Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan
Kata Takrif Sumber
penghargaanperihal (perbuatan) menghargai; penghormatan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penghargaanperihal atau perbuatan meng­hargai, penghormatan, penyanjungan; ha­diah ~ hadiah penghormatan (terhadap sesuatu sumbangan dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
penghargaanperihal (perbuatan) menghargai; penghormatan.Kamus Pelajar
hadiah penghargaanhadiah yg diterima oleh seseorang yg tidak berjaya memenangi hadiah utama: 10 buah cerpen tersebut telah memenangi ~ penghargaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
pujipenghargaan terhadap kebaikan (keunggulan, kesucian, kelebihan) sesuatu: Segala ~ bagi Allah yg telah menjadikan langit dan bumi. memuji 1 menyatakan penghargaan terhadap kebaikan sesuatu: Baginda telah ~ keberanian tentera kita menentang pengganas komunis. 2 memuliakan atau membesarkan: ~ Tuhan. terpuji 1 sudah dipuji. 2 sangat tinggi mutunya (kelulusannya dll); terbaik: Pasukan tsb telah memberikan perkhidmatan yg cemerlang dan ~. pujian kata-kata utk memuji; pernyataan memuji: Engkaulah Tuhan yg semestinya menerima segala ~ dan Tuhan bagi seru sekalian alam. puji-pujian perkataan utk memuji kebaikan (keunggulan) sesuatu; kata-kata yg berisi pujian: Sambil berjalan dlm perarakan itu, mereka mengucapkan ~ kpd Nabi Muhammad SAW. kepujian taraf atau kedudukan yg wajar menerima pujian (kebaikannya dll); yg dipuji: Dlm peperiksaan yg lalu, dia telah mendapat ~ dlm ilmu hisab dan ilmu alam. pemujian perbuatan atau hal memuji. pemuji 1 orang yg memuji. 2 (bersifat) suka memuji.Kamus Pelajar Edisi Kedua
puji(pernyataan) penghargaan kpd kebaikan (kelebihan dll): segala ~ bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam; puja ~ bermacam puja dan puji; memuji 1. menyatakan penghargaan kpd sesuatu yg baik (indah dll): sumbangannya yg begitu besar terhadap masyarakat mesti disanjung dan dipuji; 2. memuliakan, me­nyanjung (nama Tuhan dll): ~ nama Tuhan; memuji-muji sangat memuji, berkali-kali memuji: baginda ~ kepandaian ahli nujum Belalang itu; memujikan menyatakan (menganjurkan) bahawa elok (utk dipakai dll): para guru dan pendidik ~ penggunaan buku itu; terpuji 1. (sudah) dipuji, (sudah) dikatakan kebaikannya; 2. sangat baik (mutu dll), termasyhur kebaikannya (mutunya dll): sifat-sifat yg ~; pujian pernyataan memuji, kata-kata utk memuji: sambil memandang guru memberikan ~, nasihat dan galakan kpd murid-muridnya; ubat ini sudah mendapat ~ drpd pemakai-pemakainya; doa (sembahyang) ~ Id doa bersama-sama pd petang hari utk memuliakan Tuhan (Roman Katolik); surat ~ surat yg mengandungi pernyataan memuji; puji-pujian 1. perkataan memuji-muji ke­baikan (kelebihan dll) sesuatu; 2. ayat-ayat pd permulaan surat dll yg berisi pujian kpd orang yg dikirimi surat itu; kepujian 1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian; pemujian hal atau perbuatan memuji; pemuji orang yg memuji.Kamus Dewan Edisi Keempat
pujipenghargaan terhadap kebaikan (keunggulan, kesucian, kelebihan) sesuatu: Segala ~ bagi Allah yg telah menjadikan langit dan bumi. memuji 1menyatakan penghargaan terhadap kebaikan sesuatu: Baginda telah ~ keberanian tentera kita menentang pengganas-pengganas komunis. 2 memuliakan atau membesarkan: ~ Tuhan. terpuji 1. sudah dipuji. 2. sangat tinggi mutunya (kelulusannya dll); terbaik: Pasukan tsb telah memberikan perkhidmatan yg cemerlang dan ~. pujian kata-kata utk memuji; pernyataan memuji: Engkaulah Tuhan yg semestinya menerima segala ~ dan Tuhan bagi seru sekalian alam. puji-pujian perkataan utk memuji kebaikan (keunggulan) sesuatu; kata-kata yg berisi pujian: Sambil berjalan dlm perarakan itu mereka mengucapkan ~ kpd Nabi Muhammad s.a.w.. kepujian patut menerima pujian (kebaikannya dll); sangat terpuji, yg dipuji: Dlm peperiksaan yg lalu dia telah mendapat ~ dlm ilmu hisab dan ilmu alam.Kamus Pelajar
apresiasi(aprésiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah; mengapresiasi 1. memberikan penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll), menghargai; 2. mengiktiraf dan menghayati nilai dll sesua­tu karya sastera atau seni: pengetahuan itu dapat memudahkan kita ~ drama dan meni­k­matinya dgn lebih bermakna dan berkesan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hadiah1. pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll): terimalah ~ kami yg tidak sepertinya ini; dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya; 2. ganjaran (kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan, dll): bagi pe­menang yg pertama disediakan ~ sebuah piala perak; ~ ikhlas a) hadiah yg diberikan dgn ikhlas (tanpa mempunyai tujuan tertentu di se­baliknya; b) buku (tiket dsb) yg diberikan percuma kpd orang-orang tertentu; ~ kerja hadiah kpd kakitangan sesuatu syarikat (persekutuan) perniagaan dll; ~ lebaran Id wang pemberian kpd kakitangan pejabat atau syarikat pd hari raya puasa; ~ Nobel hadiah tahunan kerana hasil kajian atau sumbangan yg teristimewa dlm berbagai-bagai lapangan (spt ilmu fizik, perubatan, kesusasteraan, keamanan, dll); ~ penghargaan hadiah yg diterima oleh seseorang yg tidak berjaya memenangi hadiah utama: 10 buah cerpen tersebut telah memenangi ~ penghargaan; ~ penghibur Id = ~ sagu hati hadiah (ganjaran) kpd petanding yg tidak berjaya sepenuhnya; ~ siswa biasiswa; ~ utama hadiah berupa piala, wang, dll yg menjadi rebutan utk seseorang yg menjuarai sesuatu per­tandingan: tiga buah cerpen telah meme­nangi ~ utama dlm Sayembara Cerpen Remaja kali Ke-8; berhadiah 1. ada disediakan hadiah: per­tandingan ini diadakan dgn ~; 2. memberi­kan (menyumbangkan) hadiah: sesiapa yg suka ~ bolehlah berhubung dgn jawatan­kuasa; menghadiahi memberikan hadiah kpd: ~ setiap pekerja yg bersara sebuah cendera­mata; Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua; menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan: mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisah­an itu; dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie.Kamus Dewan Edisi Keempat
perendahanperhatian, penghargaan: segala adat lembaga bangsa Timur dapat ~ di kalbunya;Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
 
harga (kata nama)
1. Bersinonim dengan bayaran: belanja, perbelanjaan, kos, caj, tambang, yuran, nilai, tol, kadar,

2. Bersinonim dengan faedah: kualiti mutu, manfaat, guna, kepentingan, erti, makna,

Kata Terbitan : berharga, menghargai, menghargakan, penghargaan,