PeribahasaLurus lubang lurus penjolok.TakrifPemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya. penjolok = galah untuk menjolok.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTegang berjela-jela, kendur berdenting-denting.TakrifPemerintahan yang baik ialah di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali air besar, sekali tepian beranjak (= beralih).TakrifApabila pembesar atau pemerintahan berganti, maka peraturan-peraturannya pun akan berubah juga. (Bandingkan dengan: Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak kucing menjadi harimau.TakrifOrang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaIbarat pasir: sekali air dalam sekali berubah.TakrifRakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar. (Bandingkan dengan: Sekali air besar, sekali tepian beranjak [= beralih]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| perintah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan suruhan: arahan firman, sabda, amar, titah rodi, aba-aba, komando, Berantonim dengan larangan
2. Bersinonim dengan peraturan: undang-undang, hukum, kanun,
| Kata Terbitan : memerintah, memerintahkan, pemerintahan, pemerintah, |
|
|