Kata |
Takrif |
Sumber |
agih | bahagi, beri; beragih berbahagi (harta dll); mengagih; suarang diagih NS harta yg diperoleh selama perkahwinan (kalau bercerai dibahagi dua); mengagihkan membahagikan, memberikan: ia ~ rokok buatan luar negeri kpd kami; mengagih-agihkan membahagi-bahagikan: di sinilah letaknya keperluan perancangan supaya sumber-sumber yg terhad dapat diagih-agihkan mengikut keutamaan keperluan; pengagihan perbuatan dsb mengagihkan, pembahagian: harta yg diketepikan oleh pemilik itu dipegang dlm bentuk amanah bagi ~ berterusan kpd penerima; ~ kuasa pembahagian dan penentuan (bidang kuasa) kpd golongan-golongan tertentu dsb; peragih pembahagian, pemberian: apa ~ mentua kpd pengantin itu? agihan apa yg diagihkan atau dibahagikan: dari segi ~ tanah tani, sektor tanaman dagangan menguasai sektor pertanian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengagihan | perbuatan dsb mengagihkan, pembahagian: harta yg diketepikan oleh pemilik itu dipegang dlm bentuk amanah bagi ~ berterusan kpd penerima; ~ kuasa pembahagian dan penentuan (bidang kuasa) kpd golongan-golongan tertentu dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
| penerima hebah | Agama Islam | Fiqh | Penerima harta yang diberi secara percuma. |
diplomatic privileges | hak istimewa diplomat | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak yang khusus bagi kedutaan, duta, pegawai kedutaan, ahli keluarga termasuk harta-harta yang dimiliki. Hak istimewa diplomat merupakan satu adat dan telah dikanunkan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Hak istimewa diplomat ini diberi untuk memastikan diplomat menjalankan tugas yang berkesan, seterusnya menggalakkan hubungan baik antara negara. Contoh hak istimewa diplomat ialah kekebalan daripada bidang kuasa jenayah, sivil dan pentadbiran negara penerima, dan ketakbolehcabulan daripada ditahan, ditangkap, digeledah, dicederakan atau dibunuh. Harta mereka juga tidak boleh ditahan, digeledah atau disita. Walaupun kedutaan dan diplomat perlu mematuhi larangan dan sekatan dalam mengimport barangan, tetapi mereka mempunyai hak untuk tidak dikenakan cukai atau duti terhadap barangan import yang dibawa masuk bagi kegunaan rasmi atau peribadi. Hak istimewa diplomat ada yang bersifat mutlak, dan ada juga yang bersifat tidak mutlak. Sinonim keistimewaan diplomatik. |
waqf property | mauquf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Harta yang diwakafkan oleh wakif kepada penerima wakaf tertentu. Harta wakaf mestilah dimilik oleh wakif, mempunyai nilai dan bersifat kekal seperti harta tetap supaya boleh menghasilkan manfaat jangka panjang kepada penerimanya. Mauquf juga boleh berbentuk modal kewangan yang boleh dilaburkan dalam aktiviti ekonomi kurang risiko supaya memperoleh keuntungan berterusan untuk diagihkan kepada penerima yang telah ditetapkan. Mauquf terbahagi kepada beberapa jenis bergantung pada jangka masa, kegunaan dan penerima wakaf. Dari segi jangka masa, mauquf boleh berbentuk wakaf kekal atau wakaf sementara. Penggunaan wakaf boleh berbentuk wakaf khas atau wakaf umum, manakala penerima wakaf boleh berbentuk wakaf khairi atau wakaf zurri. Sinonim harta wakaf. |
general waqf | wakaf umum | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wakaf yang tidak dikhususkan tentang kegunaan harta wakaf dan pihak penerima manfaatnya oleh wakif. Harta wakaf umum boleh digunakan untuk tujuan kebajikan secara umum yang diharuskan oleh syarak. Nazir wakaf mempunyai kebebasan untuk menguruskan harta tersebut dan mengagihkan manfaatnya kepada sesiapa penerima yang dianggap layak. Contohnya, saham wakaf. |
waqf acceptor | mauquf ''alaih | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pihak yang diberi hak untuk menerima manfaat daripada sesuatu harta wakaf. Penerima wakaf boleh terdiri daripada ahli keluarga untuk wakaf zurri atau bukan ahli keluarga wakif untuk wakaf khairi. Penerima wakaf bukan ahli keluarga boleh terdiri daripada golongan khusus seperti anak yatim, fakir dan miskin atau golongan umum seperti orang awam. Anak yatim dianggap golongan khusus untuk menggunakan harta wakaf di pusat penjagaan mereka, manakala orang awam dianggap golongan umum semasa menggunakan masjid yang diwakafkan. Penerima wakaf boleh juga terdiri daripada kafir zimmi tetapi bukan dengan tujuan yang tidak dibenarkan oleh syarak. Terdapat beberapa golongan yang tidak layak menjadi penerima wakaf seperti bayi yang belum lahir, orang yang dijangka akan meninggal dunia dalam masa yang terdekat atas sebab-sebab tertentu dan institusi yang akan memberhentikan operasinya. Sinonim penerima wakaf. |
special waqf | wakaf khas | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wakaf yang dikhususkan tentang kegunaan harta wakaf dan pihak penerima manfaatnya oleh wakif. Harta wakaf khas tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang dikhususkan kecuali sekiranya terdapat alasan yang diharuskan oleh syarak. Contoh wakaf khas adalah untuk mendirikan masjid, kawasan perkuburan dan rumah anak yatim. |
ruqba waqf | wakaf ruqba | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sejenis wakaf khas yang bersifat sementara. Penerima wakaf berhak mendapat manfaat wakaf berkenaan sepanjang hidupnya sahaja. Apabila penerima wakaf itu meninggal dunia terlebih dahulu daripada wakif maka harta wakaf berkenaan akan dikembalikan kepada wakif. Sebaliknya, jika wakif meninggal dunia terlebih dahulu maka harta tersebut kekal menjadi harta wakaf penerima wakaf. |
waqf nazer | nazir wakaf | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pihak yang diberi hak untuk menjaga, mengurus dan membangunkan harta wakaf serta mengagihkan manfaat harta tersebut kepada penerima wakaf. Nazir boleh terdiri daripada wakif harta itu sendiri, mauquf ''alaih, pemerintah (hakim) atau pihak lain seperti individu tertentu dan institusi yang ditentukan oleh wakif atau pemerintah. Para fuqaha telah menetapkan bahawa seseorang nazir wakaf mestilah memenuhi syarat tertentu seperti Islam, berakal, baligh, adil dan mampu mengelola. Nazir berhak mendapat upah setimpal dengan tugas yang telah dilakukannya dan menuntut sebarang perbelanjaan pengurusan kecuali sekiranya ingin menjalankan tugas secara sukarela. Sinonim mutawalli. |
charitable contract | kontrak kebajikan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Kontrak yang memindahkan hak milik harta atau manfaat harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan harga tertentu. Kontrak ini berbentuk sehala yang hanya memerlukan ijab daripada pemberi milik tanpa qabul daripada penerima. Contohnya, hibah, hadiah, qardul hasan dan wakaf. |
beneficiary | benefisiari | Undang-undang | Tiada | 1. Seseorang yang menerima sesuatu yang bernilai daripada seseorang yang meninggal, penerima amanah atau penerima polisi insurans.,2. Waris yang belum cukup umur, yang harta pusakanya dipegang oleh pemegang amanah, wasi, untuk faedah atau kepentingannya. |
Kamus Sains.indb dan siap dipasang serta diuji oleh pembekal. Ujian ini bertujuan untuk memastikan sistem tersebut memenuhi semua keperluan dan jangkaan pengguna seperti yang tercatat dalam perjanjian pembekalan. (KOM) acceptor stem (batang penerima) Cabang molekul tRNA yang membawa asid amino. (BIO) access (capaian) Proses memasuki ruang simpanan untuk menyimpan atau mendapatkan data kembali. (KOM) access address (alamat capaian) Kod yang digunakan untuk menujukan Kaedah perakaman data bawah tanah melalui proses akustik bersumberkan acoustic resonator acoustical well logging Kamus Sains.indb 12 7/8/08 11:45:20 AM 13 bunyi bertenaga tinggi dan penerima bunyi dalam tanah. (FIZ) acoustic-gravity wave (gelombang graviti akustik) Gelombang graviti yang frekuensinya berada dalam julat frekuensi gelombang akustik. (FIZ) acoustics (akustik) Kajian saintifik tentang penghasilan, pemancaran, perambatan dan
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd digital. Ringkasan ini boleh diproses untuk tujuan penyahihan identiti. curi dengar (Ig. eavesdropping; Br. curi dengar; Id. pasang telinga) Perbuatan memintas keseluruhan atau sebahagian komunikasi sulit tanpa pengetahuan penghantar atau penerima dengan kaedah pengintipan. curi dengar elektronik (Ig. electronic eavesdropping; Br. curi dengar elektronik; Id. pasang telinga elektronik) Aktiviti memintas keseluruhan atau sebahagian komunikasi secara sulit berbantukan perisian atau peranti elektronik. Aktiviti ini dilakukan pada media penghantaran elektronik seperti rangkaian dan litar tanpa pengetahuan penghantar atau penerima. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 26 6/6/11 4:01:34 PM 27 corak retina curi dengar elektronik bon tanda aras Islam borang permohonan gadaian D Daemon (Ig. Daemon
|
Kamus Thai 2.indb Se puluh tahun tidak lewat untuk mem- balas dendam. ล ้ างผลาญ [-pla:n] mengikis: เขา ล ้ างผลาญมรดกของคุณพ ่ อเขาด ้ วยการเล ่ น การพนัน Dia telah mengikis harta pu- saka ayahnya dengan berjudi. ล ้ างสมอง [-sam:] ก membasuh otak: กลุ ่ มการเมืองนั้ นล ้ างสมองน ั กศึกษา มหาวิทยาล ั ย Kumpulan politik itu mem- basuh otak ไม ่ ชอบผู ้ ชายที่ พูดลามก Wanita itu tidak menyukai lelaki yang bercakap cabul. ลาย [la:y] น 1 (แถบ) belang 2 (ลวดลาย) corak ลายแทง [-tε:] น peta harta karun ลายนิ ้ วมือ [-niwm:] น cap jari ลายมือ [-m:] น 1 (ต ั วเขียน) tulisan 2 (ฝ่ามือ) garis tapak tangan ลายมือชื่อ [-m:c:] น tandatangan ลาวา [la:wa:] น
|
|
|