Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mana yang betul 1) bukan sombong tetapi pemalu 2) tidak sombong tetapi pemalu | Frasa yang betul ialah "bukan sombong tetapi pemalu". Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 263. | Tatabahasa | 26.08.2015 |
Helo, saya tak mencari maksud peribahasa yang berikut dalam Kamus Dewan. 1. perempuan perasan, lelaki pemalu Apakah maksudnya? 2. Jangan _________ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." A sekali-sekali B sekali-kali C sesekali | 1. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa. 2. Jangan _____ menyakiti hati ibu kita kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu." - jawapannya A. sekali-sekali dan C. sesekali | Tatabahasa | 21.10.2010 |
nyatakan maksud- belum duduk sudah berlunjur, biar jatuh terletak jangan jatuh terhempas, perempuan perasan lelaki pemalu | Maksud "Belum duduk sudah berlunjur": Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu. "Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas" maksudnya ialah lebih baik menarik diri lebih dulu daripada diberhentikan dengan tidak hormat. Peribahasa yang betul ialah "Perempuan serasan, lelaki pemalu" bermaksud pegangan hidup yang tidak serupa. | Makna | 23.02.2009 |
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kemanusiaan dalam karya sastera moden? | Nilai kemanusiaan dalam karya sastera ialah sifat atau sikap seperti baik, jahat, pemalu, sombong, berbudi bahasa dan sebagainya. Sekian dan terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| malu (adjektif) | Bersinonim dengan segan, aib, silu, bera, canggung, janggal, segok, meleng, kanyor, wirang;, | | Kata Terbitan : malu-malu, memalukan, termalu-malu, kemaluan, pemalu, |
|
|