Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Gandaan untuk jawatan. Adakah ditulis: 1. Pengurus Besar - Pengurus Besar; atau 2. Pengurus-Pengurus Besar Mohon pengesahan penggunaan gandaan jawatan yang betul. Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah Pengurus-pengurus Besar.Ejaan02.09.2016
Pengurus syarikat pengangkutan yang pecah amanah itu telah pun dipecat daripada jawatannya. Adakah penggunaan frasa 'telah pun' betul? Jika salah, mengapakah salah?Penggunaan frasa telah pun yang betul.Tatabahasa17.09.2012
General Manager, director general, personal managerpengurus besar, ketua pengarah, pengurus personelMakna03.05.2007
Mana yang LEBIH sesuai digunakan bagi jawatan Regional Manager dalam Bahasa Melayu sama ada Pengurus Wilayah atau Pengurus Rantau. Sekian,terima kasih.

Saudara, terjemahan bahasa Melayu yang sesuai bagi Regional Manager ialah Pengurus Kawasan. Untuk keterangan lanjut, sila klik pada laman ini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Regional+Manager&d=1

Lain-lain26.01.2011
1.( Encik Ali, pengurus syarikat itu / Encik Ali pengurus syarikat itu ) akan bersara pada minggu depan.1.Encik Ali pengurus syarikat itu akan bersara pada minggu depan. - tidak perlu tanda koma selepas Encik Ali, walau bagaimanapun dalam sebutan memang berhenti sekejap (pause). Tatabahasa17.09.2010
Selamat sejahtera, Manakah terjemahan yang lebih sesuai bagi 'task manager'? a) Pengurus tugas b) Pengurus tugasan 'Task manager' adalah sebuah aplikasi/perisian yang digunakan untuk mengurus tugas pada telefon pintar/komputer/dsb. Terima kasih.Salam sejahtera. Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi istilah "task manager".Istilah20.05.2015
Yang mana betul 1) Pengurus diminta memaklumkan Unit Pentadbiran sekiranya.. atau 2) Pengurus diminta memaklumkan kepada Unit Pentabiran sekiranya...

Puan Robiaton,

Ayat yang betul ialah 'Pengurus diminta memaklumi Unit Pentadbiran sekiranya... 

Tatabahasa06.05.2010
Mohon nasihat terjemahan BM. (i) Regional Head (Ketua Wilayah), (ii) Premier Client Manager (Pengurus Pelanggan Premier), (iii) Preferred Client Manager (Pengurus Pelanggan PilihanCadangan terjemahan (jika bersesuaian dengan konsep/fungsi jawatan berkenaan):
(i) Regional Head - Ketua Wilayah
(ii) Premier Client Manager - Pengurus Pelanggan Utama
(iii) Preferred Client Manager - Pengurus Pelanggan Pilihan
Penyemakan dan penterjemahan09.11.2018
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat.

Ketua pula  ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll);

Istilah01.07.2009
Bersama-sama ini disertakan nota serah tugas Pengurus Besar Jabatan Kewangan untuk rujukan dan tindakan tuan seterusnya. Adakah ayat dan ejaan ( Pengurus Besar Jabatan Kewangan) di atas betul?Bersama-sama ini disertakan nota serah tugas Pengurus Besar Jabatan Kewangan untuk rujukan dan tindakan tuan seterusnya. Ayat ini betul.Tatabahasa02.05.2017
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,