Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Kerajaan Malaysia ; ujian ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1. Terjemahan Save the info on your hard drive ialah Simpan maklumat itu dalam pemacu keras anda Tetapi, 'pemacu keras' ialah benda fizikal, sama seperti 'kotak kasut', tidakkah, 'di dalam' lebih sesuai? 3. Padanan renewable energy ialah tenaga boleh diperbaharui. Tolong betulkan di website PRPM http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=renewable+energy untuk mengelakkan kekeliruan kerana ramai yang menggunakan istilah 'tenaga boleh baharu'.Pemacu keras (pemacu cakera keras) bukanlah benda yang boleh dilihat fizikalnya secara nyata seperti gelas dan kotak. Penggunaan yang betul ialah ...dalam  pemacu keras. Istilah renewable energy - tenaga boleh diperbaharui boleh dilihat dalam Glosari Sains untuk Sekolah.Penyemakan dan penterjemahan24.06.2015
Selamat tengah hari, maaf saya ingin bertanya apakah yang dimaksudkan dengan perkataan pemacu pena?Perkataan "pemacu pena" ialah "thumb drive" atau "pen drive" dalam bahasa Inggeris. Ia adalah alat untuk menyimpan data dalam bentuk digital.Istilah18.05.2020
EVOLUSI TEKNOLOGI PEMACU KEMAJUAN SESUATU MASYARAKATEVOLUSI TEKNOLOGI MEMACU KEMAJUAN MASYARAKATLain-lain23.05.2011
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. 'Pendrive' atau 'Thumbdrive' dalam bahasa Melayu, apa? 2. 'online' merujuk kepada atas talian atau dalam talian? Terima kasih.

1.Berdasarkan Kamus Teknologi Maklumat (Perkakasan), pemacu pena (pendrive) dan pemacu jari(thumbdrive) adalah sama. Huraian yang diberikan adalah seperti yang berikut:
Pemacu berasaskan ingatan kilat yang diintegrasikan dengan antara muka USB. Pemacu ini biasanya kecil seperti pena atau jari, ringan dan mudah bawa. Kapasiti pemacu ini bermula dengan 8 MB pada tahun 1998 dan pada tahun 2006  berkapasiti 64 GB. Pemacu ini biasanya disambung pada komputer melalui port USB. Pemacu ini diperkenalkan pada tahun 1998 oleh Dov Moran.

2. Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "online" ialah dalam talian.

Istilah03.04.2012
Biteknologi telah diiktiraf sebagai satu daripada proses pemacu utama bangunan Negara pada masa kini dan pada masa hadapan.(TOLONG BETULKAN AYAT INI.TERIMA KASIH.)Biteknologi diiktiraf sebagai salah satu daripada pemacu utama negara pada masa kini dan pada masa hadapan.Tatabahasa02.02.2013
apakah terjemahan untuk 'supper' dlm bahasa melayu? pendrive atau thumdrive dlm istilah BM? Terima kasih.

1. supper - makan lewat malam

2. pendrive - pemacu pena

3. thumb drive - pemacu jari

Istilah16.07.2011
Assalamualaikum pihak DBP, Saya ingin bertanyakan padanan terjemahan yang sesuai untuk objek pendrive/thumbdrive. Saya sudah semak dalam PRPM dan tidak menemui jawapan. Mohon bantuan pihak tuan/puanIstilah bahasa Melayu untuk "pendrive" ialah pemacu pena dan "thumbdrive" ialah pemacu jari.Istilah29.08.2016
Salam, saya ingin menterjemahkan yang berikut: English: Numerical Analysis Based Performance Investigation of Interior Permanent Magnet Synchronous Motor Drive. BM: Analisis Berangka Berdasarkan Penyelidikan Prestasi Terhadap Magnet Kekal Dalaman Pemacu Motor Segerak. Adakah betul? Mohon pandanganBerdasarkan ayat bahasa Inggeris, terjemahan  bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Penyiasatan Prestasi Berdasarkan Analisis Berangka Terhadap Pemacu Motor Segerak Magnet Dalaman Kekal.Istilah22.07.2013
Salam. Ayat: Perkongsia melalui sedutan fail ke dalam pemacu pena agak bahaya. Adakah frasa "sedutan fail" wujud? Apakah maksudnya? Jika frasa ini tidak wujud, apakah frasa yang patut menggantikannya? Terima kasih.Frasa sedutan fail tidak wujud dalam pangkalan data kami. Sila kemukakan definisi/konsep yang lebih luas penggunaannya untuk memudahkan kami mencari padanan yang lebih sesuai.Istilah07.10.2020
Salam sejahtera Apakah istilah baku untuk 'thumb drive' atau 'pen drive' dalam BM? Terima kasih.Secara amnya thumb drive dan pendrive drive sama sahaja fungsinya dan pada wal penggunaannya kedua-dua alat itu diberi padanan pemacu pena. Walau bagaimanpun melihat kepada bentuk yang berbeza kedua-duanya kini diberikan padanan yang berbeza, thumb drive ialah pemacu jari, manakala pen drive ialah pemacu pena.Istilah26.01.2011
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemacu