Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SALIB

Salib ialah simbol paling lazim bagi agama

Kristian. Salib merupakan palang yang padanya

Jesus Christ disalib. Penganut Kristian percaya

bahawa penyaliban Jesus Christ memainkan

peranan utama dalam menghapuskan dosa

manusia, dan mereka menyifatkan salib sebagai

lambang penghapusan dosa. Pelbagai kumpulan

penganut Kristian menggunakan simbol salib

yang berbeza-beza. Golongan Roman Katolik dan

Protestan sebahagian besarnya menggunakan

salib Latin. Palang ini mempunyai tiang tegak

dengan palang melintang yang pendek sedikit

yang bersilang ke atas dari titik tengah. Banyak

gereja Ortodoks Timur menggunakan salib

Yunani yang mempunyai empat palang yang sama

panjang yang bertemu di tengah-tengah.

UMUM
KRISTIANISASI

Kristianisasi ialah istilah bagi gerakan penganut

Kristian untuk menyebarkan agama mereka dalam

kalangan masyarakat seluruh dunia. Pelbagai kaedah

dan strategi yang teratur digunakan sehingga

agama Kristian dapat diterima ramai.

UMUM
DOUKHOBOR

Doukhobor, juga dieja Dukhobor ialah

penganut satu mazhab Kristian di barat Kanada.

UMUM
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

pertubuhan atau badan induk untuk membimbing para penganut yang baru memeluk Islam ataupun saudara baru. Objektifnya adalah untuk mendidik serta membimbing saudara baru melalui pelbagai aktiviti dan program kebajikan yang dilakukan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

AGAMAInstitusi/Organisasi
DESERET

Deseret ialah perkataan yang bermakna lebah

madu dalam Kitab Mormon. Penganut mazhab

Mormon menjadikan lebah madu sebagai simbol

kerja kuat untuk mencapai kejayaan di kediaman

mereka di Salt Lake Valley, Amerika Syarikat.

UMUM
KARMA

Karma ialah konsep penting dalam beberapa

kepercayaan dari Timur terutama Hinduisme,

Buddhisme, dan Jainisme. Penganut agama ini

percaya bahawa kewujudan makhluk di dunia

adalah satu kitaran kematian dan kelahiran semula

yang berterusan.

UMUM
ARMINIUS, JACOBUS

Arminius, Jacobus (15601609) ialah ahli

teologi Belanda. Dia cuba memberi satu tafsiran

tentang pandangan penganut berfahaman Calvin

yang amat taksub tentang takdir , kenyataan

bahawa Tuhan telah memilih tanpa syarat, siapa

yang akan diselamatkan dan siapa pula yang akan

dilaknat. Arminius menafikan takdir secara mutlak.

Dia menyampaikan ajaran bahawa takdir

berasaskan bahawa Tuhan mengetahui terlebih

dahulu siapa yang percaya kepada Jesus.

Bagaimanapun, setiap individu masih boleh

menolak seruan murni Roh Kudus dan hilang

penyelamatnya. Oleh itu, adalah tidak benar

bahawa setiap orang akan terjamin untuk

terselamat daripada dosa pembalasan. Doktrin

Arminius ini dinamakan Arminianisme.

UMUM
MENYAPU MINYAK SUCI PADA PESAKIT

Menyapu minyak suci pada pesakit ialah

sakramen atau upacara suci yang diamalkan oleh

penganut Gereja Roman Katolik dan gereja-gereja

Ortodoks Timur.

UMUM
SHIVA

Shiva, dewa Hindu yang utama selain Vishnu

Shiva ialah dewa sakti yang digambarkan memiliki

kebaikan dan kejahatan. Penganut Hindu

menggelarnya Pemusnah kerana ada masanya dia

akan memusnahkan dunia ini untuk menciptanya

semula.

UMUM
SYINTO

Syinto ialah fahaman agama tertua yang masih

diamalkan di Jepun. Perkataan Syinto bermakna

cara tuhan. Penganut Syinto menyembah banyak

tuhan, yang dikenali kami. Menurut Syinto, kami

ialah daya asas pada gunung, sungai, batu, pokok,

dan bahagian alam semula jadi yang lain. Syinto

juga menganggap kami sebagai daya asas dalam

proses seperti penciptaan sesuatu kejadian,

penyakit, tumbesaran, dan penyembuhan.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penganut