Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Maksud pengiktirafan di tempat kerja dan kaitan dengan penghargaan.sekian, terima kasih. | Penghargaan bermaksud memberi pengiktirafan kepada seseorang berdasarkan sumbangan atau perkhidmatannya. Dalam konteks ini pengiktirafan di tempat kerja adalah penghargaan terhadap sumbangan atau perkhidmatan pekerja. | Lain-lain | 14.12.2009 |
Sinonim perkataan "pindaan" ialah pengiktirafan, penghapusan, pengubahan atau pengesahan?(4 pilih1) | Sinonim bagi perkataan "pindaan" ialah perubahan, pertukaran, pergantian, pembetulan, perbaikan. Oleh itu, antara perkataan pengiktirafan, penghapusan, pengubahan dan pengesahan, perkataan yang sinonim dengan "pindaan" ialah perubahan. | Lain-lain | 15.03.2022 |
Salam Sejahtera. Saya ingin membuat pertanyaan am. Adakah terdapat sebarang pengiktirafan kepada syarikat swasta yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama Laman web mereka. Saya berpendapat, pengiktirafan ini dapat menggalakan lagi penglibatan sektor swasta untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utam Laman Web mereka. | Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan dikemukakan kepada pihak pengurusan DBP. | Lain-lain | 21.01.2022 |
Salam Sejahtera, Apakah wujud perbezaan jenis-jenis sijil seperti sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pencapaian dan sijil pengiktirafan? Atau hanya satu sahaja jenis sijil yang digunakan? Sekiranya wujud, bagaimanakah ia harus digunakan? Terima kasih. | Penggunaan sijil bergantung kepada fungsi tertentu sama ada fungsi penyertaan, penghargaan, pencapaian, pengiktirafan dan lain-lain. Sila rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mengetahui makna perkataan http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=penyertaan . | Makna | 29.11.2018 |
Ada tak pihak tuan menyediakan kursus untuk menjadi' translator' ? Mngkin ada pengiktirafan & sebagainya. | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang kursus penterjemah. Untuk maklumat lanjuta tentang kursus penterjemahan saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian +6012-2811814. | Lain-lain | 29.10.2010 |
Assalamualaikum. Tuan, gelaran Ts yang membawa maksud Teknologis Profesional telah banyak digunakan di Malaysia. Melalui semakan, agensi yang memberi pengiktirafan tersebut ialah Majlis Teknologis Malaysia (MBOT). Selain daripada itu penggunaan istilah teknologis juga terdapat dalam Undang-undang Malaysia di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768). Oleh yang demikian, adakah istilah Teknologis boleh dimasukkan secara langsung ke dalam Kamus Dewan oleh jawatankuasa khas Dewan Bahawa dan Pustaka supaya istilah teknologis dilihat tidak janggal untuk digunakan khususnya dalam penulisan rasmi. Mohon maaf atas sebarang kekurangan terhadap pertanyaan yang dikemukakan. Sekian, Terima kasih. | Perkataan "teknologis" tiada dalam Kamus Dewan kerana istilah ini daripada istilah sumber "technologist" yang diberikan padanan dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: technologist - ahli teknologi/juruteknologi Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 07.06.2021 |
Apakah tugas kerja pembinaan sastera? | Assalamualaikum, saudara, Bidang tugas pembinaan sastera dalam konteks peranan Dewan Bahasa dan Pustaka secara umumnya tertumpu kepada usaha- usaha pembinaan korpus sastera, pembinaan bakat dan kepakaran, pengiktirafan serta pemasyarakatan sastera untuk memastikan sastera kebangsaan dihayati, dinikmati dan dimanfaatkan di peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa. Pembinaan korpus sastera melalui penerbitan karya sastera kreatif dan bukan kreatif, karya asli, terjemahan karya tempatan ke dalam bhasa Inggeris /adaptasi, yang bersifat umum, ilmiah dan rujukan bacaan tambahan untuk semua peringkat khalayak pembaca yang bermutu memenuhi cita rasa khalayak pelbagai kaum/ etnik (prasekolah, kanak-kanak, remaja dan dewasa) seperti cerpen, novel, puisi, drama, dan kosa kata kesusasteraan Melayu moden dan tradisional dan glosari istilah sastera. Pembinaan bakat dan kepakaran bahkan pengiktirafan termasuklah melalui pelbagai aktiviti seperti meningkatkan keterampilan penulis melalui usaha penataran dan pembinaan penulis di peringkat kebangsaan, memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran kepada individu atau kumpulan untuk menghasilkan kegiatan sastera atau projrk penulisan yang bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan. bahkan DBP juga merupakan badan induk yang memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah yang sesuai kepada sasterawan atau penulis yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan Malaysia, seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bahkan menjadi sekreteriat bagi peniktirafan dari luar negara. . Usaha-usaha yang dilaksanakan ini dilipatgandakan lagi dengan usaha menmasyarakatkan sastera supaya sampai kepada khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk memasyarakatkan sastera secara menyeluruh, termasuklah aktiviti-aktiviti ceramah sastera, seminar, kelab sastera, pementasan teater bagi menghidupkan suasana seni sastera dan seni budaya yang dinamik yang dapat mendorong penciptaan karya dan penghayatan seni dalam kalangan penulis dan masyarakat seluruhnya melalui wahana sastera. sekian, terima kasih. | Sastera | 16.03.2011 |
Mohon DBP untuk mengusahakan/mencari penaja bagi pengambilan Munsyi Dewan 2018 (calon/peserta tidak dikenakan sebarang bayaran/kos). Ini sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada Munsyi Dewan dalam memartabatkan Bahasa Melayu. | Pihak tuan boleh terus mengemukakan pandangan dan saranan ini kepada pihak Akademi DBP. No. telefon: 03-2147 0201. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.02.2018 |
Apakah pandangan dan cadangan DBP terhadap penggunaan Bahasa Melayu di dalam Filem?Apakah yang DBP boleh lakukan? | DBP memberi pengiktirafan kepada penerbit filem tanah air menerusi Hadiah Galakan Filem Melayu, Anugerah Citra Wangsa Malaysia yang telah dianjurkan sejak 15 tahun yang lalu. Hadiah galakan ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam filem. | Lain-lain | 05.03.2007 |
Di mana boleh saya dapat buku terbitan Siri Pedoman Bahasa. Apakah tajuk-tajuk dalam siri ini. Terima Kasih | Sila hubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479131/9132/9133. | Lain-lain | 12.03.2015 |