Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apakah maksud perkataan belibir? Terdapat penggunaan 'belibir' pada uniform tentera darat iaitu "Lencana bahu dipakai dibelibir bahu baju dengan pelapik warna". Saya mencari di dalam kamus tetapi tiada. Adakah ia merupakan salah satu kosa kata bahasa Melayu? boleh dilihat pada link berikut http://pesona.mmu.edu.my/~ktng/502AW/wataniah/pakaian_lelaki.htmlTidak ada perkataan belibir dalam pangkalan data kami, melalui semakan data korpus DBP juga tidak menemukan penggunaan kata belibir. Hal ini perlulah dirujuk terus kepada pihak yang berkenaan dan pihak kami juga akan cuba untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang kata tersebut.Istilah08.10.2014
Salam, Saya ingin bertanya apakah kata terjemahan yang paling tepat untuk "coffee sleeve"? ThanksUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "coffee sleeve" dalam pangkalan data istilah DBP. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pelapik luar cawan.Istilah28.12.2016
Assalamualaikum. Saya mempunyai pertanyaan untuk terjemahan perkataan kerana saya tidak dapat mencari di dalam kamus DBP atau mana-mana kamus dalam talian. 1. Placemat: a cloth to protect the dinner table from water marks, food stains or heat damage. - Terjemahan paling hampir yang saya jumpa ialah TATAKAN 2. Wobbler: tags that are stuck to shelves, or other surfaces, to stand out to grab customer attention. Terima kasihTerjemahan dalam bahasa Melayu untuk perkataan-perkataan berikut ialah:

1. Place mat = Pelapik pinggan
2. Wobbler = Penyendal
Istilah14.01.2021
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Cadaver Scissor Lift Trolley 2. Clay Mining Bulk Handling Apron Feeder 3. Clay Mining Bulk Handling Bucket Wheel Stacker Reclaimer 4. Clay Mining Bulk Handling Circular Stacker Reclaimer 5.Clay Mining Bulk Handling Chute Linings & Covers Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
 

1. Cadaver Scissor Lift Trolley – Troli Angkat Mayat

2. Clay Mining Bulk Handling Apron Feeder – Penyuap Apron Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

3. Clay Mining Bulk Handling Bucket Wheel Stacker Reclaimer – Pemulih Guna Tindan Roda Timba Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

4. Clay Mining Bulk Handling Circular Stacker Reclaimer – Pemulih Guna Tindan Bulat Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

 5.Clay Mining Bulk Handling Chute Linings & Covers – Penutup dan Pelapik Pelongsor Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat

Istilah04.05.2016
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelapik