Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah maksud berperlembagaanPerlembagaan ialah undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dan sebagainya).Makna07.03.2011
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA DAN BAHASA JIWA BANGSA SERTA APAKAH KEPENTINGAN BAHASA MALAYSIA KEPADA KAUM DI MALAYSIA.

Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa.  

Bahasa Melayu atau bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu berfungsi sebagai:

(a) alat perpaduan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi semua rakyat.

(b) bahasa pentadbiran negara.

(c) alat komunikasi sebagai bahasa utama

(d) bahasa ilmu

Tuan juga boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mendapatkan bahan rujukan mengenai bahasa Melayu. 

 

Lain-lain22.09.2008
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN DASAR BAHASA RASMI NEGARA?Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. Dalam konteks negara kita bahasa rasmi ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa.Lain-lain21.07.2006
apakah maksud definisi bahasa kebangsaan dan penggunaannyaBahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan ialah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.Makna02.10.2006
apa itu bahasa kebangsaan?sila jelaskan dan bandingkan bahasa kebangsaan dengan bahasa melayu. Terima kasih.Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Perkaitannya dengan bahasa Melayu dinyatakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan, iaitu bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Persekutuan Malaysia.Lain-lain28.01.2007
fungsi bahasa melayu sebagai bahasa rasmi

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam situasi rasmi, yakni dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, dan sebagainya. Dalam konteks negara kita, bahasa rasmi ialah bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan.  Bahasa Melayu sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat rujukan/penyelidikan bagi menyelesaikan tugasan saudara ini. 

Tatabahasa22.05.2010
apakah fungsi bahasa melayu dalam negara malaysia.Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 152 menyatakan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan bahasa rasmi negara Malaysia. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar sekolah kebangsaan, menengah kebangsaan dan institusi pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga dijadikan bahasa pentadbiran kerajaan, bahasa komunikasi sosial, bahasa perundangan, bahasa teknologi maklumat, dan bahasa ilmu. Dalam masyarakat berbilang kaum, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perpaduan negara.   Lain-lain26.02.2008
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai pembahagian pentadbiran. "Prefecture" dan "province" diterjemahkan sebagai wilayah. Tetapi di negara China, kedua-dua pembahagian tersebut adalah berbeza. Jadi bagaimana hendak membezakannya dalam bahasa Melayu?

Mengikut data  kami, dalam bidang geografi dan ekonomi, province ialah wilayah, jajahan, daerah, kawasan, iaitu kawasan geografi dengan keluasan tertentu tetapi lebih kecil daripada benua, yang mempunyai sifat-sifat keseragaman yang boleh dikaji sebagai satu keseluruhan. Terdapat juga data menunjukkan istilah provinsi digunakan untuk merujuk pada province. Bagi istilah prefecture, padanan bahasa Melayu yang digunakan ialah wilayah, daerah dan bahagian. Sehingga kini, kami tidak membezakan penggunaan kedua-duanya secara terperinci mengikut negara seperti yang tuan utarakan.  

Istilah08.02.2015
Mengapa Bahasa melayu mendapat pinjaman kata dari Bahasa lain Dan adakah bahasa Melayu merupakan bahasa Yang mundurBahasa Melayu menerima pinjaman daripada pelbagai bahasa disebabkan penjajahan Inggeris dan Belanda.  Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidak boleh dianggap mundur kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan istitusi-institusi pengajian tinggi.Lain-lain24.08.2023
ERTI BAGI PERKATAAN BIROKRASI . SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORO SOSIAL

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 Birokrasi bermaksud:- 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan;

Saudara boleh merujuk sumber rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau di Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORI SOSIAL.

Makna01.11.2008
Tesaurus
 
tadbir
Kata Terbitan : mentadbir, pentadbiran, pentadbir,