Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pengarah-PengarahTimbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pengarah-PengarahTatabahasa10.09.2008
Yang mana satu ditulis dan disebut dengan betul : Pengarah-pengarah negeri atau Pengarah Negeri-negeri atau Pengarah Negeri - Pengarah Negeri ?Ejaan dan sebutan yang betul, ialah Pengarah-pengarah Negeri. Ejaan13.01.2011
bagaimanakah cara menulis atau penggunaan tanda / yang betul, dijarakkan atau tidak? Sebagai contoh: 1. Pengarah/Tinbalan Pengarah/Ketua Bahagian 2. Pengarah / Timbalan Pengarah / Ketua BahagianTidak perlu dijarakkan. Contoh dalam penulisan: Pengarah/Timbalan Pengarah/Ketua Bahagian. Tatabahasa30.11.2010
Bagi membezakan Nama Pejabat Keselamatan adakah sesuai nama seperti berikut:- Pejabat:- -Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. -Pejabat Sekuriti. Jawatan:- -Pengarah Keselamatan. -Pengarah Sekuriti.Frasa Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, Pejabat Sekuriti, Pengarah Keselamatan dan Pengarah Sekuriti kesemuanya betul.Tatabahasa06.12.2012
maksud fungsi dlm bahasa melayu

Saudara,

Makna fungsi ialah 1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia? berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan.

Makna03.07.2010
Bolehkah menggunakan sapaan YABrs. Tuan Pengarah kepada pengarah sesebuah organisasi? Terima kasih.Pada bahagian maklumat penerima boleh digunakan YBrs. Encik Ali bin Abu atau YBrs. Tuan Haji Ali bin Abu dan kata sapaan dalam surat boleh menggunakan Tuan (awal ayat) atau tuan.

YBrs. Encik Ali bin Abu,
Pengarah Jabatan ....,
Alamat.

Tuan,

PERKARA

Dengan segala hormatnya, kami merujuk surat tuan .....
Lain-lain28.02.2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera Mohon semakan bagi kenyataan yang tepat seperti berikut: i. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti;atau ii. Ahli Lembaga Pengarah - Ahli Lembaga Pengarah Universiti. Terima kasih.Wassalam,

Perkataan yang betul Ahli-ahli Lembaga Pengarah
Lain-lain15.05.2018
manakah yg lebih sesuai_ nama jawatan penolong kanan pengarah, Unit... atau penolong pengarah kanan, Unit... penolong kanan setiausaha kerajaan atau penolong setiausaha kerajaan kananSdr. Zahari, mengikut fahaman saya penolong kanan pengarah dan penolong kanan setiausaha kerajaan..... adalah lebih tepat kerana ia merujuk tugas yang dilaksanakan oleh penolong kanan itu sebagai penolong atau pembantu Terima kasih.Tatabahasa02.12.2007
Salam Adakah mesti meletakkan dalam kurungan perkataan berikut? Penolong Pengarah (Keselamatan) ataupun tanpa kurungan seperti Penolong Pengarah Keselamatan? Terima kasih.Kedua-dua frasa Penolong Pengarah Keselamatan dan Penolong Pengarah (Keselamatan) betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaannya. `
Tatabahasa17.01.2022
Huraian Circular Resolution ialah didalam mendapatkan kelulusan dari Ahli Lembaga Pengarah dimana resolusi diatas sesuatu perkara diedarkan untuk persetujuan lembaga Pengarah. Ini dilakukan dimana mesyuarat lembaga pengarah tidak dapat diadakan dan keputusan lembaga pengarah diperlukan. Mohon pencerahan bagi istilah penggunaan di dalam Bahasa Melayu bagi Circular Resolution. Terima kasih.Berdasarkan penerangan yang diberikan, kami berpendapat istilah bahasa Melayu yang sesuai ialah usul edaran.Istilah30.05.2016
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengarah