkan atau mengutamakan diri dalam sesuatu konteks tertentu. Misalnya, dalam kehidupan bermasyarakat, terdapat individu yang  tidak  mahu bergaul dengan orang lain demi mencapai matlamat yang disasarkannya.Makna20.01.2008
mengapakah panggilan kehormat begitu penting dalam majlis rasmi ?Panggilan kehormat begitu penting dalam sesuatu majlis rasmi kerana bagi menghormati kedudukan atau pangkat yang dianugerahkan kepada orang kenamaan yang hadir dalam majlis itu. panggilan hormat ini juga mengikut hirarki dalam masyarakat di samping mengikut adat serta protokol sesutau majlis. Terima kasih.Lain-lain03.11.2007
Tesaurus
 
penting (adjektif)
Bersinonim dengan mustahak, perlu, utama, berharga, tinggi nilainya, berguna, berfaedah, bermanfaat, signifikan, behena;,
Kata Terbitan : mementingkan, kepentingan,