Kata |
Takrif |
Sumber |
penggaruk | alat utk mengeruk, garu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penggaru | penggaruk (tanah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerok | Jw sj sikat (penggaruk) utk membersihkan bulu kuda; mengerok membersihkan bulu kuda dgn kerok; ®keruk I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeruk | 1. menggaruk atau mengerik dgn kuat (dgn tangan, penggaruk, dsb) utk mengambil sesuatu, mengikis, mengerik: ~ tanah dgn tempurung; ~ kerak nasi dgn senduk; 2. mengorek, menggali, mengeduk: ~ lumpur; 3. menggaruk dgn tangan; 4. menyelukkan tangan (memasukkan tangan ke dalam); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisir I | 1. alat utk mengemaskan rambut, sikat; 2. alat utk menggemburkan dan membersihkan tanah, pencakar, penggaruk, sikat; 3. tangkai atau gugus pisang (sebahagian drpd tandan), sikat; 4. sikat pd alat tenun, suri; 5. injap (pd pintu lukah, bubu, dll) utk menahan ikan keluar; ~ insang bahagian insang ikan yg berupa spt sikat (utk menyekat air, kumin-kumin makanan drpd terkeluar); spt gerup dgn ~ prb perihal dua orang yg sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan); bersisir 1. memakai sisir, bersikat; 2. (sudah) disisir, bersikat: pakaiannya selekeh, rambutnya tidak ~; 3. sedang menyikat rambut; menyisir 1. menyikat (rambut): ia memakai baju, ~ rambutnya, dan duduk menghadapi hidangan itu; 2. membersihkan (tanah) dgn sisir, menggaru, menyikat (tanah): tanah bendang yg berselut itu akan disisir pula; 3. memotong daun kelapa dr pelepahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keruk I | bunyi spt bunyi menggaruk (mengikis, mengerik, dsb); kapal ~ kapal korek; mengeruk 1. menggaruk atau mengerik dgn kuat (dgn tangan, penggaruk, dsb) utk mengambil sesuatu, mengikis, mengerik: ~ tanah dgn tempurung; ~ kerak nasi dgn senduk; 2. mengorek, menggali, mengeduk: ~ lumpur; 3. menggaruk dgn tangan; 4. menyelukkan tangan (memasukkan tangan ke dalam); mengerukkan; ~ tangan a) membuat tangan mengeruk (mengerik, mengorek) sesuatu; b) menyelukkan tangan; terkeruk-keruk tergaru-garu, tergaruk-garuk (kerana berasa gatal dsb): dia ~ kerana terkena miang rebung; pengerukan 1. perihal (perbuatan) mengeruk; 2. pengorekan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sikat I | 1. alat utk menyisir rambut, sisir; 2. sj alat utk membersihkan sesuatu (diperbuat drpd bulu dll), berus: ~ gigi; ~ pakaian; 3. sj alat yg bergigi utk menggemburkan dan membersihkan tanah, pencakar, penggaruk, garu; 4. tangkai (bahagian dr tandan) pisang: berapa harga pisang ini se~? bersikat telah (sudah) disisir: rambutnya ~ kemas; menyikat 1. menyisir (rambut) supaya kemas: ia mengeluarkan sisir lalu ~ rambutnya yg agak kusut itu; 2. membersihkan dgn sikat, memberus: gentian kapas itu disikat, dipintal dan disambung-sambungkan jadi benang; 3. menggembur dan membersihkan tanah dgn sikat (cakar): tanah itu dibajak dan disikat; 4. Id, bp menghabiskan semua sekali (memakan hingga habis, mencuri, dll); menyikatkan menyikat utk: si ibu sedang ~ anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garu I | sj alat (sisir) utk menggaruk tanah dll; ~ bajang parut macam bekas digaruk pd paha perempuan sesudah melahirkan anak;bergaru bergaruk, menggaruk-garuk: murid itu ~ kerana diserang agas;menggaru 1. menggaruk (tanah dll); 2. mencakar-cakar dgn kuku: ~ kepala;tergaru-garu tergaruk-garuk; penggaru penggaruk (tanah dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
garuk I | alat utk mengeruk-ngeruk (mencakar-cakar), perkakas menyiang padi (bergigi spt sisir), garu; spt ~ dgn sisir prb hal dua orang bersaudara yg berlainan sifat;bergaruk, bergaruk-garuk mengeruk-ngeruk atau mencakar-cakar badan (kerana gatal); menggaruk 1. mencakar-cakar (dgn kuku dll), menyisir (tanah): tuan itu berhenti ~ kepalanya; 2. ki mengumpulkan harta (dgn jalan yg tidak patut dsb): tanah jajahan diperlukan utk ~ kekayaannya; menggaruk-garuk kepala ki dlm kesusahan dll; hendak ~ tidak berkuku prb ingin melakukan sesuatu tetapi tidak mempunyai alatnya; tidak ada orang ~ keluar badan prb orang biasanya berpihak (pd kaum dll) kalau timbul pergaduhan; kini gatal besok digaruk prb pertolongan yg datang terlambat; menggarukkan mengeruk dgn, mengeruk utk; tergaruk-garuk tergaru-garu: ~ adik Ayu kerana gatal digigit nyamuk;garukan hasil drpd menggaruk, bekas-bekas digaruk; penggaruk alat utk mengeruk, garu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
penggaruk | [peng.ga.ru/] | ڤڠݢاروق |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggaruk |
|
|