Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PEMEGANG PAJAK GADAIUMUM
PEMEGANG AMANAH AWAMUMUM
PISAU

Pisau alat memotong yang digunakan sebagai

perkakas makan, peralatan, atau senjata. Pisau

terdiri daripada pemegang dan mata pisau. Mata

pisau diperbuat daripada keluli dan kebanyakan

pemegang pula diperbuat daripada kayu keras

atau plastik. Bahan pemegang yang lain, termasuk

tanduk rusa dan tulang.

UMUM
ESKROW

Eskrow ialah wang tunai, dokumen, atau harta

benda lain yang diserahkan kepada seseorang

untuk diserahkan kepada seseorang lain apabila

syarat tertentu telah dipenuhi. Pemegang harta

ini digelar sebagai wakil eskrow atau pemegang

eskrow.

UMUM
SYARIKAT BERHAD

Syarikat berhad ialah pertubuhan perniagaan

dengan setiap pemegang saham hanya

bertanggungjawab terhadap saham yang

dipegangnya. Sekiranya syarikat berhutang, orang

yang memegang saham hanya akan hilang wang

yang dilaburkan untuk membeli saham tersebut.

Pihak pemiutang tidak boleh menyaman pelabur

tersebut untuk mendapatkan kembali wang yang

dihutang oleh syarikat berkenaan. Di Great Britain,

dan banyak negara yang lain, perkataan Berhad (Bhd.)

atau Limited (Ltd.) dalam bahasa Inggeris atau

singkatan plc (public limited company atau syarikat

awam berhad) yang digunakan selepas nama

sesebuah syarikat menunjukkan bahawa tanggungan

pelabur di dalam syarikat tersebut adalah terhad ke

atas jumlah wang yang telah dilaburkan.

UMUM
AUTOKRASI

Autokrasi ialah bentuk kerajaan yang hanya

seorang memegang kuasa tertinggi. Pemegang

kuasa ini tidak boleh disekat, menurut undang-

undang, oleh mana-mana institusi atau kumpulan

rakyat daripada melakukan apa yang

dikehendakinya. Walau bagaimanapun, beberapa

pemimpin telah menggunakan

pertanggungjawaban umum dan pilihan raya untuk

menyembunyikan sikap autokrasi mereka.

UMUM
PISAU BOWIE

Pisau Bowie ialah peralatan berburu dan

senjata yang popular di sempadan Amerika. Ia

terdiri daripada pemegang yang pendek dengan

pengadang tangan dan mata pisau yang panjang

dan lebar. Mata pisaunya melengkung hingga ke

hujungnya. Panjang mata pisau ini kira-kira 20

hingga 40 sentimeter dan lebar kira-kira empat

sentimeter hingga lima sentimeter.

UMUM
KAPAK

Kapak ialah alat pemotong yang diperbuat

daripada kepala kapak yang bersegi yang dipasang

pada batang pemegang.

UMUM
TAN AIK HUANG

Tan Aik Huang, pemain badminton Malaysia.

Dia lahir pada 14 Februari 1946 dan merupakan

pemegang ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti

Malaya.

UMUM
KETUA HAKIM NEGARA

Ketua Hakim Negara, jawatan tertinggi dalam institusi kehakiman negara. Pemegang jawatan ini mengetuai Mahkamah Persekutuan.

UNDANG-UNDANGJawatan/Gelaran
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,