Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
actuatorPeranti yang berperanan menghasilkan tindakan mekanik seperti membuka, menutup, melaras atau menggerakkan apabila menerima isyarat daripada suatu sensor yang dihubungkan kepada peranti tersebut. Contohnya, sistem mekanik yang menggerakkan pemacu cakera padat atau suatu lengan robot.
memoryPeranti yang dapat menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat digital dengan pantas. Peranti ini diperbuat daripada filem tipis bahan magnet ataupun filem tipis bahan optik. Memori digital diukur dalam bit, seperti kilobit dan megabit. Contoh penggunaan memori adalah pada cip RAM dalam komputer, cakera padat, pemacu pena dan pita video. Sinonim memori.
adenosine triphosphate (ATP)Molekul biologi yang terdiri daripada tiga komponen, iaitu molekul gula, ribosa pada pusatnya, serta molekul adenina dan molekul kumpulan fosfat pada sisinya. Molekul ATP bertindak sebagai bateri kimia, menyimpan tenaga apabila tidak diperlukan dan membebaskan tenaga serta-merta apabila organisma memerlukannya. Molekul ATP merupakan pemacu kepada operasi nanomotor biologi. Sinonim molekul ATP.
photosensorPeranti elektronik yang mengesan kehadiran cahaya tampak, sinaran inframerah, atau sinaran ultralembayung. Kebanyakan fotosensor terdiri daripada bahan semikonduktor yang mempunyai sifat fotokekonduksian, iaitu kekonduksian elektrik berubah dengan keamatan sinaran yang menimpa permukaan fotosensor. Contoh fotosensor ialah fotodiod, fototransistor dwikutub, dan fotoFET (transistor fotopeka kesan-medan). Fotosensor sinaran ultralembayung menggunakan fotodiod nanorod zink oksida. Fotosensor digunakan dalam sistem optik gentian, pengimbas optik, pemacu cakera optik dan peranti kawalan jauh.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemacu