Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SLOTH

Sloth ialah nama biasa bagi famili haiwan di

Amerika Selatan yang bergerak dengan perlahan

dan pelik. Apabila bergerak di atas pokok, ia

berjalan terbalik, tergantung dari dahan. Sloth

boleh tergantung dengan sangat kuat dari dahan

dengan cakarnya bak cangkuk hinggakan ia tidur

dalam keadaan ini. Malah sloth mungkin terus

bergayut pada pokok untuk beberapa masa

selepas ia mati.

UMUM
STONECHAT

Stonechat ialah nama burung kecil yang hidup di

Eropah, Asia dan Afrika. Namanya berasal daripada

bunyinya yang pelik, seperti bunyi dua ketul batu

yang diketuk bersama. Burung jantan mempunyai

kepala dan leher berwarna hitam dan bahagian

bawahnya berwarna perang berangan. Burung betina

berwarna lebih malap. Stonechat adalah aktif tahu. Ia

biasanya hidup di tempat lapang, berumput. Ia

membuat sarang di atas tanah, di bawah rumpun

rumput dan memakan larva serangga, cacing,

kumbang dan biji-bijian. Ia bertelur dari tiga hingga

enam biji telur, berwarna biru kehijauan, berbintik-bintik

malap. Stonechat di Eropah dan Asia berhijrah

ke selatan pada musim sejuk.

Pengelasan saintifik: Stonechat tergolong dalam

subfamili thrush, Turdinae. Ia adalah Saxicola torquata.

UMUM
SPARK, MURIEL

Spark, Muriel (1918 ) ialah wanita British yang

terkenal kerana novel pendeknya. Spark mengisi

novelnya dengan dialog yang berjenaka, watak

aneh, dan peristiwa pelik. Unsur ini biasanya humor,

tetapi Spark mengolahnya untuk mendalami

persoalan moral dan agama yang serius.

UMUM
POKOK BERINGIN

Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang

tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu

pokok beringin mempunyai banyak batang dan

boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini

tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji

beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan

pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara

pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan

mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang

ini kemudiannya membesar menjadi batang dan

tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok

beringin membunuh pokok topang dengan

menjerutnya.

UMUM
SURAH AL-QASAS

Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan

surah-surah al-Quran dan mengandungi 88 ayat.

Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana

Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi

Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula

kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya

sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat

peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang

menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan

pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya

(kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh-

Nya.

UMUM
TARANTULA

Tarantula ialah nama biasa bagi mana-mana satu

daripada sekumpulan labah-labah yang

kebanyakannya besar, berbulu. Tarantula didapati

dalam iklim panas di seluruh kawasan tropika.

Sesetengah tarantula hidup lebih daripada 20

tahun. Tarantula mendapat namanya daripada

labah-labah serigala yang besar yang terdapat di

sekitar Taranto, di selatan Itali. Orang di kawasan

ini pernah percaya bahawa gigitan labah-labah ini

menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai

tarantisme . Mangsa kononnya meloncat ke udara

dan berlari-lari sambil mengeluarkan bunyi yang

pelik. Mengikut kepercayaan karut ini, ubat yang

terbaik adalah tarian rakyat Itali yang rancak, yang

menjadi terkenal sebagai tarantella .

UMUM
BOSCH, HIERONYMUS

Bosch, Hieronymus (1450?1516), pelukis

Belanda. Dia dikenali kerana mencipta triptych

(lukisan kembar tiga) yang imaginatif. Kebanyakan

lukisan Bosch mempunyai latar belakang landskap

yang penuh sesak dengan orang cacat, raksasa

yang aneh, haiwan yang herot, makanan yang

besar dan pelik bentuknya, dan kadangkala objek

yang sukar dikenal pasti. Karyanya mencerminkan

pengaruh kiasan dan permainan kata-kata Belanda,

kesusasteraan rakyat, cerita ibarat daripada Bible,

ilmu sihir, alkimia, dan astrologi.

UMUM
1
Tesaurus
 
pelik (adjektif)
Bersinonim dengan aneh, ganjil, luar biasa, ajaib, asing, gharib;,
Kata Terbitan : kepelikan,