Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan/Puan, Apa padanan "survivors' pension" dalam Bahasa Melayu? Sekian, terima kash. | Padanan bahasa Melayu untuk "survivor's pension" ialah pencen terbitan atau pencen tanggungan bergantung pada kesesuaian serta konsep pengggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://www.jpapencen.gov.my/pencen_terbitan.html | Makna | 14.10.2021 |
Asalamulaikum Kad Temu Janji Kes Kecemasan Surat Pencen Kad Majikan No Giliran Kad Rawatan Pesakit Borang Ujian Klinikal Ujian Klinikal perkataan diatas nama Am atau nama khas | Saudara Norliza, Perkataan di atas merupakan kata nama am. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut tentang perkara ini. | Tatabahasa | 03.08.2009 |
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Saya ada sedikit kekeliruan tentang 'Separation' dalam bidang pekerjaan. contoh 'separation'yang dimaksudkan: 1. Pekerja yang sudah pencen 2. Pekerja yang dipecat Apakah translation yang sesuai untuk 'separation' yang dimaksudkan dalam bahasa melayu? | Waalaikumussalam. Padanan dalam bahasa Melayu untuk separation ialah pemisahan atau pengasingan mengikut konteks ayat. Namun dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan penamatan digunakan bagi maksud separation. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2018 |
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera, Saya ada sedikit kekeliruan tentang 'Separation' dalam bidang pekerjaan. contoh 'separation'yang dimaksudkan: 1. Pekerja yang sudah pencen 2. Pekerja yang dipecat | Waalaikumussalam. Padanan dalam bahasa Melayu untuk separation ialah pemisahan atau pengasingan mengikut konteks ayat. Namun dalam konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan penamatan digunakan bagi maksud separation. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2018 |
Saya perlu terjemahan terbaik untuk istilah kewangan/ekonomi 'Cliff Vesting'. Dari pencarian, saya temui keterangan mengenai istilah tersebut seperti berikut: Cliff vesting is the process by which employees earn the right to receive full benefits from their companys qualified retirement plan account at a specified date, rather than becoming vested gradually over a period of time. Terima kasih. | Padanan untuk 'Cliff Vesting' ialah Jurang Letak Hak atau jika berkaitan dengan pesara, Jurang Hak Pencen. | Istilah | 10.10.2018 |
tafsiran ayat berikut' 'ditamatkan perkhidmatan atau berhenti bekerja dengan PKNS atau anak syarikat PKNS'. Adakah maksud ditamatkan bermakna individu tersebut dibuang/dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Adakah sama perkataan ditamatkan dengan menamatkan perkhidmatan. Mohon penjelasan | Maksud ditamatkan jika menurut konteks pekerjaan, bermaksud diberhentikan/dibuang atas sebab- sebab tertentu, ( seperti tamat kontrak dan sebab lain) manakala maksud menamatkan perkhidmatan mengikut konteks pekerjaan ialah berhenti kerja atas sebab pencen dan berhenti atas sebab peletakan jawatan. | Istilah | 27.09.2018 |
Kalau mengikut pedoman ejaan, bagaimana "Khusrau" patut dieja secara baku? Khosrow, Khosroe, Khosrau, Chosroes, Husrau, atau Kisra (daripada bahasa Arab)? Atau ada ejaan lain yang DBP tahu? | Mengikut Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1972-1992): Penyesuaian Ejaan Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa, seperti Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris dan lain-lain. Berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan besar: Pertama, istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kamsen, kelas, kelab; tidak diubah. Kedua, istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu seperti landrover, ad hoc; pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan seperti dalam bahasa sumber. Ketiga, istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaikan diri daripada segi sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu saja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat. Ini memudahkan pengenalan istilah baru itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber. Ejaan kata nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya: Baekelund, Cannizzaro, Aquadag, Dacron, Keops, Dmitri Ivanovic Mendeleev, Anton Chekhov, Mao Tze Tung. Jadi, kata "Khosrow" iaitu kata nama khas sepatutnya dikekalkan seperti ejaan bahasa sumbernya, walaupun sudah ada penggunaan ejaan dalam penerbitan berbahasa Melayu yang menggunakan ejaan "Khosrou" dan "Khusrau". | Ejaan | 17.07.2024 |
...... saya nk tnye,apakah maksud 'parti pembangkang' , 'negara' , 'demokrasi' dan 'negara demokrasi' menurut perspektif DBP? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, parti pembangkang ialah parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan. Negara: 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg meng utamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju. Demokrasi: 1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di kuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas; | Makna | 28.09.2010 |