Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PENGAKUAN SALAHUMUM
PENGAKUAN PARIYEM

PENGAKUAN PARIYEM, prosa lirik karya Linus Suryadi.  Judul lengkap prosa lirik ini adalah Pengakuan Pariyem, Dunia Batin Seorang Wanita Jawa.  Pengakuan Pariyem diterbitkan oleh Penerbit Sinar Harapan, Jakarta pada tahun 1981 dan diulang cetak pada tahun 1981, 1984 dan 1988.  Prosa lirik ini ditulis dalam masa tiga tahun (1978-1980).

SASTERAKarya
SYAHADAHlafaz kalimah umat islam-pengakuan tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh AllahAGAMAKonsep
PERTIMBANGAN

Pertimbangan melibatkan pemahaman dan

pengakuan bagaimana dua atau lebih idea mungkin

berkeadaan serupa, atau bagaimana ia mungkin

berbeza. Kita membuat pertimbangan bahawa idea

ialah sesuatu perkara tertentu dan bahawa ia bukan

sesuatu perkara yang lain.

UMUM
ASCH, SHOLEM

Asch, Sholem (18801957), pengarang kelahiran

Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan

dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish.

Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan

merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama

dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa

berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha

mencari kesucian.

UMUM
BAI'AH

Baiah ialah pengiktirafan atau pengakuan taat setia seseorang atau sekumpulan orang kepada ketua atau pemerintah yang baru dilantik.

AGAMAKonsep
TAWARAN RAYUAN

Tawaran rayuan ialah amalan yang dilakukan

oleh defenden dalam kes jenayah dengan

bersetuju untuk mengaku bersalah daripada

menjalani perbicaraan. Dalam sesetengah kes,

pihak berkuasa pendakwa berjanji untuk

menggugurkan satu atau lebih tuduhan ataupun

meringankan tuduhan yang berat sebagai ganti

untuk pengakuan bersalah. Sebagai alternatif lain,

pendakwa berjanji akan mencadangkan bahawa

tertuduh akan mendapat hukuman yang ringan

daripada hukuman yang lazim jika dia mengaku

bersalah. Di Amerika Syarikat, lebih kurang 90

peratus daripada defenden mengaku bersalah

dan kebanyakannya hasil daripada tawaran

rayuan.

UMUM
SELASA

Selasa ialah hari ketiga dalam seminggu. Namanya

( Tuesday dalam bahasa Inggeris) berasal daripada

perkataan Tiu , atau Tiw , iaitu ejaan Anglo-Saxon

bagi Tyr , nama dewa peperangan orang purba

Scandinavia dan Iceland. Tyr ialah anak lelaki

kepada Odin, atau Woden, yang hari Wednesday

(Rabu) dinamakan sempena namanya. Orang

Perancis menyebut hari Selasa Mardi , sempena

nama Mars, dewa peperangan orang Rom. Shrove

Tuesday , hari sebelum Lent dinamakan sedemikian

kerana biasanya pengakuan dibuat di hadapan

paderi pada hari itu dan orang yang mengaku

kesalahannya diberi pengampunan (dalam bahasa

Inggerisnya, Shriven atau Shrove ) oleh paderi.

Lihat juga Minggu.

UMUM
SAD IBN UBADAH

Sad ibn Ubadah ( ? 14 H. / ?635 M.) ialah salah

seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Saidah,

berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara

YathribTaibah. Dia salah seorang pemimpin pada

zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai

al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang

penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk

Islam di tangan seorang sahabat Musab ibn Umayr

r.a., di rumah Asad ibn Zurarah dan telah menyertai

perjanjian Aqabah Kedua. Saad ibn Ubadah telah

memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah

s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih

salah seorang daripada 12 orang ketua.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengakuan