Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Nak tanya 1. "Pemandu bas itu menghantar murid pergi ke sekolah atau Pemandu bas itu menghantar murid ke sekolah." 2. "Pemandu bas itu menghantar murid-murid ke sekolah atau Pemandu bas itu menghantar murid ke sekolah?" Sekian... | Ayat yang gramatis dan betul ialah 2. "Pemandu bas itu menghantar murid-murid ke sekolah. | Tatabahasa | 25.02.2015 |
Selamat sejahtera Encik/ Puan, yang mana satu betul? 1. Pemandu itu memandu kenderaan di bawah had laju yang ditetapkan. 2. Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. Minta pencerahan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. | Tatabahasa | 30.10.2022 |
Para pemandu perlu memandu dengan berhati-hati ketika hujan kerana jalan raya menjadi licin. Saya ingin tanya,dalam ayat di atas, adakah kata 'berhati-hati' berfungsi sebagai kata adjektif ? Terima kasih. | Perkataan "berhati-hati" ialah kata adjektif. | Tatabahasa | 24.05.2016 |
Pertanyaan: Manakah ayat yang betul: Pemandu yang mabuk dapat menyebabkan berlakunya kemalangan. (ATAU) Pemandu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. (ATAU)Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. Saya masih keliru penggunaan kata "BOLEH" dan "DAPAT" walaupun sudah mengetahui BOLEH mendukung maksud keizinan manakala DAPAT bermaksud berkeupayaan atau mampu | 1. Pemnadu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. 2. Aini mendapat tempat pertama dalam kelas. | Tatabahasa | 15.07.2010 |
1. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat dengan jelas pejalan kaki. 2. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas. Minta penjelasan ayat 1 atau 2 betul, atau kedua-duanya? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Melintas di jalan yang berselekoh tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas”. | Tatabahasa | 30.01.2024 |
Pemandu van itu ( ) sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. Ada 4pilihan A terhantuk B terhempas C terlanggar D tertendang Jawapan ialah apa | Jawapan yang betul ialah C. terlanggar Pemandu van itu terlanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. | Lain-lain | 16.10.2021 |
Seorang anggota polis berseragam sedang menyaman pemandu itu. Adalah betul ayat saya? Terima kasih. | Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah Seorang anggota polis berpakaian seragam sedang mengeluarkan surat saman kepada pemandu itu. Sekian, terima kasih. | Pengembangan | 28.05.2020 |
Adakah pperkataan 'suatu' boleh digunapaki dalam dokumentasi? Cth ayat: Jawantankuasa Pemandu adalah suatu Jawatankuasa yang akan... Mohon maklumbalas segera. Terima kasih | Suatu merujuk perkara yang belum pasti seperti ayat "Suatu hari nanti akan terbukti juga kesalahan yang telah dilakukannya itu". Jawatankuasa Pemandu dalam ayat yang diberi adalah pasti dan tidak perlu kata suatu lagi untuk menerangkannya. Ayat yang betul "Jawatankuasa Pemandu ialah jawatankuasa yang akan ...". | Tatabahasa | 08.07.2011 |
1) PINDAAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT atau PERUBAHAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT 2) UNDANGAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT atau JEMPUTAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT yang mana satu betul? | Salam sejahtera, Semua frasa betul dan boleh digunakan. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 17.05.2019 |
Assalamualaikum, tuan. Saya mohon penjelasan tuan tentang frasa 'salah satu' untuk menyatakan maksud antara. Contohnya, salah satu faktor kemalangan ialah sikap pemandu. | Frasa "salah satu" dalam konteks ayat yang diberikan memang boleh ditukarkan dengan "antara". Contohnya: Antara faktor kemalangan ialah sikap pemandu. "Antara" ialah kata sendi nama dan kata kata nama yang mengikutinya tidak perlu diulang. | Tatabahasa | 20.03.2012 |