Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam Sejahtera. 'Ahli Jawatankuasa' tergolong dalam jenis kata apa ? Adakah ia Kata Nama Khas atau Kata Majmuk ? Terima kasih."Ahli Jawatankuasa" tergolong dalam kata nama am. Namun begitu, sekiranya nama jawatankuasa tersebut ialah "Jawatankuasa  Pelaksanaan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor ICT", nama tersebut digolongkan dalam kata nama khas. Tatabahasa20.06.2022
Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa berkaitan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, mohon nasihat pihak DBP berkaitan terma rujukan (TOR) yang bersesuaian dengan kepentingan jawatankuasa ini dalam PBT. Sekian, Terima KasihPihak puan boleh merujuk kertas cadangan penubuhan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor ICT oleh pihak MAMPU seperti yang dilampirkan.Lain-lain04.09.2014
Salam. Soalan mengenai susunan kata dalam frasa nama. 1. PELAKSANAAN SEMULA EKONOMI atau PELAKSANAAN EKONOMI SEMULA. 2. SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN atau SEMAKAN KEPUTUSAN SEMULA PEPERIKSAAN. Terima kasih.Susunan frasa yang betul ialah "PELAKSANAAN SEMULA EKONOMI" dan "SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN".  Tatabahasa27.03.2022
Salam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan kepada kata dasar iaitu laksana. Mana satu yang betul: perlaksanaan atau pelaksanaan. Mohon pencerahan.Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.Tatabahasa26.09.2017
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologiEjaan yang betul:
1. sepertimana
2. kuambil
3. draf
4. skim 
5. pelaksanaan 
6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada  Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri)
7. periuk
8. enjin 
9. walaupun 
10. kaset
11. professor 
12. tragedi
13. televisyen
14. jawatankuasa
15. estetika
16. geran
17. logik
18. sambung
19. awet
20. batalion
21. psikologi
Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my.
Ejaan22.12.2015
CORPORATE EXERCISEPELAKSANAAN PROSEDUR KORPORAT/PELAKSANAAN PERATURAN KORPORATIstilah22.01.2011
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan perlaksanaan dan pelaksanaan.. Yang manakah yang paling tepatPelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.
Istilah13.05.2015
Penggunaan perkataan pelaksanaan 1. Pegawai Daerah sedang meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pinggir Sungai Kerian. 2. Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di pinggir sungai kerian sedang giat dijalankan. .Ayat yang gramatis ialah "kerja-kerja pembersihan di pinggir Sungai Kerian sedang giat dijalankan".Tatabahasa27.04.2013
Assalamualaikum... Saya ada satu lagi soalan... Berkenaan dengan penggunaan perkataan PELAKSANAAN dan PERLAKSANAAN... Mana satu yang digunapakai kini...??

Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.

Tatabahasa23.08.2011
Panduan pelaksanaan pdpr menggunakan routine tools atau panduan pelaksanaan pdpr dengan menggunakan routine tools sekiranya hendak menggunakan tajuk ini "Panduan komprehensif penggunaan routine tools", kalau nak masukkan juga perkataan pdpr, apakah bentuk ayat yang lebih sesuai? Terima kasihAyat yang betul:
1. Panduan pelaksanaan konsep pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan menggunakan peralatan rutin.
2. Panduan komprehensif konsep pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan menggunakan peralatan rutn.
Tatabahasa24.06.2021
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,