Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
terima kasih tuan 1. mereka melepaskan keletihan selepas bersenam..(terdapat kesalahan melepaskan keletihan, cikgu berkenaan mengatakan melepaskan lelah atau penat saje, tak boleh gunakan melepaskan keletihan..adakah ini betul?)

Melepaskan antara maksudnya dalam kamus termasuklah menghilangkan, penat lelah, letih dan sebagainya. Keletihan bermaksud keadaan atau rasa letih. Oleh itu, frasa yang betul ialah melepaskan letih tetapi ungkapan ini tidak lazim digunakan, yang lazim digunakan ialah 'melepaskan (menghilangkan) penat lelah'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

Tatabahasa31.03.2011
Salam sejahtera. Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? Terima kasih. 1. Hari-hari, saya pergi ke sekolah. (Bolehkah perkataan hari-hari digunakan dalam ayat ini?) 2. Sungguh penat saya berasa. (Bolehkah frasa adjektif hadir di hadapan kata kerja?) 3. Saya hendak mencapai markah yang bagus. 4. Saya lapar. Jadi, saya memasak sebungkus mi segera. 5. Ana bertanya kepada Rudi mengapa dia hendak membeli beg baharu. 6. Murid-murid sedang membuat kertas ujian.

Pembetulan contoh ayat tersebut seperti yang berikut:

1. “Hari-hari, saya pergi ke sekolah” kurang tepat. Ayat yang betul ialah “Pada setiap hari saya pergi ke sekolah”.    

2. Ayat “Sungguh penat saya berasa” Frasa adjektif (sungguh penat) tidak boleh diletakkan di depan kata kerja tak transitif kerana kata tersebut berfungsi sebagai pelengkap. Ayat yang betul ialah “Saya berasa sungguh penat.”

3. Saya hendak mencapai markah yang bagus. Ayat ini betul.

4. “Saya lapar. Jadi saya memasak sebungkus mi segera”.  Ayat yang betul ialah “Saya lapar, jadi saya memasak sebungkus mi segera.” / “Saya berasa lapar, jadi saya memasak sebungkus mi segera.”

5. Ana bertanya kepada Rudi mengapa dia hendak membeli beg baharu.  Ayat yang betul ialah “Ana bertanya kepada Rudi sebab dia hendak membeli beg baharu.”

6. “Murid-murid sedang membuat kertas ujian”. Ayat yang betul ialah “Murid-murid sedang menjawab kertas ujian.”

 


Tatabahasa25.08.2021
Oleh sebab terlalu penat, Amri ___ di dalam bas ketika pulang ke rumahnya. Adakah "terlentur" sesuai digunakan di tempat kosong??Sila rujuk Kamus Dewan untuk makna terlentur. Perkataan yang sesuai ialah tertidur.Makna23.07.2013
"Kak Alia tentu dah penat. Biar saya tolong," ujar Molly lalu mengambil getah paip dari tangan Alia. Tuan, soalan saya ialah getah paip atau paip getah?Frasa yang betul ialah paip getah.Tatabahasa10.07.2012
Saya nak tahu dalam bahasa melayu thousand island? Penat saya mencari untuk soalan dari anak untuk kajian sekolah tentang makanan.
Mengikut istilah bahasa Melayu dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, padanan yang sesuai untuk istilah "thousand island dressing" ialah "sos thousand island".

Istilah22.07.2022
Saya mencari perkataan yang mempunyai 8 huruf. Pembayangnya ialah Sastera Arab. Penat cari masih belum terjawab.Khidmat Nasihat Bahasa tidak melayani pertanyaan berbentuk teka silang kata, sila rujuk Kamus untuk mendapatkan jawapannya.Lain-lain21.12.2011
Assalamualaikum, saya nak tanya pasal istilah ''hello'' iaitu istilah yang digunakan untuk menyapa, menegur atau menarik perhatian seseorang. Saya penat mencari istilah ''helo'' yang sesuai untuk bahasa Melayu dalam kamus-kamus, buku-buku dan sebagainya. Tapi hasilnya menghampakan dan mengecewakan. Saya tak jumpa istilah ''helo'' untuk bahasa Melayu. Tapi dalam kamus Melayu lama ada iaitu ''Amboi!'' tapi istilah itu jarang dipakai untuk menegur sebaliknya digunakan untuk menyatakan rasa hairan, kasihan, kagum dan sebagainya. Dalam masa yang sama, saya rasa malu dengan bahasa Melayu kerana istilah ''helo'' juga dipinjam daripada bahasa Inggeris iaitu ''hello''. Padahal. boleh saja jikalau diperkayakan, diciptakan dan disesuai dengan istilah tempatan. Oleh kerana ucapan ''salam'' atau ''assalamualaikum'' sering digunakan. Jadi, apa salahkan digunakan ''Sejahtera!'' untuk ''Hello!'' dalam bahasa Inggeris sebab ''salam'' bermaksud ''sejahtera''. Jikalau para pakar DBP dan pakar bahasa Melayu menyesuaikan dan menggunakan istilah ''Sejahtera!'' untuk ''Hello!'' dan ''Hi!'' dalam bahasa Inggeris. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan segala cadangan saya untuk kemajuan, perkembangan dan keaslian bahasa Ibunda kita iaitu bahasa Melayu. Semoga bahasa Melayu terus dimartabatkan dan dikekalkan keasliannya seperti apa yang diimpikan oleh pendeta Za'ba dan kita semua sebagai bangsa Melayu. Insya Allah, amin.Kami ambil maklum pandangan tuan dan mengucapkan syabas atas keprihatinan tuan dalam hal ini. Satu lagi yang perlu kita fahami ialah praktikal penyusunan kamus. Kamus umum merakamkan penggunaan kata yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Penggunaan kata "helo" apabila memulakan perbualan dalam telefon amat banyak digunakan, bukti yang jelas dapat dilihat melalui penggunaan perkataan "helo" dalam filem-filem lama era Tan Sri P. Ramlee. Berkemungkinan jika pada suatu masa dahulu, masyarakat penutur jati menggunakan perkataan "sejahtera" atau "salam", maka perkataan itulah yang akan diambil dalam penyususnan kamus. Walau bagaimanapun cadangan tuan ini akan kami panjangkan kepada Bahagian Perkamusan dan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk perhatian pihak mereka.Istilah06.11.2015
Pihak kami adalah didalam proses untuk permohonana lesen premis makanan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara. Salah satu keperluan adalah meminta kebenaran dan kelulusan dari DBP mengenai penggunaan perkataan "BAR CAFE " untuk papan iklan perniagaan dan dan juga nama perniagaan. BAR CAFE ialah sebuah cafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian kerja. Dihidangkan juadah kek dan pasrty, teh, ayam"pansoh", panggang dan perlbagai minuman lain . Kebenaran dan kelulusan penggunaan nama " BAR CAFE" tersebut amatlah dihargai.

Terima kasih atas soalan saudara. Perkataan yang sepatutnya ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56"

Lain-lain11.11.2008
Selamat petang. 1.Ramai orang yang berasa kurang gemar untuk melakukan aktiviti senaman.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah ,mohon beri penjelasan. 2.Selain itu,aktivit senaman merupakan kegiatan riadah yang akan melapangkan fikiran kita.Adakah penggunaan ayat ini betul?Jika salah,mohon beri penjelasan. 3.Bukan itu sahaja,kita juga dapat melegakan stres dan tekanan perasaan yang kita hadapi.Contohnya,setelah kita penat belajar di dalam kelas,kita boleh mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan mengurangkan tekanan kita.Adakah penggunaan ayat di atas betul? Jika salah,mohon beri penjelasan.Sekian,terima kasih.

Selamat ptg:

1. Ramai orang kurang gemar melakukan aktiviti riadah.
2. Maksud senaman latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. Kamus Pelajar Edisi Kedua. Ayat yang dicadangkan Aktiviti riadah dapat melapangkan fikiran kita.
3. Sres dan tekanan mempunyai makna yang sama. Ayat yang dicadangkan: Selain itu, aktiviti riadah dapat melegakan tekanan yang kita hadapi.
4. Setelah penat belajar, kita boleh menyertai aktiviti Pendidikan Jasmani yang akan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain06.11.2016
Tukar lirik lagu dialek kedah kepada Bahasa Melayu standard Mai Chek Mai Kita Kedah Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah Naik Kapai Terbang Turun Kepala Batas Makan Tok Sah Bimbang Kami Banyak Beras Ikut Lebuhraya Teruih ke Kayu Hitam Jaga Chek Ooii JAga Kereta Meneru Neran Kreta Meneru Nerannn Uuummmmmm Lekasla Mai Kedah Singgahlah Ke Pekan Rabu Minum Nira Nipah, Makan Emping Kerabu Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Maju Tak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Tengok Sana Sini Pembagunan Serata Negeri Ada Mesin Padi Ada Kilang Besi Melawak Orang Kedah Jangan Cepat Terasa Tok Sah Dok Kesah Bekawan Cepat Mesegha Bekawan Cepat Meseghaaa Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Muju Dak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi KawahUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum.

Saudara bole merujuk buku untuk rujukan yang telah diterbitkan, iaitu Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. Selain itu, buku-buku yang ditulis oleh sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar, Zaharani, dan Norhashimah, juga boleh dijadikan rujukan untuk alih bahasa tersebut serta menggunakan prpm.dbp.gov.my.
Tatabahasa20.07.2013
Tesaurus
 
penat (adjektif)
Bersinonim dengan letih, lesu, jerih, lelah, mengah, ngap, rimpuh, rengsa, litak, ngalih;,
Kata Terbitan : berpenat-penat, memenatkan, kepenatan,

Puisi
 

Penat sudah saya kemudi,
     Tidak sampai ke Pulau Daik;
Penat sudah mencampak budi,
     Tidak juga dapat baik.



Lihat selanjutnya...