Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Memberi kehormatan atau memberi penghormatan? Atau kedua-duanya sama makna?Salam sejahtera,

Tuan,

Kehormatan bermaksud pemberian hormat atau pemberian kerana menghargai jasa seseorang.

Penghormatan pula bermaksud perihal atau perbuatan meng­­hormati.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Istilah28.02.2018
Adakah maksud "kurnia" dapat disamakan dengan maksud "kurniaan"? Maksud "kurnia" dan "kurniaan" hampir sama. Dalam Kamus Pelajar, "kurnia" diberi takrif "pemberian daripada Allah atau daripada raja sebagai tanda kasih kepada", manakala "kurniaan" diberi makna "sesuatu yang dikurniakan; pemberian (gelaran dll)". Kedua-dua perkataan "kurnia" dan "kurniaan" bermaksud pemberian; sesuatu yang dikurniakan. Jadi, adakah kedua-dua kata terbitan yang berbeza imbuhan ini sama maksud?Maksud "kurnia" dan "kurniaan" memang sama.  "Kurniaan" ialah kata terbitan daripada "kurnia".  Cuma ia digunakan pada ayat yang berbeza. Makna19.12.2014
Pilihan Manakah yang tepat dari segi tatabahasa: Institusi Pemberi Pinjaman atau Institusi Pemberian Pinjaman? a.Kelulusan permohonan tertakluk kepada pengesahan maklumat daripada Institusi Pemberian Pinjaman. b.Kelulusan permohonan tertakluk kepada pengesahan maklumat daripada Institusi Pemberi Pinjaman.

Institusi Pemberi Pinjaman lebih tepat dari sudut tatabahasa.

Tatabahasa30.08.2023
Kata "ANUGERAH", adakah boleh digunakan mendeskripsikan dalam pemberian kenaikan pangkat seseorang penjawat awam? Adakah ianya pemilihan kata yang bersesuaian? Apa yang saya sedia maklum, anugerah bermaksud hadiah atau pemberian drpd orang yang lebih tinggi darjatnya. Contoh ayat, "syabas dan tahniah diucapkan kepada tuan/puan atas penganugerahan ini" dalam konteks kenaikan pangkat. Mohon pencerahan.Kenaikan pangkat lazimnya tidak disebut sebagai anugerah. Contohnya, YBhg. Datuk Hassan bin Ahmad dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Pelajaran atau disebut juga YBhg. Datuk Hassan bin Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu.Tatabahasa28.11.2019
Yakinilah bahawa pemberian Allah lebih baik berbanding apa-apa yang kita hajati. Adakah perkataan bahawa dalam ayat ini boleh digugurkan?

Salam sejahtera,

Bagi maksud ayat yang dikemukakan, perkataan 'bahawa' boleh digugurkan namun hasilnya ayat menjadi kurang gramatis. Oleh itu, eloklah dikekalkan penggunaan perkataan 'bahawa' dalam ayat yang dikemukakan. Sehubungan dengan itu, terdapat sedikit pembetulan pada ayat menjadi 'Yakinilah bahawa pemberian Allah SWT adalah lebih baik berbanding perkara lain yang kita hajati.'

 

Tatabahasa07.01.2013
maksud istilah bagi 'tanah kekal' , 'tanah pajakan' , 'tanah bebas' dan 'tanah pajakan 99 tahun pemberian kerajaan' .Menurut istilah terdapat dua jenis status tanah sahaja iaitu freehold -pegangan kekal (tanah yang menjadi milik kekal), dan leasehold - pegangan pajak(tanah yang akan diambil semula selepas 99 tahun). Yang dimaksudkan sdr. tanah kekal dan tanah bebas merujuk 'freehold' dan tanah pajakan dan 99 tahun pemberian kerajaan merujuk 'leasehold'. Walau bagaimanapun istilah yang terbaharu dan tepat ( dalam bahasa Melayu) ialah seperti yang di atas.Makna10.05.2007
Salam Sejahtera, Apakah padanan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai untuk dosing (dari konteks pemberian ubat kepada pesakit)? Sehingga hari ini, saya menggunakan perkataan pendosan. walau bagaimanapun, perkataan ini tidak tepat dari segi pengimbuhan kerana perkataan satu suku kata seharusnya menerima apitan penge-...-an, iaitu menjadi pengedosan. Namun begitu, kedua-dua perkataan "pendosan" dan "pengedosan" tidak dapat dicari dalam PRPM. Mohon pandangan dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.

Menurut istilah Farmasi, digunakan istilah pengedosan, iaitu contohnya dosing interval yang bermaksud jarak masa di antara pemberian dos-dos tambahan suatu drug. Oleh itu padanan yang sesuai untuk dosing ialah pengedosan.

Istilah02.05.2019
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan. 2)Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi. 3)Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini.1) Pelajar diingatkan agar menggunakan baucer pemberian kerajaan untuk menyediakan memerlukan pendidikan.
2) Mereka sedang membincangkan deraf kertas kerja untuk pembentangan dalam Seminar Pendidikan tidak lama lagi.
3) Kakitangan syarikat penjual langsung itu gembira kerana mereka akan menerima komisyen yang lebih pada tahun ini.
Tatabahasa01.04.2014
Apa beza persijilan dengan pensijilan?pemberian atau penganugerahan sijil setelah seseorang atau sesuatu mencapai atau memenuhi syarat-syarat, piawai dsb yg dikehendaki atau ditetapkanTatabahasa05.04.2011
Saya mohon bantuan untuk DBP komen /perbetulkan ayat di bawah: Pemberian ini diberikan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri untuk membantu perbelanjaan mengurus dan pembangunan agensi lain seperti Badan Berkanun, Pihak berkuasa Tempatan, Koperasi dan Badan-Bandan Bukan Kerajaan mengikut undang-undang dan aturan dan peraturan kewangan yang lain atau keputusan Majlis Kewangan Negara atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri/Kabinet Negeri. Nota: 'aturan dan peraturan' adalah merupakan satu perkara.aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu; peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera jaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);Makna16.08.2007
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemberian